Khamis, 27 April 2017

Formula untuk menghasilkan income PASIF seumur hidup kini didedahkan


Memang ada pelbagai cara untuk hasilkan pendapatan pasif.


Sama ada kita perasan ataupun tidak. Bagi sesetengah orang, peluang tersebut memang dah terhidang dan tersedia di depan mata.


Tinggal nak ambik peluang sahaja.


Cuma yang menjadi persoalan ialah, adakah orang tersebut sanggup untuk berkorban apa yang diperlukan sama ada masa, tenaga mahupun wang ringgit bagi merealisasikan impian untuk mencipta pendapatan pasif.


Kalau kita baca buku-buku yang ditulis oleh Robert Kiyosaki, beliau seringkali mengingatkan kita untuk mencipta pendapatan pasif.



Kita akan sentiasa berada dalam "Rat Race" selagi mana kita masih lagi bergantung harap kepada pendapatan aktif.


Ini bukan bermakna pendapatan aktif itu tidak bagus, ataupun pendapatan pasif lebih bagus berbanding pendapatan aktif.


Jika kita melihat kepada proses untuk hasilkan pendapatan pasif dan juga pendapatan aktif, kita akan dapat lihat perbezaan yang sangat ketara.



Sebagai contoh, proses untuk hasilkan pendapatan aktif adalah lebih mudah dan straight forward. Selagi kita masih bekerja, maka kita akan dibayar upah untuk kerja-kerja yang kita lakukan.


Ada kerja ada upah.


Berhenti buat kerja, maka upah pun tiada lagi.


Berbeza situasinya dengan pendapatan pasif. Kita hanya perlu buat kerja sekali sahaja, dan seterusnya, apabila pendapatan tersebut dah mula dihasilkan, ia akan terus menerus menghasilkan pendapatan tak kira sama ada kita masih bekerja atau tidak.


Bunyinya nampak macam mudah dan menyeronokkan, betul?


Namun mari kita kaji semula. Jika ianya betul-betul mudah, pasti setiap orang sudah memiliki pendapatan pasif mereka sendiri. Namun hakikatnya, bukan itu yang berlaku. Masih ramai lagi orang kita yang tidak mempunyai pendapatan pasif dan masih lagi bergantung 100% pada pendapatan aktif.


Kat mana nak dapatkan pendapatan pasif? 

Setiap orang mempunyai kaedah dan cara tersendiri. Mungkin apa yang boleh saya katakan, kalau kita luangkan sikit masa dan buat brainstorm, mungkin kita akan temui berpuluh-puluh kalau tidak beratus-ratus cara bagaimana nak wujudkan pendapatan pasif kita sendiri.


Saya nak ambil contoh yang agak biasa dan banyak terdapat disekeliling kita.


Pendapatan pasif dari duit sewa rumah

Dalam contoh ini, anda beli rumah, sama ada rumah yang baru atau rumah yang dilelong oleh bank. Kemudian anda sewakan rumah tersebut.


Pastikan kadar sewa yang anda kenakan itu nanti adalah lebih tinggi berbanding jumlah yang anda kena bayar untuk pinjaman perumahan tersebut.


Kira-kira mudahnya begini.

Sewa yang anda kenakan = RM900 sebulan.

Jumlah anda kena bayar pada bank = RM650 sebulan.

Perbezaan sebanyak RM250 itu adalah "keuntungan" yang anda perolehi. Ini boleh dianggap sebagai pendapatan pasif yang bakal menjadi milik anda.


Adakah ianya kekal? Erm... it depends. Anda akan dapat RM250 itu selagi mana penyewa tersebut masih menyewa di kediaman anda dan penyewa tersebut tidak ada masalah untuk bayar duit sewa rumah kepada anda. 


At this point of time, mungkin anda terfikir... macam mana nak dapatkan rumah lelong? Macam mana nak buat duit dengan rumah lelong? Macam mana nak jadi tuan rumah jutawan dan macam-macam lagi.


Tak perlu bimbang. Ada panduan yang anda boleh rujuk jika anda sanggup luangkan sikit masa untuk klik pada pautan ini. Segala yang anda perlu tahu tentang rumah lelong didedahkan disitu.


Itu baru satu cara.


Sedangkan kat luar sana, ada macam-macam lagi cara yang anda mungkin tahu, atau mungkin juga anda masih tak tau lagi.


Saya sendiri, mencipta pendapatan pasif untuk saya dan untuk keluarga saya menerusi kerja-kerja web developer. Saya menghasilkan dan mencipta laman web yang boleh memberikan pendapatan kepada saya.


Kalau satu laman web boleh hasilkan pendapatan sebanyak RM100 setiap bulan, maka saya hanya perlu pastikan saya ada 20 buah laman web yang boleh menghasilkan pendapatan sebanyak itu kepada saya.


Mungkin anda minat nak baca lebih lanjut tentang kerja sebagai web developer dan bagaimana ia boleh berikan anda sumber pendapatan.

Klik untuk baca: Kerja dari rumah sebagai web developer atau content developer


Apabila Formula Income Seumur Hidup atau singkatan bagi FISH ini didedahkan kepada umum, anda yang masih belum ada sebarang pendapatan pasif patut ambillah tindakan yang sewajarnya.



Buat sesuatu.


Klik sini untuk ke laman web RASMI


Tanyakan pada diri anda, adakah kerja yang anda lakukan sekarang ini memberi anda peluang untuk memiliki pendapatan pasif?


Jika jawapannya adalah straight NO, maka anda perlu do something.


Mulakan dengan melakukan kerja-kerja sambilan. Biarpun upahnya mungkin tidak lumayan, namun ia masih lagi boleh dianggap sangat baik, jika in future ia menjanjikan anda untuk mendapat pendapatan pasif.  


Saya tak pernah kata, nak dapatkan pendapatan pasif itu mudah.


Malahan jika ada yang kata, nak dapat pendapatan pasif tu sangat susah, saya bersetuju. Ianya memang sangat susah, dan sebab ianya susahlah, tak ramai orang kita yang ada pendapatan pasif.


One thing for sure, kalau anda tak sanggup nak bersusah-susah sekarang, kenalah sanggup susah sampai bila-bila atau mungkin selama-lamanya, sebabnya anda sampai bila-bila terpaksa bergantung harap pada income aktif semata-mata.


Dapatkan info lebih lanjut mengenai PENDAPATAN PASIF menerusi laman web FISH disini.








Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...