Selasa, 17 Oktober 2017

Bayaran upah dari Program Mobicow untuk bulan Oktober 2017


Rasa macam something is not right. Beberapa hari kebelakangan ni, income dari program pengiklanan Mobicow saya sangat slow. 


Nak kata yang jumlah trafik berkurang... macam tak mungkin. Apabila saya lihat pada statistik blog saya, trafik masih lagi masuk macam biasa. 


Saya rasa, mungkin ada masalah somewhere yang menyebabkan iklan Mobicow ni tak display dengan betul. 


Satu masa dulu, saya berani nak beli domain ni, sebab saya lihat income dari Mobicow agak konsisten. Setiap bulan, bayaran yang saya dapat memberi isyarat kepada saya, seolah-olah saya boleh beli domain baru setiap bulan.

Baca juga: Jana pendapatan sampingan dan pasif bersama Mobicow 


Suddenly, semua tu berubah! 

 


Memang betul-betul cubaan dan dugaan bila menulis blog. Ada masa kita lihat income kita naik mencanak dan masuk dengan konsisten. 


Tiba-tiba, berlaku sesuatu yang menyebabkan income turun. 


 
Walaupun ini bukannya pengalaman kali pertama jadi benda ni, tapi bila ia terjadi sekali lagi, tetap saya akan terasa sedih. 


Saya kena fikirkan, sumber lain untuk memberi pendapatan kepada saya. Kalau sumber yang asal terganggu, macam yang saya sedang alami sekarang ni... memang gelabah dan kena cepat-cepat cari pengganti! 

Walaupun saya kata, income dari Mobicow ni dah agak slow, namun tak bermakna saya dah tak dapat income langsung. 


Sebenarnya, saya baru sahaja dapat bayaran menerusi akaun paypal dari Mobicow ni. 


Jumlah yang saya terima adalah sebanyak USD6.90 


Kalau tukar ke duit Malaysia, ikut kepada kadar tukaran sekarang, iaitu RM4.22 untuk USD1, maka jumlah ni adalah setara dengan RM29.13


Itu kelebihan kalau kita ada gaji dalam nilai matawang USD. 


Tetapi, kalau nak beli barang dalam USD, memang sakit. Jadi mahal. Awal-awal tadi, saya ada sebut pasal beli domain, sebenarnya domain ni saya beli dari syarikat luar negara. 


Ya, dalam matawang USD la... 


Harap-harap lepas ni akan ada lagi duit dari Mobicow, sebab nak guna untuk bayar domain ni!


Kalau anda berminat nak buat duit dalam matawang USD macam yang saya buat ini, bolehlah join program Mobicow ni juga. Klik sini untuk daftar ya.  

 


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...