Jumaat, 28 April 2017

Laman web yang menghasilkan pendapatan PASIF seumur hidup


In Shaa Allah.


Satu perkara yang buatkan saya WAJIB jadi kuat untuk teruskan kerja-kerja yang saya buat selama ini, ialah kerana wujudnya "PELUANG" untuk saya hasilkan pendapatan pasif satu masa nanti.


Saya gunakan istilah PELUANG.


Bukannya JAMINAN. Bukan juga satu JANJI.


Tiada jaminan apa yang saya buat selama ini akan berikan saya pendapatan pasif, namun apabila saya lihat semula pencapaian sebelum-sebelum ini, saya mula perasan, there is a pattern, yang saya tak sepatutnya abaikan.


Dah beberapa kali saya hasilkan income, atau pendapatan dalam bentuk komisen tanpa saya sedar.



Ianya seolah-olah berlaku secara automatik.


Well... its not really automatic


Sebabnya, ada pada satu tahap, saya juga yang menulis tanpa mengenal erti penat dan jemu dalam blog-blog dan laman web yang saya kawal.




Dari situ, ada antaranya yang mula membuahkan hasil dan mendatangkan komisen untuk saya.


Saya nak kongsikan salah satu statistik yang dibawakan dalam bentuk graf untuk anda lihat.


Graf diatas ini saya ambil di ruangan affiliate panel Program Affiliate Lazada Malaysia. Saya pernah menulis beberapa kali tentang buat duit dengan Lazada Malaysia sebelum ini.


Andai kata anda berminat nak baca perkongsian dari saya yang tak seberapa tu, bolehlah baca artikel saya sebelum ini.

Sila klik untuk baca: Pengalaman buat duit dengan Lazada Malaysia sepanjang tahun 2016


In Shaa Allah, awal tahun 2018 nanti, saya akan cerita pula pengalaman saya buat duit dengan Lazada bagi tahun 2017 pula.


Kita kembali kepada perbincangan asal.


Apa yang saya nak tunjuk kepada anda dari graf tersebut ialah maklumat tentang clicks. Perhatikan disitu, ianya tercatat jumlah clicks yang saya perolehi adalah sebanyak 83 clicks.


Dari pengalaman saya sebelum-sebelum ini, untuk menghasilkan pendapatan pasif dari Lazada, sekurang-kurangnya RM100 setiap bulan... saya perlu pastikan jumlah klik yang saya terima adalah sebanyak 100 klik minima.


Sudah tentu, jika jumlah klik yang saya perolehi adalah lebih tinggi dari itu, maka peluang untuk dapat lebih banyak income juga lagi tinggi.


Justeru, salah satu perkara yang perlu difokuskan, selain untuk menambahkan bilangan artikel yang saya siarkan di internet, perkara lain ialah kena fokus untuk naikkan jumlah klik disitu.


Saya tak dapat bayangkan...


Kalaulah satu hari nanti, saya boleh dapatkan 1,000 klik! Pasti pada waktu itu, potensi pendapatan yang boleh diperolehi akan jadi lebih besar.

 
Betul tak?


Hingga saat itu muncul... kena usaha dengan lebih keras lagi nampaknya.


1,000 - 83 = 917


Mana agaknya nak dapatkan lagi 917 klik tu! 


Mungkin kah saya kena tulis another 917 article baru saya akan dapat jumlah klik sebanyak itu?


Jom baca juga artikel saya sebelum ini: Formula untuk menghasilkan income PASIF seumur hidup kini didedahkan




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...