Isnin, 7 Ogos 2017

Kos iklan di Facebook terlalu mahal dan bagaimana usahawan online mengatasi masalah ini?


Menjalankan perniagaan secara online, memang ada kelebihan jika dibandingkan dengan perniagaan secara offline.


Orang yang ada bisnes online, mereka belum tentu boleh bawa bisnes mereka ke platfom offline. Sebaliknya, mereka yang menjalankan bisnes secara offline, mereka tak ada masalah untuk turut berniaga secara online.


Kenapa saya katakan, orang yang berniaga secara online ni belum tentu mampu untuk berniaga secara offline? Ada beberapa sebab kenapa saya kata macam tu.



Pertama, kos untuk buat bisnes offline boleh jadi lebih mahal berbanding kos untuk meniaga secara online.


Orang yang buka kedai, mereka perlu fikir kos-kos seperti sewa kedai, upah pekerja, bayaran api dan air dan lain-lain bayaran.


Sebaliknya, bagi mereka yang buat bisnes online, mereka tak perlu fikir ini semua. Lebih-lebih lagi kalau usahawan yang fokus untuk jual barang guna FB sahaja. Modalnya adalah laptop atau PC, sambungan internet dan gambar-gambar produk yang ingin dijual.


Jumaat, 4 Ogos 2017

Muat turun template minisite blogspot profesional untuk pemilik perniagaan homestay


Kerja yang saya lakukan memberi saya peluang untuk berinteraksi dengan ramai pemilik bisnes Homestay


Ramai juga usahawan ini yang hanya fokus untuk mempromosikan homestay mereka menggunakan medium seperti Fb Fanpage, Fb personal profile dan juga pengiklanan berbayar menggunakan kaedah Google Adwords.


Saya tak ada masalah dengan kaedah-kaedah seperti itu. 


Saya tak nafikan, memang cara tersebut boleh digunakan untuk mendapatkan pelanggan baru. Ia bukan sekadar boleh digunakan, malahan memang ada yang berjaya dapat penyewa. 


Untuk meluaskan lagi capaian (reach) bakal penyewa yang mungkin akan memilih untuk menginap di homestay milik kita, kita perlu ada laman web khas. 



Biasanya, apabila kita ada laman web kita sendiri, kita akan mudah untuk dapat bakal penyewa yang membuat carian homestay menggunakan servis carian search engine seperti google, yahoo dan sebagainya. 


Maka kat sini saya dapat perhatikan, ramai juga yang tidak memberikan perhatian yang serius tentang aspek pembinaan sesebuah laman web. 


Kalau ada laman web sekalipun, ianya tidak begitu menarik dan dibuat dengan cara yang tidak begitu profesional. 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...