Sabtu, 24 Julai 2010

Ada Ke Tempat Untuk Orang Bangang Dekat Dunia ni?

Kalau bagi aku, memang la ada.

Tuhan tak pernah membeza-bezakan hamba-hambanya mengikut tahap kecerdikan mental, mahupun setinggi mana IQ yang mereka ada, tapi Allah menilai sejauh mana keimanan mereka terhadap Allah.

Dan diciptakan jugak manusia itu dari pelbagai latar belakang, pelbagai fahaman dan kaum, adalah tak lain dan tak bukan, bagi saling mengenali antara satu sama lain, di samping mengembangkan syiar Islam di muka bumi ni.

Bukan lah untuk bermegah-megah siapa yang lebih hebat, siapa yang lebih layak untuk tersenarai sebagai individu yang terkaya di Malaysia mahupun di dunia. Owh! Tak sama sekali.

Tapi dah semulajadi sifat manusia, suka sangat meletak kelas-kelas tertentu pada seseorang individu.

Manusia dikelaskan mengikut kaum, mengikut rupa paras, mengikut pekerjaan, mengikut ketinggian atau kerendahan ilmu, mengikut kawasan, dan macam-macam lagi jenis kelas. Padahal semua manusia yang ada di dunia ini tetap berasal dari manusia yang sama. Adam.

Kenapa perlunya ada kelas antara sesama manusia? Kita semua adalah dari baka yang sama. Kalau buruk seseorang tu, bukan ke kita patut rasa bersalah, yang kita juga sebenarnya bertanggungjawab atas keburukkan orang tu.

Memang kita tak akan mampu untuk buat semua perkara, tapi kan tak jugak bermakna kita patut tinggalkan semua perkara

Selasa, 20 Julai 2010

Dulu dan kini

Get ready to face the world! Uh huh.

Banyak benda dah berubah pada aku lepas aku masuk company Berjaya Corporation ni. Walaupun aku masuk dengan tiket internship student, tapi banyak jugak yang aku belajar dan jugak yang terpaksa aku belajar.

Tak semua menarik, tapi it is quite fun.

Owh baru-baru ni ada cek blog ni, dan discover ada somebody sudi nak follow blog ni. Yup thanx ecah. Lame jugak tak jumpa and gi makan2 sekali. hho

Jumaat, 9 Julai 2010

25 Sen Pun Duit Jugak


(Klik Untuk BesarkanYe)

Dah lama jugak aku create blog ni, dan dah lama jugak la aku tinggalkan blog ni.

Dalam blog ni banyak yang personal, banyak benda yang aku merapu saje2.

Saje nak simpan, nak catit, so that maybe one day nanti aku akan dapat ingat balik ape pernah aku buat.

Tapi macam blog2 aku yang lain jugak, aku daftarkan blog ni dengan Nuffnang.

Hmm.. tak pernah nampak blog ini mendatangkan klik, alih2 bila tadi tengok balik...

Ooo... Ada rupenye yang tolong klik.

Ok ok tengkiu. Hopefully orang yang klik tu sebab betul2 nak tau ape kandungan iklan tu la. Bukan sebab nak derma aku 25 sen.

Owh...

Kalau la ade 100 blog dan semua blog ni boleh dapat 25 sen... Dah RM25.00 dah tu.

Macam mane pulak kalau dah ada 1,000 blog? Tak ke RM250.00 tu.

Wah gile r... Merepek pun ada. Sapa yang nak buat sampai 1,000 blog ni. Fulltime blogger pun belum tentu ada yang nak buat macam tu.

Tapi one thing for sure, actually blog2 lama pun mampu untuk hasilkan duit, cuma lame la..
Macam ada, and macam tak ada.

Tapi ada beza ke?
25 Sen pun tetap duit kan?


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...