Jumaat, 27 Oktober 2017

Program affiliate yang membayar komisen dua level minima lebih BEST


Program affiliate dan saya. Memang tak dapat dipisahkan. 


Semenjak saya mula berjinak-jinak dalam dunia freelancing ni, salah satu pendapatan saya yang konsisten, datangnya dari program affiliate. 


Boleh dikatakan, ada banyak juga program affiliate yang saya join. Ada yang saya dah join sejak dari tahun 2009, dan telah menjana pendapatan untuk saya sejak dari awal-awal saya join. 


Ada program affiliate yang saya join, cukup liat dan cukup lambat nak dapat komisen. Hanya selepas satu atau dua tahun join, baru berjaya dapat komisen. Ini mungkin atas kelemahan dan kesilapan diri saya sendiri. 


Program yang berbeza, seharusnya dipromosikan dengan cara yang berbeza juga. Bukannya semua nak dipukul rata dan layan sama sahaja. 

 

Kebelakangan ini, saya mula melihat satu trend dan perkembangan yang cukup baik dalam industri affiliate marketing di Malaysia. 


Satu per satu, mula muncul program-program affiliate yang menawarkan komisen lebih dari satu level


Salah satunya ialah program affiliate yang dianjurkan oleh AdHance by Ajobthing. Anda boleh klik sini untuk lihat laman web yang saya maksudkan. 


Pada mulanya, saya juga tak begitu ambil pusing tentang laman web ini. 


Bukanlah maksud saya, saya tak buat marketing langsung untuk laman web ini. Ada buat, cuma tak berapa aggresif. 



Lagipun, komisen yang ditawarkan tak begitu tinggi. Nilainya dalam sen sen sahaja. Bak kata orang, kalau cuma sen sen, bila nak jadi kaya


Ok itu memang pemikiran tipikal. "Bila nak kaya?". Tak salah kalau nak kaya cepat, asalkan tak menipu sesiapa dan usaha tu biarlah sepadan dengan harapan. 


Sebenarnya, saya dah mula jana pendapatan menerusi program ini. Lihat buktinya dibawah ni. 


Atas ni merupakan laporan pendapatan yang telah saya hasilkan. 


Setakat screenshot tu saya buat, saya telah berjaya mendapatkan komisen sebanyak 90 sen. (yeay!)  


Bukan itu sahaja, saya juga ada komisen tambahan sebanyak 70 sen, kerana berjaya mendapatkan ahli baru menyertai program ni. (yeay yeay) Anda juga dipersilakan untuk join dengan menekan klik sini


Tapi bukan itu yang saya nak tunjukkan. Ada satu lagi data yang paling menarik. 


Saya juga berjaya dapat 15% of Referral Earning atau bersamaan dengan RM4.64


Nampak tak? Income yang dijana daripada usaha pemasaran yang dilakukan oleh referral, atau boleh juga dipanggil sub-affiliate, atau boleh juga panggil sebagai downline, telah menyumbangkan pendapatan yang paling tinggi setakat ini. 


Kalau macam ni keadaannya, nampak gaya saya akan usaha lebih kuat lagi. 


Bukan untuk promosikan produk atau servis semata-mata, sebaliknya nak dapatkan lebih ramai referral supaya join program ni! 


Manalah tahu, ada rezeki boleh dapat income RM1,000 sehari! Angan-angan kena besar. Bukan kena bayar pun kalau pasang angan-angan tinggi macam ni kan. 


Jadi, buat penganjur program affiliate, kalau anda nak dapatkan perhatian dan minat orang-orang macam saya, yang aktif join affiliate program, anjurkanlah program affiliate yang menawarkan komisen lebih dari satu level. 


Kami pasti akan bagi extra fokus ketika buat marketing nanti.    
 



 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...