Selasa, 17 November 2015

Cari orang yang ada masalah: Formula ASAS buat duit online


Ini merupakan formula paling ASAS jika nak buat duit sama ada secara online mahupun secara offline


Cari dan kenalpasti, individu yang mempunyai masalah dan individu tersebut mestilah seseorang yang ada keinginan untuk menyelesaikan masalah tersebut.


Jika seseorang itu adalah someone yang memang ada masalah, kriteria pertama telah pun kita ketahui. Lulus. 


Namun kena tengok juga, adakah orang ini jenis yang sanggup untuk buat apa sahaja untuk selesaikan masalah tersebut. 


Ada je banyak orang yang bila ada masalah, dia macam tak tau nak buat apa. Kadang-kadang tu, bukannya tak tau nak buat apa, tetapi dia memang jenis yang tak nak bertindak untuk buat sesuatu. 


Jenis yang banyak komplen, mulut je bising pum pang pum pang, tapi langsung tak ada tindakan. Bila kita dah berikan action plan untuk dia ikuti, ada je benda yang tak kena.


Cadangan tu tak sesuai dengan situasi saya. 


Saya tak pandai nak buat macam yang awak sarankan. 


Saya ni buta IT jadi saya tak boleh buat seperti apa yang awak sarankan tu. 

Serius. Kalau nak diikutkan, sebenarnya ada banyak lagi alasan-alasan yang boleh keluar daripada mulutnya.


Tak pasti... sama ada dia memang betul-betul tak boleh buat atau memang tak nak buat. 


Baru-baru ni, saya dapat tawaran untuk bekerja dari rumah sebagai seorang penterjemah ataupun nama glamernya translator.


Rupa-rupanya selama ni ada ramai jugak orang kita yang jadi freelancer buat kerja-kerja penterjemahan ni. 


Upahnya pun boleh tahan. 


Bukan apa, itupun setelah ambil kira kadar tukaran matawang dari USD ke RM. Almaklumlah, dalam bidang pekerjaan macam ni, lazimnya majikan dari luar negara je yang akan bagi job. 


Kerja-kerja untuk alih bahasa dari English kepada Malay. 


Bukan semua orang boleh buat kerja-kerja seperti ini dengan baik, tetapi pada saya rugilah buat orang yang memang ada kemahiran penterjemahan macam ni tapi tak di manfaatkan dengan sebaiknya. 


Ok la, kalau nak cuba buat kerja-kerja penterjemahan boleh klik sini.


.


..


Anda rasa anda akan dapat faedah ke tidak jika dapat bekerja dalam bidang penterjemahan ni? 


Mungkin... beberapa masalah anda yang berkaitan dengan masalah kewangan dapat diselesaikan jika anda bekerja dalam bidang ini. 


Siapa tahu... kan. 


 


Selasa, 10 November 2015

Tukarkan laman percuma blogspot kepada mesin buat duit automatik


"Berapa ramai yang minat nak buat duit dengan menggunakan laman web PERCUMA blogspot?"


Ya 


Laman web blogspot sememangnya mempunyai potensi tersendiri untuk ditukarkan menjadi laman web yang boleh menghasilkan duit secara automatik. 


Secara teknikalnya, terdapat dua kaedah bagaimana ianya boleh dilakukan. Kedua-dua kaedah ini, saya dah pun lakukan dan Alhamdulillah, memang ada hasilnya.


Buat mereka yang masih belum jelas dan belum tau, macam mana nak buat, saya nak kongsikan dengan anda bagaimana ianya boleh dilakukan. 


Mula-mula sekali, anda perlu pilih dan tentukan terlebih dahulu, apakah dia konsep laman web yang anda ingin bina. 


Konsep pertama ialah konsep laman web minisite, dan konsep kedua ialah konsep blog. 


Saya nak mulakan dengan bercerita tentang laman web berkonsepkan minisite terlebih dahulu. 


Untuk hasil yang lebih menakjubkan, dapatkan tools ini. 


1. Perisian bina laman minisite percuma Blogspot to minisite 


2. Perisian sistem autoresponder emelmatik  



Pemilik bagi kedua-dua perisian ini adalah individu yang sama. Jadi, anda tak perlu risau jika ada sebarang masalah, kerana anda hanya perlu berurusan dengan orang yang sama sahaja. 


Konsep laman web Minisite


Sesuai untuk digunakan sekiranya anda hanya menjual satu produk sahaja. Mula-mula sekali, gunakan perisian blogspot to minisite untuk tukarkan laman web blogspot daripada design yang biasa-biasa kepada design minisite yang lebih profesional. 


Anda masukkan konten dan penerangan tentang produk. 


Seterusnya, masukkan juga opt in form yang anda boleh dapatkan dari perisian autoresponder emelmatik. 



Fungsi autoresponder adalah untuk tujuan follow up pelanggan yang masih belum buat keputusan sama ada nak beli ataupun tidak. 


Konsep laman web blog 

Cara ini lebih mudah dan ringkas pada saya. 


Anda hanya perlu fokus untuk masukkan konten-konten penulisan yang baru dan fresh setiap hari.


Jika ini adalah kali pertama anda ingin berjinak-jinak dalam arena penulisan blog, tak perlu nak hadkan diri anda dengan menulis tentang sesuatu topik sahaja. Atau dalam kata lainnya, niche blog.


Blog yang paling mudah untuk dihasilkan ialah blog personal. 


Seperti yang saya sedang lakukan sekarang ni. Ianya tidak mempunyai genre tertentu yang spesifik, dan saya akan menulis apabila saya rasa seperti saya nak tulis tentang sesuatu topik. 


Pun begitu, konsep blog seperti ini masih lagi berupaya untuk memberi hasil pada saya. 


Baiklah, jika anda pun berminat nak buat duit secara automatik dengan bantuan laman web percuma blogspot, bolehlah pilih mana-mana satu yang saya kongsikan ini. 


Sekiranya anda menggunakan perisian blogspot to minisite ini, saya pasti anda juga akan mampu hasilkan sebuah laman web blogspot yang nampak profesional dan canggih. 


Tunggu apa lagi? Dapatkan perisian ini disini sekarang juga.   


 


 

Khamis, 5 November 2015

Pasang impian


"Jika anda tidak membina impian anda sendiri, maka anda akan dipaksa untuk membina impian orang lain..." 


Eh 


Dipaksa? Ye ke sampai kena paksa? 


Mungkin juga. Selalunya keadaan yang akan memaksa kita untuk bertindak atau melakukan sesuatu perkara yang tanpa kerelaan kita 100%. 


Sedikit sebanyak... sebenarnya ada betulnya jugak. 


Jom lihat ke dalam diri. Lihat balik perjalanan hidup kita selama bertahun-tahun kita hidup atas muka bumi ini. 


Adakah kita jalani kehidupan ini untuk membina dan mengecapi impian kita sendiri? Ataupun selama ini, kita bersusah payah untuk bantu orang lain capai impiannya? 


Kita bekerja untuk siapa? Memangla kita bekerja untuk menyara kehidupan diri dan keluarga... namun usaha kita selama ini, untuk siapa? Siapa yang paling banyak mendapat manfaatnya?


Boleh jadi, bila kita perhalusi, kita akan dapati yang sebenarnya apa yang kembali kepada kita hanya sedikit sahaja. Selebihnya, semuanya untuk kesenangan orang lain. 


Sebab itu pentingnya ada IMPIAN. 


Ia menjadikan kita lebih "hidup" dan segar dalam menjalani cabaran hidup. 


Kejar IMPIAN dan cuba sedaya upaya untuk capai impian kita tu, tak kiralah walau sekecil mana impian kita tu. 


...masalah bila seseorang tu tak ada impian... maka ketika itu, hidup anda hanya untuk bantu orang lain capai impian mereka. 


Pasang IMPIAN bukan kena bayar pun. 


Sebaliknya, kita yang akan untung bila kita ada impian. 


Hmm... 2016 akan menjelang tak lama lagi. Masa untuk pasang impian yang baru dan renew impian lama yang dah tercapai. 


 


 

Sabtu, 17 Oktober 2015

Ilmu hutan yang sangat berguna


Post kali ni, saya nak share mengenai ilmu survival dalam hutan. Saya pun tak tau, siapa yang mula-mula sekali share tentang perkara ni. Moga-moga Allah SWT beri ganjaran yang terbaik sebab kongsikan ilmu ini. 


 

ILMU HUTAN

Pengalaman masuk hutan, berkawan ngan bebudak asli ni, dan termasuk kengkawan yg memang askar, banyak benda yg saya belajar..iaitu,


(1) Lumut Taik Kera. Kalau kita jalan diwaktu malam, terutama di hutan padat dekat dgn air terjun atau sungai (mcm kes saya kat Janda Baik), bila kita jalan dalam gelap, kita akan nampak ada benda2 bercahaya warna hijau..ala2 benda yg pendarcahaya. 

Benda yg bercahaya tu ialah lumut taik kera, bila siang tak nampak apa2, bila malam dia akan keluarkan cahaya walaupun dgn skit bantuan cahaya dr bulan bintang. Yg bestnya, lumut ni hanya tumbuh didenai (laluan binatang atau orang), so kalau sesat..ikut je laluan ni diwaktu malam, insyaAllah..tak langgar pokok.


(2) Ular tedung. Kalau terserempak dgn ular masa dlm hutan, jangan buat gerakan mengejut..stay still dan undur balik. Ular tedung tak mematuk bila kepala dia tengah kembang penuh, sebaliknya akan mematuk bila kepala dia kembang separuh je. Oleh tu, kita acah2 bagi ular tu kembang penuh dgn ranting kayu dan berundur2 pelan2. - belajar dr orang asli.


(3) Kera / lutong dan spesis yg sama. Spesis kera takkan lari bila kita libas dgn sebatang ranting kayu, in fact dia leih lincah dr gerakan ranting kita. Utk halau kera, patahkan pokok renek dgn daun dan ranting yg mengembang..dan hayunkan kat kera tu..baru lari (rasionalnya, ranting + daun yg kembang tu nampak lagi besar dr sebatang ranting) - belajar dr askar.


(4) Harimau. kalau mancing dlm hutan, sedang dlm hutan tu bunyi penuh dgn unggas serangga, tetiba hutan tu jadik sunyi sepi, biasanya ada haiwan menghendap..terutamanya harimau, harimau akar dan beruang. Selepas hutan jadi 'diam', kemudian disusuli dgn bau hamis..confirm harimau..hehehe..apa lagi, bagi letup satu mercun bola la.. - belajar dr orang asli.


(5) Beruang madu. Hutan paya kat Malaysia banyak beruang madu (yg kecik tu, sekerat pinggan dgn dada kaler oren),kalau terserempak, kita yg perlu menjerit dan buat seperti nak kejar, automatik beruang tu akan lari. - belajar dr orang asli.

 
(6) Kepala air. Kalo khemah kat tepi sungai, jangan buat khemah kat tepi air, buat dibahagian /kawasan yg pokok2nya besar. Tandakan satu batu yg besar, kalo tengah malam batu tu hilang, maknanya air tengah naik la tu..- belajar dgn kaki pancing.  


(7) Tanda-tanda kepala air. Kalo hujan kat hulu, biasanya akan ada kepala air (air naik dr dlm perbezaan paras 5 kaki tak sampai 10 minit). Tanda2 lain yg kita perlu tengok ialah kehadiran buih2 putih kat tempat tak berbuih (klu kat tempat air jatuh for sure ada buih)..maksud saya kat tempat air mengalir biasa, tetiba ada buih2 halus timbul. Tu tandanya arus bawah lagi laju dr arus atas. pastu, akan ada daun basah hanyut, then barulah ada perubahan warna air, dr jernih ke warna oren, coklat dll. Biasanya perubahan ni sekejap saja, dalam 5-6 minit sebelum arus besar datang (kepala air)..sama kes kat Dam Chamang, bentong..saya dah kena. Tambah skit, kalo kepala air datang, bunyi air lebih kuat dr biasa, dr kejauhan dah dengar..


(8) Nak masak air. Jangan amik air kat tepi sungai, amik kat tengah sungai atau tempat yg mengalir deras. Rationalnya, tikus, rusa, kancil, babi dll kencing kat tepi sungai, arus akan tolak air kencing tu ke tebing. So, amik yg tengah2. - belajar ngan askar.


(9) Binatang besar. Kera atau monyet akan lari dan buat bising bila ada bahaya i.e harimau, gajah, badak, seladang dll. Kalau dr jauh dengar bunyi kera dl buat bising..tentu ada binatang besar tengah lalu. - belajar dgn orang asli.


(10) Makan makanan yg dimasak i.e ikan bakar dll. Semasa kat hutan, kami mesti makan sampai habis dan hanyutkan / tanam lebihan makanan sebab bau makanan ni akan menarik perhatian beruang, kera, gajah utk datang bertandang. - ni belajar ngan kaki pancing lain.


(11) Buat semua perkara sebelum jam 5.00 petang. Biasanya, bila kami kat hutan, kami akan selesaikan semua urusan (masak, mandi, basuh dll) sebelum jam 5.00 petang. Sebab, dlm pukul 5.00 lebih, hutan dah gelap disebabkan oleh kanopi pokok dan kecondongan matahari. - belajar dr pengalaman.


(12) Hutan yg bising dgn bunyi unggas lebih baik di waktu malam drpd hutan yg sunyi sepi. Bila hutan sepi, mesti ada apa2 yg tak kena. - orang asli.


Ok, masuk bab amalan bukak khemah (Rule and system dia la..bukan amalan yg spritual ni..).

Boleh dapatkan kelengkapan untuk camping disini --> Klik sini


(1) Cari kanopi yg masih hijau. Bila dah tentukan nak khemah, dongak ke atas, cari pokok muda dan kanopi (rimbunan daun) yg masih hijau..so, risiko kena hempap ranting dahan bila angin kuat rendah.

 
(2) Ketinggian dr paras air. Bila dah tentukan mana bahagian yg lapang nak dibuat, tentukan ketinggian khemah sekurang2 4 kaki dr aras air sungai, kalau landai..jangan buat khemah kat situ, biasanya kawasan landai, akan ada banyak pokok2 rendah dan renek mcm pokok senduduk dll..tu tandanya air selalu naik kat kawasan tu. Cari kat kawasan yg pokoknya besar2.
 

(3) Tentukan laluan / denai didalam radius kawasan 20 meter dr khemah. Jangan buat khemah didalam laluan denai, sebab laluan denai bukan utk manusia sahaja, ianya adalah laluan binatang lain jugak. kang seladang tumpang tidur.

 
(4) Bersihkan lantai tapak perkhemahan drpada daun dan pokok2 renek (potong je pokok2 kecik ni,kang dia tumbuh balik). Pakai je ranting pokok2, sapu sampai nampak tanah dan takdak daun, so, risiko terkena sengat lipan, kala jengking dll tu kurang skit.
 

(5) Dah ready, baru tabur karbaid kaler kuning tu.
 

(6) Kalau pakai khemah jenis igloo atau T shape, pasang khemah kat secara menghadap /berhadapan dan unggun api kat tengah.
 

(7) Dlm nyalaan unggun api tu, standby dgn beberapa batang kayu panjang. Kalo boleh, sesuai dgn jumlah orang yg pergi camping tu. Bila ada bahaya, perimeter diceroboh, apa lagi..capai la kayu yg ada api ni sebagai senjata, parang pisau..binatang tak takut. Api? confirm depa lari..
 

(8) Kalo ikut pengalaman saya, kami memang buat perimeter, risau gak kot2 binatang datang (beruang terutamanya) datang ke khemah sebab bau masakan kami. Kami suka buat pagar dgn tali tangsi disambing dgn loceng, terlanggar je tali tu, loceng akan bunyi...

 
*bawa wisel jika masuk hutan
-swk52-
 
 
 
 
 
 
Ps: Anda boleh dapatkan kelengkapan untuk camping kat sini. Ada macam-macam yang anda boleh pilih ikut kesesuaian! 

Jumaat, 16 Oktober 2015

Shaklee? Jom buat duit dengan Shaklee pulak!


"Pernah tak anda terfikir untuk buat duit, sama ada sedikit ataupun banyak dengan mempromosikan produk-produk Shaklee?"


Hmm... hati kecil berkata. 


Sekarang ni nampaknya macam dah terlalu ramai yang promosikan produk ni. Aku masih ada peluang ke nak buat duit dengan shaklee ni?


Mungkin, bila kita ada terlintas perkara-perkara remeh macam tu, iaitu suatu kerisauan untuk tidak begitu perform dalam perniagaan ini, kita sedang berfikir tentang faktor risiko! 


Apa tak nya, nak join Shaklee dan buat duit dengan shaklee bukannya percuma. Sekurang-kurangnya kita kena bayar yuran keahlian untuk jadi ahli Shaklee. Barulah boleh beli produk-produk Shaklee dengan harga ahli yang lebih murah dan menjimatkan jika nak dibandingkan dengan harga pasaran. 

http://www.sabreehussin.com/senarai-produk-shaklee



Kalau tak jadi ahli, beli dengan harga pasaran, lepas tu nak jual balik dengan harga berapa pulak ha ha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...