Rabu, 30 April 2014

Spammer tak takut dosa ke?

Tengah semangat nak mula merepek dalam blog ini... bila bukak je blog tadi, alih-alih terpandang ada dua komen awaiting moderation. 

Ha... ada orang nak beli Kasturi Syifa' ke nih (sangka baik)... sekali bukan dah... 

Komen dari spammer je rupanya. 

Saya suspect ini adalah spammer yang sama yang duk buat kotoq dalam blog-blog yang saya tulis. 

Why you following me? 

Kalau kamu nak buat marketing via blog, kamu buat blog kamu sendiri dan kamu promosilah puas-puas dalam blog kamu sendiri! 

Tak ada siapa yang akan bising, tak ada siapa yang akan tanya. Tak ada siapa juga yang akan pertikaikan kalau kamu buat macam tu.

Sekarang ni kerja saya extra yang saya perlu buat ialah untuk delete komen yang kamu tinggalkan. 

Kan kamu dah menyusahkan saya... 

Kamu tak takut dosa ke? 

Selasa, 29 April 2014

Kasturi Syifa Al-Muafi

Saya tertarik untuk membantu kenalan, rakan-rakan dan sanak saudara untuk mendapatkan stok wangian kasturi Syifa' yang mengandungi banyak manfaatnya.

Ramai sebenarnya yang masih lagi tak tau dan tak pasti macam mana caranya nak dapatkan kasturi syifa' ni.

Biasa dengar kat radio je.

Bila nak order untuk kegunaan peribadi, blank. Mungkin sebab tak tau kat mana nak dapatkan. 

Jadi sebagai pemudah cara, maka saya jadi pengedar untuk produk ini. 

Deskripsi penuh mengenai produk ini dah pernah saya catatkan di laman blog saya yang satu lagi. 

Sila rujuk artikel berjudul: Minyak Wangi kasturi syifa al-muafi ini. 

Kalau anda nak tahu apa khasiat amalan pemakaian dan penggunaan kasturi, apa kata anda tonton sekejap video ini ya. 


Semoga bermanfaat untuk tambah pengetahuan anda ya. 

Isnin, 28 April 2014

Susah Jugak Nak Jual Autoresponder Emelmatik Ni ye...

Memang mencabar. 

Barulah syok. Ada thrill. Kalau senang-senang dah boleh dapat hasilkan jualan... hmm tak menarik la kan. 

Jadinya semua orang boleh jadi top affiliate.

Maka akan jadi lagi sukarlah untuk menobatkan individu tertentu menjadi pakar dalam mana-mana bidang especially dalam bidang pemasaran affiliate. 

Ini rekod statistik klik untuk sistem autoresponder emelmatik yang saya tengah promosikan sekarang ini. 



Nampak gayanya daripada 133 klik yang saya terima pada link affiliate saya, satu pun masih belum ada yang berjaya di convert menjadi pembeli. 

Maksudnya? 

1. Saya kena ubah strategi

2. Saya kena ubah cara menjual 

3. Saya kena jual dengan cara yang sedikit berbeza 

4. Mungkin saya kena offer personal coaching 

5. Mungkin saya kena ___ . 

Tak fikir lagi, apa yang patut buat dalam point yang ke lima ni.

Review emelmatik pun dah pernah buat. Apa lagi ye nak kena tambah... hmm hmmm

Sweet. 

Saya masih belum mengaku kalah lagi. By the way, autoresponder ini dah masuk tahun ke tiga di Malaysia. 

Mungkin ramai yang dah ada autoresponder ni. 

Sebab tu susah sikit nak hasilkan jualan. 


Nah, kalau nak dapat autoresponder emelmatik percuma anda sendiri, klik sini --> Emelmatik 

Ni yang saya risau ni...

Sebagai pemilik produk panduan dominasi FB Group, sebenarnya saya takut, jika pelanggan salah faham tentang produk dan tak faham apa sebenarnya yang produk ini mampu buat untuk mereka.

Sebab itulah pentingnya baca bagi faham sebelum buat keputusan untuk membeli. 

Saya tak pernah sebut yang produk ini menjanjikan anda teknik mudah atau magic pills untuk anda jadi jutawan segera. 

Bukan begitu. 

Namun, saya menjanjikan anda satu blueprint untuk bantu anda hasilkan pendapatan yang lumayan. 

Satu method untuk bantu anda buat bisnes secara online. 

Anda bina aset dan database pelanggan anda sendiri.

Bukannya buat promosi tak tentu hala di internet yang langsung tak membuahkan hasil. 

Ada juga yang salah sangka, produk ini adalah tentang buat post banyak-banyak dan serentak di group-group iklan. 

Nampak sangat orang yang tanya macam ni tak membaca. 

Kalau baca pun, bukannya nak baca sampai faham. 

Kalau baca skip skip, macam mana lah korang nak faham. 

 

Promosi Produk Sendiri: Panduan Dominasi FB Group

Bila dah penat buat promosi untuk produk orang lain, maka kali ini saya nak buat promosi untuk produk saya sendiri. 

Produk kedua saya dalam niche perniagaan dan pemasaran online. 

Panduan Dominasi FB Group Version 3.0 




Moga-moga dapat dijadikan panduan dan rujukan buat peniaga-peniaga online yang berhasrat untuk menggunakan medium FB Group sebagai gelanggan pemasaran. 

FB Group ini sebenarnya sangat bagus untuk digunakan sebagai medium untuk beramah mesra dengan prospek anda. 

Tak semestinya mesti kena jual barang, atau promosi produk 24 jam. 

Apa yang penting ialah interaksi antara anda dan juga prospek anda. 

Kalau asyik nak promosi suruh beli produk je, pening la diorang nanti. 

 

Ahad, 27 April 2014

Qlimax Extreme Grip Dah Dikeluarkan Dari Sistem EdyClick?

Baru saya perasan, rupa-rupanya produk Qlimax Extreme Grip dah dikeluarkan dari sistem EdyClick!

Patutlah ada yang hubungi saya tanya kenapa tak boleh nak view produk. 

Kenapa bila klik link dibawa ke laman web EdyClick, bukannya ke halaman produk. 

... dan macam-macam lagi pertanyaan. 

Buat masa ini, saya masih lagi tak ada jawapan tu. 

Sabar sekejap ye.

Mungkin produk ini dikeluarkan untuk sementara waktu sahaja.

Mungkin akan dikeluarkan dari sistem sampai bila-bila. 

Jawapan yang konkrit dari pemilik EdyClick pun saya masih belum dapat lagi. 

So... apa-apa hal, kalau saya dah ada jawapannya nanti, saya akan update kat blog ni. 

Kalau memang sah produk ini akan dikeluarkan secara permanent dari sistem, mungkin saya akan offer mana-mana penjual untuk dapatkan khidmat saya untuk buat promosi produk EdyClick diorang. 

Sebab daripada pemerhatian saya, untuk kata kunci produk, iaitu "Qlimax Extreme Grip", laman web saya dah pun mendapat kedudukan yang agak baik disitu. 


Bagaimana Teknik Review Bantu Jana Pendapatan

Kalau anda berminat nak jana pendapatan sampingan menerusi program affiliate, maka satu teknik yang anda perlu tahu dan kuasai ialah teknik review.

Bagaimana menghasilkan review bagi mempromosikan produk-produk tertentu. 

Sebagai contoh, jika anda ingin mempromosikan sistem autoresponder emelmatik, cuba mula dengan menghasilkan artikel review.

Ini adalah contoh artikel review tentang emelmatik yang baru saya hasilkan di blog saya, 

Tajuk: Review sistem autoresponder percuma emelmatik.com

Basically, artikel review tersebut adalah mengenai pengalaman saya sendiri sepanjang menjadi pengguna autoresponder emelmatik.

Tak ada satu point pun yang ditulis adalah point yang diada-adakan. 

Semuanya adalah base on real case studies. 

Review yang baik adalah apabila anda bercerita menerusi pengalaman sebenar.

Sebaik-baiknya anda juga perlu jadi pengguna terlebih dahulu sebelum anda beri review. 

Tujuan kita buat review adalah semata-mata sebab nak tolong bantu orang lain buat keputusan, sama ada sesuatu produk tu bagus atau tidak.

Jika bagus, kita kata bagus. 

Jika tak bagus, kita nyatakan produk ini bagus untuk golongan yang bagaimana.

Senang je kan sebenarnya teknik review ni? 

 

 

Artikel Review Tentang Emelmatik.com

Walaupun dah agak lama saya gunakan autoresponder emelmatik, rupa-rupanya saya masih lagi tak hasilkan sebarang artikel review mengenai sistem autoresponder emelmatik tersebut.

So, malam semalam, sebelum tidur, saya sempat hasilkan sebuah artikel review berjudul: Review sistem autoresponder percuma Emelmatik

Kebanyakkan point-point penting dah pernah saya sentuh dalam blog tersebut. 

Jadi, untuk artikel review tu, saya hanya bincangkan 4 perkara terpenting. 

Semoga pembaca artikel tersebut dapat buat keputusan sewajarnya, sama ada nak jadi pengguna emelmatik atau nak guna je autoresponder lain.

Kalau korang guna emelmatik, memang jimat. 

Lihat pelan premium yang hanya perlu bayar sekali sahaja untuk penggunaan seumur hidup. 

Anda boleh hantar seberapa banyak emel yang anda mahu. 

Anda boleh simpan seberapa banyak database yang anda mahu. 

... dan macam-macam lagi yang anda boleh buat sebenarnya dengan bantuan autoresponder emelmatik.

Sepanjang saya jadi pengguna autoresponder emelmatik ini, banyak dah jasa dia pada saya. 

Serius sangat banyak :-) 

Inilah autoresponder pertama yang betul-betul mengajar saya hingga faham macam mana nak gunakan kaedah pemasaran emel dalam tujuan pemasaran.

Walaupun sebelum ini saya dah pernah guna Getresponse dan listwire, tetapi, hanya setelah saya belajar guna emelmatik baru saya faham apa yang patut buat dan apa yang patut dielakkan bila gunakan kaedah pemasaran emel. 

Pasti tak menyesal guna emelmatik :-) 

 
 

Berbeza Betul Cara Pakar Hasilkan Income Di FB Group

Selalu saya perhatikan, cara pakar buat jualan di FB Group dan juga cara newbie buat jualan di FB Group. 

Sangat jauh berbeza. 

Ia kembali kepada persoalan, pemasaran. 

Dalam bahasa Obama, ia dikenali dengan nama marketing. 

Cara kita buat marketing bakal memberi impak, sejauh mana keberkesanan method pemasaran yang kita pilih. 

Mereka yang saya kira pakar buat jualan, hanya akan fokus pada satu group sahaja untuk buat marketing. 

Satu post sudah cukup untuk hasilkan income yang lumayan. 

Berbeza sekali dengan orang-orang baru. 

Tamak sekali orang baru dalam bidang pemasaran ini.

Mereka join terlalu banyak group, kemudian post terlalu banyak iklan, hinggakan tak ada siapa yang minat nak baca iklan yang dipostkan itu. 

Mereka ada masalah hasilkan jualan menerusi medium FB Group. Cuma mereka sengaja memilih untuk tak memikirkan persoalan tu.

Sampai satu tahap, tindakan mereka post banyak-banyak iklan lebih mirip kepada strategi seorang spammer. 

Etika pemasaran memang dah OUT. 

Mujur saya tak terjebak nak buat kerja-kerja pemasaran yang tak ada hasil macam tu.  

Tingkat Produktiviti Demi Psiko Lebih Ramai Prospek

Bulan ini nampaknya saya lebih produktif berbanding bulan-bulan yang sudah. 

Awal bulan April hari tu, saya memang dah set nak hasilkan seberapa banyak free content yang boleh untuk disiarkan dalam blog-blog saya. 

Kerja-kerja menghasilkan content berbayar saya rehatkan sekejap. 

Kenapa ya? 

Sebenarnya ini juga merupakan salah satu strategi pemasaran. Saya ada bincangkan dengan panjang lebar dalam salah satu ebook saya berjudul seni jualan psiko pelanggan.

Benda ini ramai orang terlepas pandang. 

Itu ok lagi. 

Sebenarnya ramai jugak tak tau, bila buat macam yang saya buat sekarang ni, besar impaknya. 

Off course anda tak akan nampak impaknya serta merta. 

Beri sedikit masa. 

Proses untuk men-psiko prospek atau pelanggan bukan proses yang boleh dilakukan on the spot. 

Namun saya tak hairan jika memang ada yang berjaya men-psiko pelanggan mereka bila-bila masa yang mereka mahu. 

Untuk sampai ke tahap itu, ada banyak pengalaman yang perlu anda lalui dan miliki. 

Nah, anda nampak macam berminat. Baca selanjutnya disini: Seni jualan Psiko Pelanggan

Boleh je kalau saya nak tulis strategi psiko pelanggan tu di blog saya. 

Namun strategi tersebut memerlukan beberapa step dan persediaan. 

Ia lebih mudah apabila dibaca dan dipersembahkan dalam bentuk ebook. 

Bacalah :-)  

 

Sabtu, 26 April 2014

Gara-gara buat promosi produk lelaki Qlimax Extreme Grip

Gelak sekejap... 

Ha ha

Baru beberapa hari buat promosi untuk produk Qlimax Extreme Grip ni. Itupun hanya menerusi artikel di blog-blog semata-mata. 

Macam-macam keyword pelik pulak yang singgah dan menerjah masuk ke laman blog saya. 

Antara yang memang bagi saya cukup pelik. 

Cis 

1. Sabree Qlimax 

Haha

Amenda ni? 

Macam mana korang boleh dapat idea nak guna keyword macam tu. 

Cis cis

Selain dari itu, hmm ada lagi beberapa keyword lain.

Antaranya

1. Affiliate Qlimax

Untuk info tentang affiliate Qlimax dan macam mana nak join sebagai agen affiliate, boleh dapatkan info di link berikut 

http://www.sabreehussin.com/berminat-jadi-agen-pemasaran-produk-lelaki-qlimax-extreme-grip/

2. Produk Qlimax

Maklumat tentang produk qlimax pernah saya kongsikan dan catatakan dalam artikel berikut 

http://www.sabreehussin.com/review-produk-lelaki-qlimax-extreme-grip/

3. Syarikat agen Qlimax 

Produk ini diedarkan dalam satu group yang dinamakan sebagai G20. 

Bergerak sangat aktif di FB. 

Kalau cuma nak jadi affiliate, boleh rujuk artikel berikut 

http://www.sabreehussin.com/berminat-jadi-agen-pemasaran-produk-lelaki-qlimax-extreme-grip/

4. Nak jadi agen qlimax

5. ... dan lain-lain 

Ada beberapa lagi keyword penting. 

Tak boleh lah nak dedahkan semua hhe :-) 

Ini maklumat rahsia pemain-pemain SEO kot lalalala  

Semoga perkongsian yang tak seberapa ini bermanfaat la ya untuk kalian. 


 

Jangkitan Manusia Negatif

Sejak akhir-akhir ni, entah kenapa... senang betul saya hilang mood. Dengan tak semena-mena saya jadi terlalu sensitif. 

Pantang betul kalau bercampur dengan manusia negatif. 

Nanti secara tiba-tiba level negatif tu akan terserap masuk kepada saya jugak. Ibarat satu jangkitan kuman...

AH...

Kenapalah banyak sangat orang negatif kat sekeliling saya ni? Saya tak mampu nak jadikan mereka positif. 

Ini kelemahan saya yang perlu saya akui. 

Sayangnya... disebabkan mereka terlalu negatif, ia sedikit sebanyak menjejaskan produktiviti kerja saya! 

Saya cuma nak promosi jam tangan RPM Speedometer. Bukan nak buat jenayah. 

Pfft...  

Serius ke nak buat duit tanpa modal?

Nak buat duit tanpa modal? 

Serius ke? Masih ramai lagi yang percaya benda-benda macam ni wujud ye rupanya. 

Kata salah seorang guru pemasaran saya, modal tak sepatutnya dilihat semata-mata dalam bentuk wang ringgit sahaja. 

Kerana modal itu juga dalam bentuk 

1. Masa

2. Kesihatan 

3. Kenalan

4. Kemahiran 

5. Personaliti 

6. Karekter 

7. Lokasi 

8. Jenama/nama 

...dan ada beberapa perkara lagi yang sendiri dah tak ingat. 

Jika anda ada ramai kenalan... mungkin dalam lingkungan 100,000 - 200,000 orang, amat mustahil untuk anda gagal menjualkan sesuatu kepada mereka. 

Daripada 200,000 orang yang kenal anda, pasti akan ada seorang atau dua yang berminat untuk membeli produk anda. 

Or at least produk yang anda promosikan.  

Jadi, bila kita kata pasal modal ini, jangan sempitkan konteks ia sekadar wang ringgit semata-mata. 

Andai anda rasa nak kumpul wang ringgit sebagai modal permulaan itu payah, mustahil dan susah, anda tukar fokus. 

Kali ini anda fokus untuk dapatkan ramai kenalan. 

Itupun satu modal yang baik. 

Bila anda ramai kenalan, maka akan lagi mudah anda dapat pelanggan. 

Anda kenal saya kan?

Minat tak nak pakai jam tangan flash RPM Speedometer? Klik link kat sebelah ni untuk lihat laman blog saya ya. 

Saya ada kongsikan tentang jam tangan FLASH RPM SPEEDOMETER tu. 

  

Jumaat, 25 April 2014

Semangat Buat Promosi Buat Duit Dengan EdyClick

Bulan ni semangat betul buat promosi untuk program affiliates EdyClick.

Nasiblah kalau ada yang meluat dan dah naik menyampah asyik baca update pasal EdyClick dalam blog ini. 

Hehe 

Ini perlu dilakukan. 

Untuk tujuan pemasaran. 

Pemasaran akan jadi lebih berkesan apabila mesej pemasaran tersebut sering disebut-sebut dan diulang-ulang. 

Sampai satu tahap, ia jadi satu fenomena. 

Orang dah tak pelik dan semua dah tahu apa itu EdyClick. Bila dah capai tahap ini, bermakna proses pemasaran telah dilakukan dengan baik.

Buat yang terlepas pandang, program affiliates EdyClick ini boleh kata lebih kurang dengan lain-lain affiliate network ataupun lain-lain program affiliate. 

Apa yang buatkan saya tertarik dengan program ini ialah konsep pemasaran yang diperkenalkan. 

Ada dua. 

Pertama, pay per sales. Setiap jualan yang berjaya dihasilkan, anda akan dapat komisyen affiliates. 

Konsep kedua ialah, pay per click. Hanya perlu promosikan link affiliates, dan setiap klik yang anda perolehi pada link affiliate anda, anda akan dapat komisyen. 

Ada lagi... 

Sebenarnya anda juga boleh jadi penjual di platform EdyClick. 

Khusus untuk mereka yang dah ada produk sendiri. Cuba pasarkan produk anda menerusi platform EdyClick ini.

Ada ramai promoter yang akan bantu promosikan produk anda tanpa sebarang bayaran. Free advertising gitu. 

Maklumatnya? Nantilah saya ceritakan. 

Dah korang daftar dulu sebagai agen affiliates. 

Itu pra syarat sebelum korang nak jadi penjual. 

Daftar kat sini --> Daftar agen EdyClick

Khamis, 24 April 2014

Nak Jadi Agen Qlimax?

Nak jadi agen produk lelaki Qlimax Extreme Grip?

Nak jadi tapi malu? 

Malu sebab apa pulak... 

Macam-macam la korang ni. 

Takut kena perli? Ada ke macam tu...

Korang rasa, orang yang akan perli korang tu, akan tolong bagi korang duit ke kalau orang tak ada duit nak beli apa-apa barang nanti? 

Mungkin...

Tapi biasanya, jangan mimpi la. 

Jadi... yang nak dengar sangat dan nak ambik berat sangat pasal orang yang suka perli tu... pasal apa? 

Abaikan je la..

Jadi, saya ada cara macam mana korang boleh jadi agen untuk produk ni tanpa perlu keluarkan modal walau sesen pun. 

Korang baca kat sini ya ---> Berminat jadi agen pemasaran Qlimax Extreme Grip?

Mana Lagi Untung? Dropship atau Affiliate?

Mana satu yang lagi untung? Nak buat affiliates atau nak buat dropship

Soalan lain yang boleh kita tanyakan ialah, mana lagi senang... nak buat dropship atau nak buat affiliates

Dropship atau affiliates... 

Tipulah kalau korang tak pernah terfikir persoalan ni. 

Nak jawab persoalan ini pun bukan mudah. Kena buat perbandingan. 

Perbandingan tu pulak mestilah antara dua produk yang sama jenis. Kalau bandingkan dengan dua produk yang tak sama....

Tak aci la haha 

Dah tentu akan nampak perbezaan yang sangat ketara! 

Kita tengok, apa peranan kita sebagai agen affiliate. 

Sebagai agen affiliate, kita hanya perlu promosikan laman jualan pemilik produk. 

Kita akan dibekalkan dengan satu (atau lebih) link affiliate khas. Kita hanya perlu bawa masuk trafik ke laman web jualan. 

Itu sahaja. 

Jika ada prospek yang berniat untuk membuat pembelian, mereka boleh terus membeli menerusi laman web pemilik produk. 

Jika mereka ada masalah, ada pertanyaan dan sebagainya... mereka hanya perlu berhubung dengan pemilik web tersebut. 

Anda? 

Seolah-olah tak wujud. 

Asalkan prospek membuat pembelian ketika fungsi cookies masih lagi berfungsi dengan baik, anda akan dapat komisyen. 

Next.

Dropship

Seolah-olah anda adalah penjual. Anda adalah pemilik produk. Anda adalah pemilik perniagaan. 

Semuanya anda perlu buat sendiri. 

Dari segi cari prospek. 

Urus tempahan. 

Customer support. Jawab pertanyaan pelanggan. 

Cuma... penghantaran je yang anda tak perlu buat. 

... kan senang? 

Jadi, dari comparison seperti ini, dah jelas, buat dropship memang lagi banyak kerjanya. 

Selalunya... Buat dropship lebih untung. Lagipun, kita sendiri yang tetapkan berapa keuntungan, dan kalau nak main harga (asalkan tak bunuh pasaran) juga tak ada masalah. 

Nak lagi untung? 

Buatlah dua dua serentak... 

Itupun kalau anda mampu :-) 



 

Prestasi Program Buat Duit Dengan EdyClick

Pagi tadi saya ada terima satu gambar yang dikongsikan oleh rakan-rakan di FB. 

Rupa-rupanya gambar mengenai statistik klik untuk program buat duit yang saya ada join baru-baru ni. 

Program Keusahawanan EdyClick

Ala... saya jadi promoter EdyClick je. Kerja senang je, tak susah pun. Promosikan link affiliate dan dapatkan seberapa banyak klik yang boleh. 

Itu je kerja dia... 

Klik tersebut mewakili bilangan klik yang VALID

Yang dah di SAH kan

Mungkin pihak EdyClick ada sistem tersendiri untuk mengesahkan sama ada sesuatu klik adalah sah atau ada orang tertentu yang sengaja main klik-klik atau main tukar-tukar klik. 

Kalau korang masih belum daftar program ini, nah daftar kat sini --->  http://www.sabreehussin.com/affiliate-EdyClick

Sekarang ni proses pendaftaran masih lagi percuma

Jangan tunggu lama-lama

Takut nanti bila tunggu lama sangat, waktu tu dah kena bayar pulak kalau nak join EdyClick ni.
 
 

Rabu, 23 April 2014

Prestasi Laman Web Promosi Qlimax Extreme Grip Di Search Engine Google

Sekarang ni saya dalam proses cuba jaya untuk rank laman web Qlimax Extreme Grip ke page pertama google.

Ada rezeki, In Shaa Allah boleh dapat limpahan trafik percuma dari search engine. 

Sambil-sambil tu, iklan FBAds pun masih lagi dijalankan.

Kita mencuba. 

Yang menentukan sama ada usaha ini akan berjaya atau tidak, tetap Allah SWT. 

Kalau tengok performance, hasil carian di search engine untuk kata kunci Qlimax Extreme Grip, nampak gaya dah ada laman web saya yang berjaya menduduki page pertama google.

Sampai bila dia akan kekal duk kat situ... saya pun tak pasti. 

Sejak akhir-akhir ini saya perasan, SEO ini umpama kita kayuh basikal. 

Bila kita berhenti mengayuh, alamatnya jatuhlah basikal yang kita tunggang tu. 

Jadi, pengajarannya ialah, untuk memastikan sesuatu laman web untuk kekal berada di tempat pertama search engine, bukan sesuatu yang mudah. 

Yet, ia juga bukan sesuatu yang mustahil. 

Boleh buat... Cuma kena buat selalu. Kena rajin buat backlinking. 

Kena rajin promosikan artikel tu. 

  

Selasa, 22 April 2014

Ke arah hidup bebas hutang menerusi penulisan

Sejurus selepas solat Isya'

Dengan tak semena-mena. 

Datang pulak lintasan idea. Idea tu pulak tentang tag line blog yang baru saya daftarkan. 

Ini url blog yang saya maksudkan --> http://sabreehussin.biz

Sebelum ini memang saya rasa agak pening jugak.... tak tau nak pilih ayat apa sebagai tagline. 

Tup tup datang pulak idea.

Macam cantik

Nampak best

Pendapat korang, macam mana pulak ya? 

"Ke arah hidup bebas hutang menerusi penulisan...

Sweet kan?

Kenapa Iklan Ubat Kuat Banyak Di Iklankan di Internet dan Facebook?

Bila saya bercampur dengan pelbagai lapisan masyarakat yang menyara diri dan keluarga menerusi jalan perniagaan, barulah saya faham...

Kenapa perlu begitu, dan kenapa perlu begini...

Persoalan macam tu. Saya sebenarnya ada banyak sangat benda nak tanya, ada banyak sangat benda yang saya tak tau, tapi... 

Saya tak tahu nak tanya pada siapa. 

Kalau nak tanya pada kawan-kawan sedia ada, hmm... semuanya lebih mudah kata tak tau. 

Lebih suka buat kerja masing-masing daripada nak ambik tahu apa yang berlaku dengan keadaan di sekeliling. 

Salah satu misteri terjawab. 

Ini tentang persoalan perniagaan dan iklan ubat kuat lelaki.

Pernah tak anda terfikir, kenapa dekat internet, terutama sekali di FB, ada banyak sangat iklan ubat kuat? 

Ubat merangsang nafsu.

Ubat meningkatkan performance sex 

... dan macam-macam lagi yang melibatkan sex related. 

Sebelum ini saya pun confuse. Saya pun tak tau apa sebabnya. 

Tapi, bila saya mula berjinak-jinak nak jadi agen pemasaran produk Qlimax Extreme Grip, iaitu salah satu produk kebahagian rumah tangga... 

Jawapan tu muncul sendiri.

Benda ni sulit. 

Dan ia melibatkan alat sulit. 

Ramai orang yang bila ada masalah yang melibatkan hal-hal sulit macam ni, malu untuk dapatkan rawatan secara face to face. 

Malu nak cari ubat. 

Malu nak jumpa penjual ubat. 

Malu nak cari doktor. 

Jadi apa penyelesaiannya? 

Beli secara online.

Kan bila kita beli secara online ini, kita tak nampak muka penjual, dan penjual tu pun tak nampak muka kita. 

Jadi, kuranglah sikit rasa malunya.

Bila saya dapat explanation macam ni... secara automatik saya pun kata...

OooOOooooOOoooOOoo...... patut lah...  

Percubaan Pertama Jual Produk Lelaki: Qlimax Extreme Grip

Belum apa-apa dah kena gelak dengan member-member. 

Cis

Itu tak kurang yang perli-perli. 

Dengki betul lah. 

Padahal bukannya mencurik atau buat apa-apa yang salah. Produk ini namanya Qlimax Extreme Grip.

Beberapa hari kebelakangan ini saya perasan nama produk ini mula naik. Berebut-rebut orang nak jadi agen untuk jual produk ini. 

So, ini bermaksud memang ada something yang bagus tentang produk ini. 

Bila baca testimoni pengguna produk Qlimax ini pun nampak meyakinkan. Kiranya, ia memang berfungsi seperti yang dinyatakan. 

Tak ada melibatkan sebarang penggunaan produk kimia yang berbahaya. 

Bahan-bahan pun terdiri daripada herba dan tumbuhan organik. Jadi, pengguna memang tak perlu takut sebarang kesan sampingan. 

Ini bukan produk membesarkan zakar macam produk-produk lain yang terdapat di pasaran. 

Produk Qlimax Extreme Grip ini tak ada kena mengena dengan proses pembesaran. 

Ya la... bukan semua orang suka nak besarkan zakar. 

Kang bila dah jadi besar, susah pulak nak cover :p

Tak apa... 

Memandangkan ini percubaan kali pertama jual produk macam ni, orang gelakkan tu saya kira perkara biasa la tu kan. 

Kita tengok macam mana hasilnya nanti. 

Ada hasil ke tidak, kita tunggu dan keep promoting. 

Kalau setakat nak tunggu dan lihat, hmm... saya pun khuatir hasilnya tak kelihatan pulak nanti. 


Isnin, 21 April 2014

Cara peroleh pendapatan Nuffnang

Sebenarnya sampai sekarang ni saya masih lagi mencari-cari jugak cara cepat untuk dapatkan income daripada Nuffnang

Bila dah cari punya cari...

Tiba-tiba datang satu idea. 

Hmm... mungkin idea ni boleh pakai. 

1. Buat entri khas untuk promosikan program pengiklanan Nuffnang 

Ceritalah serba sedikit pengalaman korang sepanjang menjadi publisher Nuffnang. 

Kalau boleh siap bagi back link jugak kat Nuffnang. 

Diorang kan ada sistem untuk buat tracking, dari mana datangnya sumber backlink tu. Kalau diorang tengok blog korang banyak bagi backlink, mana lah tau mereka akan berbesar hati nak bagi lebih banyak CPUV earning.

Contoh : 

Cara hasilkan pendapatan dengan program pengiklanan Nuffnang 

2. Buat entri khas untuk mempromosikan laman web pengiklan 

Maksudnya macam ni. 

Cuba check iklan apa yang paling kerap muncul dalam laman blog korang. 

Sebaik-baiknya iklan yang dalam kategori CPUV iklan. 

Korang buatlah entri khas untuk iklan tersebut. Anggap macam korang dapat sponsored post. 

Buat style ala-ala review gitu. 

Tapi ni review yang free la, kawan. Bukan yang berbayar. Mana lah tau dengan cara buat macam tu, korang akan lebih mudah dapat income nanti, kan... 

Contoh : 

Iklan Digi mobile internet, macam cantik je... 

Ok dua ni cuba buat duit secara konsisten. 

Pastu korang check sendiri apa perubahan ketara yang korang akan nampak ya... 

 

Kesan Positif Daripada Aktiviti Backlinking

Nama je dah lama tulis blog... tapi benda ni, saya cukup malas nak buat. 

Benda yang saya maksudkan ini ialah backlinking sesama blog. 

Ye la... kalau nak harapkan orang lain yang bagi backlinking, bukan senang. Susah wooo

Artikel yang kita buat tu wajib menepati piawaian yang berbeza mengikut citarasa penulis blog yang berbeza tu jugak. 

Kadang kita rasa artikel yang kita buat tu macam bagus je, macam best je, tapi hampeh... 

Tak ada seorang pun yang nak link dengan artikel yang kita buat tu. 

Kalau nak tunggu jugak memang boleh, bukannya tak boleh... 

TETAPI... 

Nak tunggu sampai bila? 

Jadi, cara yang lebih mudah adalah kita buat backlinking sendiri. 

(dengan penuh hati-hati dan waspada) 

Jangan nampak sangatlah tujuannya tak lain dan tak bukan semata-mata nak buat back linking semata-mata. 

Alhamdulilah...

Ada dah kesannya. Saya dah nampak kesan positif hasil daripada backlinking sesama blog kepunyaan sendiri. 

Apehal entah dulu tak nampak. 

Cis 


See...

Saya dapat tarik 4 trafik

Hehe 

Mula-mula 4, mana tau lama-lama jadi 4,000. 

Oh ya, trafik dari blog ini, saya hantarkan ke blog satu lagi khusus buat mereka-mereka yang mencari peluang untuk buat duit tanpa modal pada tahun 2014 ini. 

Ada beberapa artikel yang sangat saya sarankan untuk kalian baca, iaitu 

1. Bagaimana cara jana pendapatan tanpa modal pada tahun 2014 

2. Review laman web EdyBiz- Easy do your business 

3. Review program buat duit menerusi laman web EdyClick

Tiga artikel ini menceritakan panduan dan bagaimana anda juga dapat buat duit tanpa perlu keluarkan modal walau sesen pun. 

Selamat mencuba ya... 
 

Ahad, 20 April 2014

EdyClick - registration

Cara paling mudah nak buat registration untuk sertai EdyClick adalah menerusi platform FB. 

Anda hanya perlu klik pada ikon connect with Facebook sahaja. 

Mula-mula sekali, anda klik sini untuk akses ke halaman pendaftaran. 

Ataupun, anda boleh juga taip alamat url berikut di internet browser anda 

--> http://www.sabreehussin.com/affiliate-EdyClick

Seterusnya paparan seperti dibawah akan kelihatan.



Lihat pada gambar anak panah.

Anda hanya perlu klik pada ikon connect with Facebook. 

Itu sahaja. 


Tunggu beberapa saat untuk sistem EdyClick loading. Kemudian anda akan dibawa ke halaman dashboard.

Pendaftaran anda telah pun selesai.

Senang, kan? 

Nak baca review penuh tentang EdyClick? 

Sila ke laman web ini --> http://www.sabreehussin.com/review-program-buat-duit-menerusi-platform-edyclick/

EdyClick - Easy Do Your Click

Korang dah pernah baca description EdyClick sebelum ni? 

Kalau masih belum pernah baca.... Nah baca ni dulu

EdyClick merupakan platform yang membolehkan anda mendapat komisyen sama-ada per sales atau per click.

Anda boleh pilih seberapa banyak program affiliate yang diinginkan. Get Tools dan anda boleh gunakan untuk melakukan promosi.

Pembayaran Komisyen

Pembayaran yang sudah disahkan akan dibayar setelah komisyen melebihi RM 100 menggunakan cek. Bermaksud, sekiranya komisyen anda pada bulan tersebut melebihi RM 100, anda akan mendapat pembayaran pada 15hb bulan berikutnya.

Contoh: Komisyen bulan April = RM 126, Cek akan dihantar sebelum 15hb Mei 2014
Ok? 

Dah baca kan... ha itu lah sebenarnya EdyClick. Seperti yang dinyatakan oleh pemilik laman web EdyClick itu sendiri. 

Macam mana pulak kita nak dapat manfaat menerusi EdyClick ni? 

Senang. 

Sama ada anda menjadi promoter untuk memasarkan produk-produk yang dijual menerusi laman web EdyClick ataupun anda boleh pilih untuk jadi penjual produk. 

Sebelum nak jadi penjual anda kena daftar sebagai ahli dulu secara percuma. 

Klik sini --> Daftar Affiliate EdyClick 

Sebab apa kena daftar dulu? Ini syaratnya. 

Lepas dah daftar, korang biasakan dulu dengan sistem, fahamkan macam mana sistem EdyClick ni berfungsi. 

Kemudian bila dah faham, barulah hubungi owner EdyClick ini untuk proses pendaftaran.  

Dengar cerita, menerusi EdyClick ini kita boleh jana pendapatan pasif. 

Nak tau betul ke tidak, itu saya akan tulis dalam artikel yang akan datang... 

Buat masa sekarang ni, anda boleh baca dulu, review yang saya dah buat tentang EdyClick. 

[klik sini] untuk baca - Review Program Buat Duit Menerusi Laman Web EdyClick 

Cara Menjual Produk Sendiri Di EdyClick

Malam tadi punya cerita, saya buka FB, akses ke ruangan member khusus untuk para affiliate EdyClick

Baru saya tahu, rupanya sikit masa je lagi EdyClick akan buka peluang untuk para peniaga menyenaraikan produk sendiri dalam laman web mereka. 

Adakah ini satu peluang yang baik? 

Kita cuba fikirkan... 

Mengikut statistik tak rasmi, seperti yang diberitahu oleh pemilik laman web EdyClick, purata pendaftaran untuk sertai affiliate bagi EdyClick ialah kira-kira 100 pendaftaran sehari. 

Kalau 100 pendaftaran sehari (andaikan), ini bererti sistem EdyClick telah berjaya merekrut kira-kira 3,000 orang affiliate dalam masa sebulan. 

Sekarang bayangkan, jika anda adalah seorang penjual di EdyClick.

Anda pasarkan satu produk... lepas tu ada 3,000 orang affiliate aktif yang bantu mempromosikan produk affiliate anda! 

Wow! 

Ramai giler tu haha 

Jadi, apakah kebarangkalian anda akan dapat menghasilkan jualan? 

Tinggi kan

Sebab tu, jika anda adalah seorang jurujual, anda patut mempertimbangkan untuk jual produk anda menerusi platform EdyClick

Setidak-tidaknya, anda tak perlu nak terlalu bergantung harap pada sistem FB sahaja, itu pun kalau anda memang guna FB sahaja selama ini untuk menjual produk anda. 

Syarat untuk menjual menerusi platform EdyClick, ialah anda perlu mendaftar sebagai ahli terlebih dahulu secara percuma. 

Klik --> Daftar ahli EdyClick Percuma 

 
 

Kisah gadis kecil dan orang tua

Pada suatu masa dahulu, ada seorang gadis kecil yang sering ke pantai setelah habis waktu persekolahan.

Gadis tersebut akan mengutip seberapa banyak yang boleh tapak sulaiman yang terdampar di sepanjang pantai dan mengembalikan mereka semula ke laut.

Dia melakukan hal yang sama secara berterusan, hari demi hari, tahun demi tahun, tanpa rasa penat.

Rupa-rupanya perbuatan gadis tersebut diperhatikan oleh seorang lelaki tua yang turut tinggal berhampiran pantai yang sama.

Orang tua berasa sangat hairan, lalu dia berjalan dengan menghampiri gadis kecil itu dan bertanya.

"Wahai anak, mengapa kamu datang ke sini setiap hari untuk mengembalikan tapak sulaiman itu ke laut?"

Gadis kecil itu menjawab,

"Mereka terdampar di pantai dan akan mati apabila mereka kekeringan."

Orang tua itu bertanya lagi,

"Terdapat banyak tapak sulaiman di situ, adakah kamu dapat selamatkan kesemuanya? Kamu mungkin berjaya slamatkan beberapa hari ini, tetapi akan ada berjuta-juta lagi yang terdampar di pantai esok, apakah kamu fikir apa yang kamu lakukan sekarang ini bermakna?"

Gadis kecil itu mengambil seekor tapak sulaiman lalu berkata,

"Saya tidak tahu berapa banyak tapak sulaiman yang saya dapat selamatkan dalam sehari, tetapi saya tahu jauh di dalam hati, setiap kali saya mengambil tapak sulaiman dan mengembalikannya ke laut, saya telah mengubah kehidupan tapak sulaiman tersebut!"

Orang tua itu tersentuh dengan kata-kata gadis kecil tersebut.

Moral of the story:




Kisah ini amat dekat dengan saya sebagai seorang penulis blog


Setiap saya pasti akan menulis, menulis dan terus menulis. Saya tak tau sama ada penulisan saya ini akan memberi manfaat kepada semua rakyat Malaysia atau sebaliknya...

Namun saya percaya, ada seseorang... somewhere akan terbaca dan sedikit sebanyak dapat menceduk manfaat disebalik penulisan ini....
  

Hasil Tangkapan Sistem Jualan PRO Untuk March 2014


Saya join program affiliate dari Sistem Jualan PRO sejak dari tahun 2013 lagi. 

Dah agak lewat join. 

Orang lain komisyen dah dapat beribu-ribu ringgit, saya pulak baru nak menapak komisyen ratus-ratus ringgit je baru :( 

Sama ada skil tak power. 

Stratgi tak mantap. 

Ataupun teknik kurang berkesan.

Ada banyak sebab la senang cerita. 

Lagipun sebelum-sebelum ni selalu jugak saya dengar keluhan dari prospek yang nak beli sistem jualan pro, tapi tak jadi nak ambik sebabnya harga dia agak tinggi.

Hmm... habis tu? Ingat saya beli dapat special price? Saya pun kena bayar harga yang sama jugak kot. 

Macam mana orang lain bayar, macam tu jugak la kos yang perlu saya tanggung. Sama je. 

Cuma saya tanamkan niat dan memang dah plan siap-siap, masa sebelum join tu, saya nak buat betul-betul. 

Saya akan buat promosi secara konsisten dan berterusan. 

Walaupun tak dapat komisen pun tak apa lah... janji buat promosi. 

Mesti kena buat. 


Itulah hasil tangkapan untuk bulan March 2014 yang lepas. 

Saya pun ada tulis artikel tentang komisyen ni di blog saya yang lain. Boleh klik sini kalau nak baca. 

Khusus untuk Sistem Jualan PRO ni, saya sengaja pilih affiliate ID yang lain sikit. Biasanya saya akan guna nama 'sabreehussin' sempena nama saya sendiri. 

Kali ni, nak ubah sikit pendekatan hhe

Biar orang tak kenal id tu. 

Nampak gaya macam menjadi strategi tu

Ps: Sebenarnya saya tengah tunggu komisyen untuk bulan April punya ni. Tunggu saudara Rahman Basri nak bank in komisyen untuk April pula...
 

Sabtu, 19 April 2014

Sim Kad Tune Talk Tone Excel Bukan Sim Kad Jimat Duit

Macam biasa, orang kita lagi banyak yang suka merungut bila dilanda kesusahan.

Bila peluang untuk buat duit dah dihidangkan depan mata... hanya tinggal nak usahakan, banyak pulak alasan. 

Kenapa ya? 

Salah satu yang biasa saya dengar ialah tentang Tune Talk Tone Excel. Rungutan yang paling biasa berlaku ialah sebab harganya. 

Mahal katanya. 

Lepas tu merungut lagi... 

Kata kos penggunaan pun mahal. 

Takkan la orang macam ni tak faham dengan marketing plan. Mungkin memang tak faham la kot... 

Sim kad tune talk tone excel ini, sim kad buat duit. Ia bukan simkad jimat duit.

Kalau nak simkad yang paling murah, yang beri servis paling murah, memang bukan simkad Tune Talk Tone Excel ini. 

Itu anda kena cari lain...

Apalah gunanya sim kad murah, tapi tak boleh buat side income. Kalau nak yang macam tu, ha... duduk diam-diam sudahlah. 

Tak perlu nak condemn usaha orang lain ya.

Nak dapatkan maklumat lanjut tentang bisnes ni, boleh ke laman web saya, [klik sini]

Jumaat, 18 April 2014

Buat Duit Sampingan Terbaru 2014

Ini satu idea baru. 

Saya kata ia baru pada waktu artikel ini saya catatkan. 

Nanti kalau ada yang lebih baru, maka, idea tu adalah idea terbaru untuk buat duit sampingan pada waktu tu.

Kerap betul key word atau kata kunci macam tu melekat dalam salah satu blog yang saya tulis. 

... dan ya, saya memang ada tuliskan beberapa teknik dan idea untuk buat duit sampingan. Mana yang saya berkesempatan, siap ada sediakan panduan, tutorial step by step lagi. 

Itu pun jika berkesempatan. 

Kalau tak sempat, memang saya tulis secara general dan tak sebegitu detail. 

Contohnya macam dalam blog ni. Saya perlu rush! Sebab tu saya tak tulis dengan begitu detail. 

Lagipun, artikel yang detail, dah pun saya catatkan dalam blog saya yang lagi satu. 

Contohnya, kalau nak kan idea buat duit sampingan yang paling latest, bolehlah terjah entri panduan buat duit dengan EdyClick [Klik sini]

Versi yang sebelum tu pulak, saya pernah tulis tentang EdyBiz. Pun adik beradik dengan EdyClick. 

Korang pun patut tahu jugak yang menerusi EdyBiz ni jugak, korang boleh buat duit yang banyak.... 

Dengan izin tuhan, dan bergantung pada cara korang buat promosi. 

Kalau tak pernah dengar langsung tentang EdyBiz, kena baca dulu entry Review Laman Web EdyBiz - Easy Do Your Business [klik sini]

Dah buat masa ni saya cerita dua tu je dulu. 

Cerita banyak-banyak nanti korang tak bertindak, pulak. 

Lebih baik bagi sikit, terus bertindak. Itu lagi baik. 

Nanti-nanti saya cerita lagi. 
 

Komen saya setelah guna autoresponder emelmatik

Ada lagi ke yang masih tak pasti sama ada nak guna autoresponder emelmatik atau tidak? 

Sebenarnya saya juga adalah seorang pengguna sistem autoresponder emelmatik. 

Cuma untuk di blog ini, saya tak pasang sebarang opt in form. Saya tak berapa pandai dalam bab-bab coding. 

So, kalau dicuba jugak takut nanti buruk pulak jadinya. 

Salah satu perkara yang saya suka dengan emelmatik ialah pelan bayar sekali untuk penggunaan lifetime. 

Saya tak pasti, entah sampai bila pelan ini akan diperkenalkan. 

Mungkin sampai bila-bila. 

Mungkin juga akan ditamatkan pada bila-bila masa dan digantikan dengan pelan yang perlu bayar secara bulan-bulan. 

Pelan bayar secara bulanan, maka sama lah ia macam autoresponder premium seperti Aweber dan juga getresponse

Jom baca kat sini, komen saya mengenai perisian autoresponder emelmatik. [Klik sini]

Saya tulis ia berdasarkan pengalaman saya sendiri jadi pengguna. 

Mungkin ia dapat bantu anda untuk buat keputusan sama ada autoresponder tu bagus dan berbaloi atau tidak untuk anda cuba sendiri untuk kegunaan kerja-kerja pemasaran anda nanti. 

Cuba baca dulu ya 

 

Tips buat duit dengan EdyClick

Kali pertama saya tahu tentang EdyClick ialah pada 16 April 2014. 

Itupun menerusi email. Pemilik EdyClick sendiri yang emailkan info mengenai pelancaran platform baru ini. 

Kalau ini merupakan first time anda dengar mengenai EdyClick, untuk makluman anda, pemilik EdyClick dan EdyBiz adalah orang yang sama. 

Wah... makin berkembang ni. 

Saya positif, dalam masa beberapa tahun, kedua-dua platform ini akan jadi lebih besar dan aktif setanding dengan platform buat duit online seperti Jomniaga yang kini namanya dah pun ditukar kepada Ashadee. 

Jadi, kat mana kita? Adakah sebagai orang biasa, kita boleh join sekali untuk sama-sama rasa kebaikkan yang dibawa oleh perkembangan ini? 

Jawapannya...

Memang ada. 

Saya nak anda tahu, anda juga boleh jadi sebahagian dari EdyClick, dan sama-sama dapat manfaat serta dapat buat duit sampingan. 

Berapa banyak anda boleh dapat? 

Itu bergantung. 

Pada usaha anda. Pada berapa banyak rezeki yang dah ditetapkan oleh Allah untuk anda. 

Namun, sebagai langkah pertamanya... anda kena tahu dulu macam mana caranya nak buat duit dengan EdyClick ini. 

Anda berada ditempat yang betul. 

Saya dah pun sediakan panduan ringkas, tentang macam mana nak buat duit dengan EdyClick. 

Tapi bukan di blog ini, di blog saya yang satu lagi. 

Anda kena [klik sini]

Tajuk artikel tu, Panduan Buat Duit Dengan EdyClick

Selamat membaca, dan saya harapkan anda cepat bertindak!


Berita Gempar - Kematian YB Karpal Singh

17 April 2014 - Pagi tu saya terima pesanan ringkas menerusi Whatsapp yang mengatakan YB Karpal Singh meninggal dunia kerana terlibat dalam satu kemalangan jalanraya yang mengorbankan nyawanya. 

Rasa terkejut dengan berita tersebut, kerana sejak akhir-akhir ni nama beliau kerap disebut-sebut lebih-lebih lagi dalam media-media Pro Kerajaan BN. 

Jujurnya, saya tak kenal siapa sebenarnya Mendiang Karpal Singh. 

Saya tak pernah jumpa beliau in person. 

Saya tak pernah nampak beliau hatta dari jauh. 

Saya juga tak pernah tonton sebarang video penuh atau ucapan dari beliau, melainkan video sekerat-sekerat yang dah di edit baik punya oleh golongan pro kerajaan BN semata-mata nak buktikan yang mendiang bukan orang yang baik. 

Beberapa hari kebelakangan ini, nama mendiang Karpal Singh begitu sinonim sebagai seorang yang anti Islam. (Anti Hudud kononnya)

Atau sebenarnya saya patut katakan, media di Malaysia telah wujudkan karektar mendiang sebagai seseorang yang anti Islam. 

Isunya? 

DAP tolak HUDUD. 

Betul ke mendiang tolak Hudud secara total? ... atau beliau hanya menolak dari sudut perundangan di Malaysia? 

Saya tak tahu. 

Beliau seorang peguam yang berkaliber. 

Beliau tau apa yang beliau tentang. 

Orang seperti beliau bukan penentang agama yang perlu diperangi. 

Apa pun saya tak tahu siapa beliau. Menerusi media-media yang dipelopori oleh kerajaan, hanya karekter jahat sahaja yang ditonjolkan. 

Sebab tu saya memang malas nak ambil tahu apa yang dilaporkan di akhbar mereka. 

Yang memerintah dan memegang kuasa tak adil. 

Yang melaporkan berita tak adil.

Yang menyokong secara membabi buta tak adil. 

Saya tak nampak dimana keadilannya. 

Apa pun, takziah di ucapkan kepada keluarga mendiang Karpal Singh. Semoga kalian terus tabah.

Saya harap keluarga mendiang juga tidak ambil pusing pada cakap-cakap belakang si pengecut yang merepek dengan tuduhan tak berasas. 

Saya sebagai seorang Islam, juga benci dengan tindakan saudara-saudara kami yang masih lagi mengaku Islam, sedangkan mereka langsung tak mempamerkan akhlak Islam. 

Ketahuilah... sikap buruk yang dipamerkan oleh mereka yang mengaku Islam, itu sebenarnya bukan dari ajaran kami. 

Moga tidak membenci agama kami (Islam), walaupun kalian membenci pelaku dan pencemar agama kami yang menyorok disebalik nama agama. 

 

Rabu, 16 April 2014

Blogger Kaki SPIN?

Bukan ahli politik je yang kena ada kemahiran nak spin cerita, blogger pun WAJIB ada kemahiran dan skil yang sama. 

Especially blogger yang memang cari makan 100% menerusi sumber pendapatan online. 

Kalau nak dapatkan trafik yang banyak, dan pada masa yang sama idea pulak terhad, maka kat sinilah pentingnya ada kemahiran nak spin artikel. 

Ubah tajuk situ sikit sini sikit lebih kurang dah jadi. Isi sama pun tak apa. Yang penting pengolahan cerita tu. 

Kenapa ya saya kata macam ni. 

Ini daripada pengalaman saya sendiri,kalau anda adalah seorang penulis blog, dan anda mensasarkan pemasaran affiliate untuk sumber pendapatan online, lazimnya, satu artikel masih tak cukup untuk dapatkan sales. 

Kadang-kadang anda perlu hasilkan 10 artikel. 

Kadang-kadang 100 artikel. 

Pendek kata, lagi banyak artikel, lagi tinggi peluang anda untuk dapatkan sales daripada produk affiliate

Kenapa ya macam tu? 

Pertama, bila kita ada artikel yang banyak, secara tak langsung kita akan mula maksimumkan penggunaan keyword tertentu. Sampai satu tahap, keyword tersebut memang melekat dan jadi banyak dalam blog kita. 

Bila keyword tu dah jadi banyak dalam blog kita, maka ia akan beri gambaran kepada search engine bahawa blog kita adalah relevan dan sememangnya dibina berdasarkan kata kunci tertentu. 

Kesannya... kita akan terima organik trafik dari search engine seperti google. 

Jadi, lebih banyak trafik yang targeted terhadap kata kunci tertentu, lagi tinggi peluang kita untuk dapatkan sales.

Tahu... kadang-kadang memang rasa bosan jugak bila asyik tulis benda yang sama je... tapi percayalah, apa yang kita buat tu lambat laun pasti akan ada hasil. 

Buat je la... jangan nak komplen banyak sangat. 

Skrip Tarik Like Gaya Warrior

Kalau korang perasan, blog ni sebenarnya dah pun dilengkapi dengan sistem tarik like yang dinamakan sebagai sistem tarik like gaya warrior

Dah agak lama jugak skrip ini beroperasi secara diam-diam dalam blog ni. 

Fungsi sistem ini pulak? 

Jeng jeng jeng 

Tak lain dan tak bukan, ianya semata-mata untuk kumpul likes di fanpage. 

Kali terakhir saya buat semakan, dah ada yang nak masuk 5,000 likes berjaya dikumpulkan. 

Boleh tahan... semua ini adalah audience percuma, yang mana kebanyakkannya ialah pengguna FB yang sebenar. 

Bukan robot.

Sebabnya mereka semua tu sebenarnya berasal dari pelawat blog juga. 

Walaupun alghorithma FB dah bertukar banyak kali, akan tetapi, teknik tarik like ini masih lagi tetap berfungsi macam biasa. 

Just in case kalau FB nak tukar dia punya setting or apa-apa pun, at least sekarang ni dah run beberapa fan page yang memang dah ada ribu ribu likes. 

Semuanya sebab saya pasang sistem tarik likes gaya warrior ni.  


 

Kenal tak semestinya berkawan

Ada ramai penulis blog yang saya kenal. 

Ada ramai jugak penulis blog yang kenal saya. 

Namun demikian, kenal tak bererti kita ialah kawan. 

Most of the time, kita just kenal-kenal macam tu je. Nak upgrade hingga ke peringkat kawan mahupun sahabat, itu merupakan satu cabaran. 

Kerap kali terfikir jugak, ada ke yang nak kawan dengan saya ni? 

Tapi tu la... kenal masih lagi belum bererti kita ialah kawan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...