Isnin, 16 Januari 2017

Ini cara saya dapat duit USD13 dari luar negara


Petang tadi, dalam pukul 1.00 petang, sebelum saya bukak blog-blog saya dan mula menulis dalam tu, saya semak emel dulu. Kemudian saya terpandang satu emel yang dihantar oleh Pay Pal.


"Paypal hantar emel pulak..."


Biasanya kalau PayPal hantar emel ini, satu je benda. Mesti nak dapat duit ini!


Saya pun bukak emel tu dan baca kandungan emel tu dengan tenang. Tajuk emel tu "Monthly Payment from Mobicow!"


Rasa macam tak percaya. Sebabnya baru je beberapa bulan saya join program ini, tak kan dah dapat bayaran pulak? Ini dia emel yang saya terima.


Kalau menurut emel yang saya dapat ni, saya sebenarnya telah menerima bayaran sebanyak USD13.12 dari pihak Mobicow ke akaun Pay Pal saya.


Ok tenang.


Lagipun, ini bukannya kali pertama saya dapat bayaran macam ni dari luar negara. Dalam matawang USD pulak tu.


Saya semak pula akaun Pay Pal saya. Ya, terbukti. Memang bayaran tersebut dah masuk! TERBAIK.


Saya boleh katakan program pengiklanan Mobicow ni merupakan salah satu program pengiklanan terbaik yang saya pernah join. Boleh katakan laju jugak dah dapat hasilnya.


Ini baru bayaran komisen yang PERTAMA. Biasalah... komisen yang pertama biasanya memang macam ni. Jumlahnya tak adalah banyak sangat. In Shaa Allah komisen kedua nanti jumlahnya lebih besar dari yang pertama ni.


Khamis, 12 Januari 2017

Guna nama domain sendiri untuk menulis blog di blogspot


Saya semak baki duit dalam akaun PayPal. Ada beberapa puluh USD dalam tu. Ala... tak banyak pun, tak sebanyak macam yang ada dalam simpanan akaun PayPal anda tu.


Apa nak buat dengan duit dalam akaun PayPal ni ye?


Sebelum ni saya pernah cuba nak guna fund dalam akaun PayPal ni untuk buat pembelian di laman web Lazada Malaysia.

voucher-online-lazada-malaysia

Bila sampai ke peringkat untuk buat pembayaran, saya pun pilih opsyen Pay Pal. Tapi yang saya rasa pelik, bila klik pada Pay Pal fund tersebut tidak menunjukkan sebarang angka. Seolah-olah macam saya tak ada duit langsung dalam akaun Pay Pal tu. 


Jadi, kalau saya nak teruskan juga buat pembayaran melalui akaun Pay Pal, saya perlu pilih opsyen kad kredit ataupun kad debit.

Sabtu, 7 Januari 2017

Membongkar Mitos menambah ketinggian dengan bantuan Supplement


Pernah tak anda rasa seperti kehidupan anda akan berubah jadi lebih baik jika anda lebih tinggi dari sekarang? Cubalah fikirkan apa agaknya perkara baru yang akan berlaku pada anda.


Mungkin kawan-kawan anda dah tak akan panggil anda dengan nama "Si Pendek" atau "Si Ketot" lagi. Mula-mula dengar memang agak lucu. Tapi lama-kelamaan? Benda ni boleh buatkan hubungan antara kawan-kawan jadi renggang. 


Saya masih ingat lagi, waktu saya masih lagi sekolah dulu. Saya rasa pada waktu tu, saya tergolong antara orang yang pendek dalam sekolah. Untuk usia saya (16 tahun), dan ketinggian saya pada ketika itu, saya rasakan macam saya banyak kekurangan!


Masa umur saya 16 tahun saya terpilih untuk menyertai pasukan bola tampar untuk mewakili sekolah dalam sukan peringkat daerah. Tapi masalahnya ialah saya ni tak cukup tinggi, atau dalam kata lain, agak rendah


Sudah tentu, position sebagai spiker sangat tak sesuai untuk saya. Jadi, coach berikan saya kedudukan yang kononnya istimewa untuk orang-orang yang tinggi macam saya ni, iaitu sebagai libero.


Fungsi libero ni lebih kepada benteng pertahanan untuk pasukan bola tampar. Siapa yang main bola tampar ni mungkin tau la kot apa yang saya cuba sampaikan.


Masa tu, saya ada ada ambil supplement dari Jenama Appeton. Kalau ikut iklan produk tu, produk tu boleh tambahkan ketinggian badan. Saya habiskan kesemua lebih kurang 60 tablet dengan harapan ketinggian saya akan bertambah.


Adakah selepas habis 60 tablet tu ketinggian saya bertambah? Saya tak perasan. Mungkin langsung tak bertambah, mungkin ada pertambahan, tapi saya langsung tak perasan.


Baru-baru ni, saya jumpa satu lagi produk tambah ketinggian badan yang menggunakan teknologi Korea yang kononnya mampu membuatkan pengambilnya boleh tambahkan ketinggian badan.


Produk ini diberi nama nama Height Up. Menurut iklan produk ini, (yang kebanyakkannya saya jumpa secara online sahaja) claims yang produk ini 100% Terbukti Berkesan




Saya agak skeptikal dengan produk-produk macam ni. Kalau anda masih ingat lagi, saya ada ceritakan tentang pengalaman saya ambil supplement dari Appeton masa saya sekolah dulu. Pada saya, produk tersebut tidak memberikan kesan yang betul-betul signifikan. 


Jadi, bila ada produk baru yang dikatakan mampu untuk tambahkan ketinggian, saya jadi berminat. Bukan minat apa.. minat nak tau dengan lebih lanjut. 

Rabu, 4 Januari 2017

Belajar menjalankan Bisnes Aiskrim tanpa pergi kursus buat aiskrim


Anda nak buat bisnes ais krim tetapi tak tau macam mana nak mula? Anda nak belajar buat bisnes ais krim tapi tak ada masa nak pergi ke mana-mana kursus buat aiskrim?

kursus-bisnes-aiskrim 
Jangan give up dulu dengan perancangan anda untuk mulakan perniagaan ais krim anda sendiri.


Siapa kata kalau nak belajar buat aiskrim mesti kena datang kursus buat aiskrim? Sebenarnya tak semestinya. Untuk orang yang memang ada masa, kurang sibuk bolehlah ikut jadual kursus yang mungkin tak kena dengan jadual kita.


Kadang-kadang kursus buat ais krim ni dijalankan pada hari biasa. Kalau hari biasa, nak tak nak kita kena ambik cuti pulak.


Kalau kursus buat aiskrim yang dijalankan pada hujung minggu, kita pun belum tentu ada masa. Biasanya pada hujung minggu ni la akan ada banyak majlis kenduri, bercuti bersama keluarga dan sebagainya.


Saya masih ingat lagi, satu masa dulu, saya betul-betul teringin nak belajar macam mana cara nak buat bisnes secara online. Saya follow beberapa orang tenaga pengajar yang juga internet marketer. Saya tahu mereka ada buat bengkel dan juga kursus online marketing yang saya boleh join.


Masalahnya...


Waktu tu, sekitar tahun 2009 - 2010 saya masih lagi belajar di UiTM Shah Alam. Jadual kursus memang tak kena dengan masa saya sebagai seorang pelajar. Waktu tu, saya juga aktif dalam aktiviti dan persatuan. Jadi memang sibuk.


Kemudian, bila ada masa untuk pergi kursus saya sedar satu perkara. Kos atau Yuran untuk sertai kursus AGAK TINGGI. Saya manalah ada duit.


Maka nak tak nak, saya perlu cari alternatif.


Pada waktu tu, satu-satunya sumber untuk saya belajar adalah dengan merujuk panduan dan juga E-Book yang dihasilkan mengenai topik yang saya nak belajar tu.    


Dulu kebanyakkan e-book yang ada dipasaran berkisarkan tentang panduan nak buat duit online sahaja. Sama ada panduan nak buat duit dengan affiliate, panduan buat duit dengan blog, dan sebagainya.


Cara jual barang di mudah.my tanpa bayaran?


Pada asasnya, peniaga yang nak iklankan sebarang perniagaan, produk ataupun servis di laman web mudah.MY memang tidak dikenakan sebarang bayaran.

cara-buat-duit-di-mudah-my
Malahan jika anda buka laman web mudah.my anda akan nampak satu ayat iaitu "POST FREE ADD - Sell Your Stuff"


Boleh juga lihat pada screenshot diatas.


Akan tetapi, memandangkan ada TERLALU RAMAI peniaga yang menggunakan servis ini untuk mengiklankan produk mereka, maka anda perlu siap sedia berhadapan dengan hakikat yang iklan anda akan tenggelam berbanding iklan peniaga-peniaga lain.


Jika produk yang anda jual, SAMA dengan produk yang orang lain jual, maka iklan anda akan bersaing sesama sendiri dengan penjual lain yang ada di mudah.my


Kebiasaannya iklan yang baru akan menggantikan iklan yang lama yang ada di mudah.my


Contohnya pagi ini anda buat iklan di mudah.my. Iklan anda akan berada di kedudukan yang paling atas.

Kerja yang sesuai untuk Lepasan SPM?


Soalan "apa dia kerja yang sesuai untuk lepasan SPM" muncul bertalu-talu di blog saya. Ini tandanya makin hari makin ramai adik-adik yang baru habis SPM mula resah tentang masa depan masing-masing.


Nak kerja atau sambung belajar?


Kalau memang betul-betul tak mampu dari segi kewangan, dah cuba semua saluran untuk dapatkan dana pendidikan, barulah pilih untuk kerja. Bila dah dapat kerja tu pulak, jangan leka! Asingkan duit untuk tujuan pendidikan.

kerja-apa-lepas-spm 

Anggaplah kerja yang ada tu adalah sebagai usaha untuk kumpul duit bagi sambung pengajian. Jangan berhenti setakat SPM. Jangan berhenti setakat disitu.


Buat masa ni, saya sendiri tak jumpa lagi orang yang betul-betul cerdik hanya berbekalkan sijil SPM sahaja.

Selasa, 3 Januari 2017

Bina Perniagaan Online Yang Menguntungkan dengan tips ini


Bagaimana cara untuk bina perniagaan online yang menguntungkan? Kita hidup dalam keadaan ekonomi yang sangat mencabar. Tahun 2017 diramalkan sebagai tahun yang sangat mencabar.

kedudukan-masalah-ekonomi-tahun-2017

Malahan, kalau kita baca laporan akhbar Sinar Harian bertarikh 1 Januari 2017, Kos sara hidup 2017 dijangka meningkat. Ya, ini bukanlah berita baik dan bukannya satu topik yang menarik untuk mulakan tahun 2017.


Hanya bergantung kepada satu sumber pendapatan semata-mata pastinya tak cukup. Bagi yang bekerja, sama ada yang bekerja makan gaji mahupun bekerja sendiri, perlu fikirkan cara lain untuk tambah pendapatan.


Jika anda merancang untuk mulakan bisnes online anda sendiri, sekarang adalah masa yang tepat. Jadi kat sini, saya ingin kongsikan kepada anda beberapa tips yang anda boleh ikuti untuk membina perniagaan online anda yang pertama.  

Apa beza antara blogger baru dengan blogger lama?


Anda blogger baru? ... atau anda merupakan blogger lama? Ada beza ke antara blogger baru dengan blogger lama?


Saya mula menulis di blog ni sejak dari tahun 2009. Masa tu saya masih lagi dalam peringkat percubaan dan eksperimen.


Bila ada orang kata, dengan blog kita boleh buat duit, saya jadi skeptikal. Tak tercapai dek akal, macam mana dengan menulis blog boleh buat duit pulak?


Disebabkan konsep buat duit dengan blog ni nampak begitu mudah, jadi saya ambik pendekatan dan keputusan untuk cuba sendiri. Sepanjang tempoh tu, ada yang saya berjaya dan ada juga yang saya gagal. Jujurnya saya rasa ada banyak pengalaman yang saya gagal berbanding pengalaman saya berjaya.


Of course saya akan cerita pengalaman yang berjaya je. Pengalaman gagal bukannya tak ada. Malahan mungkin terlalu banyak dan terlalu memalukan untuk diceritakan.


Kalau ada pembaca yang nak baca tentang pengalaman kejayaan saya buat duit dengan blog, saya rasa anda patut baca artikel yang saya tulis bertajuk "Pengalaman buat duit dengan Lazada sepanjang tahun 2016".


Artikel tersebut menceritakan kisah kejayaan saya buat duit dengan Lazada. Ala... tak ada la banyak sangat. Ada la dalam beberapa ratus setiap bulan.

cara-jadi-blogger-popular


Ok...


Kembali ke topik asal. Anda blogger baru atau blogger lama?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...