Rabu, 7 Jun 2017

Bahaya bila simpan barang berharga dalam kereta


Saya rasa, nasihat ini memang dah banyak kali saya dengar. Jangan simpan barang-barang berharga dalam kereta.


Kenapa tak boleh simpan dalam kereta?


Sebabnya satu je. BAHAYA.


Sebelum ni, saya rasa tempat yang paling selamat untuk simpan barang adalah dalam kereta. Tapi setelah saya sendiri alami pengalaman hilang barang yang disimpan dalam kereta, maka pada hari ini saya rasa kereta adalah salah tempat yang paling tak sesuai kalau nak simpan barang.


Bila sebut barang berharga ni, ianya memang subjektif.


Bagi saya, kalau disebut barang berharga tu, ianya adalah seperti handphone, laptop, kamera DSLR, duit dan sebagainya.


Saya memang tak simpan barang-barang tersebut dalam kereta.


Kalau simpan pun hanya sekejap sahaja. Itu pun saya akan masukkan dalam boot kereta. Biasanya kalau saya nak singgah ke mana-mana shopping mall tapi tak nak bawa barang-barang tu semua, maka saya akan pindahkan ke boot kereta.


Baru-baru ini, saya rasa ada orang dah berjaya pecah masuk ke dalam kereta saya.


Hebatnya orang tu, langsung tak ada tanda-tanda yang menunjukkan ada orang yang dah pecahkan kereta tu. Nampak seperti biasa sahaja.


Saya boleh katakan, pencuri tu memang expert.


Ada dua barang yang hilang.

(1) GPS [klik sini untuk maklumat GPS murah]


(2) Smart tag yang masih ada baki nilai dalamnya 


Dua benda ni memang saya sentiasa simpan dalam kereta. Pada saya, dua benda ni adalah sesuatu yang biasa kalau dibiarkan dalam kereta.



Cuma kena pastikan ianya diletakkan ditempat yang terlindung dari pandangan mata.


Akan tetapi, kalau orang tu dah berjaya masuk ke dalam kereta, tak guna kita cuba sorokkan. Orang tu masih tetap boleh jumpa jugak!


Beberapa hari lepas smart tag tu hilang, saya cuba login ke sistem plusmiles untuk lihat kalau-kalau ada benda yang saya boleh lakukan.


Saya fikir untuk laporkan kehilangan.


Kemudian pada rekod perjalanan, saya nampak ada pergerakkan. Ya, pada hari smart tag tu dah hilang.


Rupanya pencuri tu guna smart tag saya untuk berjalan sakan.


Seronok dia! Dah la mencuri lepas tu seronok pulak dia jalan-jalan.


Serius rasa sakit hati.


Hari yang sama juga, permohonan untuk terminate kad plusmiles tu dilakukan. Mana-mana bahagian yang masih ada, pihak plusmiles tu janji akan refund tapi dalam masa 30 - 60 hari macam tu. Saya pun tak ingat sangat.


Jadi, kalau anda baca posting ni, berhati-hatilah.


Janganlah simpan barang yang ada nilai dalam kereta. Melainkan anda tak kisah kalau barang tu kena curi.


Sudah tentu, perkara buruk yang menimpa diri saya ni, tak semestinya orang lain pun akan kena juga. Jadi, kita sama-sama beringat la ya. 


Smart tag ni kita boleh beli baru secara online je.
Boleh baca kat: Smart tag Touch N Go model terkini boleh beli secara online


GPS pun saya dah dapatkan penggantinya. Mujur ada GPS murah-murah je.

Baca kat sini: GPS jenama OODO yang murah dan berkualiti. Memang berbaloi memilikinya 

Terima kasih sebab anda sudi baca. Harap-harap ada la manfaat ye. 




 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...