Khamis, 9 November 2017

Kedai bukak tak hari ni?


Kadang-kadang, saya rasa agak susah nak berurusan dengan bisnes yang taukenya orang melayu. Nak tau susah dari segi apa? 


Susah sebab kita tak tau, sama ada hari tu, kedai dia bukak atau tak... 


Mujurlah sekarang ni, ada teknologi. Sebelum nak terus terjah datang ke kedai dia, kita boleh telefon dulu. Tak pun hantar mesej dulu. Tak kiralah sama ada nak whatsapp ke, SMS ke atau PM kat FB dulu. 


Kalau ada dapat jawapan, yang dia memang bukak pada hari tu... ok... baru boleh pergi kedai dia. 


Mungkin ramai yang tak tau, inilah dia sebenarnya cabaran apabila berniaga sendiri. Tak kiralah sama ada berniaga kedai runcit, bukak kedai gunting rambut, buat bisnes dobi dan sebagainya. 

"Minat nak download contoh kertas kerja bisnes dobi, kedai runcit dan salun kecantikkan? Sila klik sini sekarang untuk muat turun"


Bisnes yang ada kedai untuk beroperasi manalah sama dengan bisnes yang kita boleh jalankan secara online sahaja.


Kalau bisnes online, kita boleh tinggal-tinggalkan. Lagipun kita tau, bisnes online ni sentiasa bukak 24 jam setiap hari. Cuma kena pastikan, laman web kita tak down. 


Ini salah satu kedai online saya. Anda boleh klik sini untuk lihat kedai online saya. 


Dengan adanya kedai online macam saya tu, sedikit sebanyak saya rasa tak begitu bimbang kalau nak ambil cuti lama. Saya percaya, setiap hari pasti akan ada orang yang akan datang ke kedai online tersebut dan beli sesuatu. 


 
Apabila ada yang beli sesuatu di laman web tersebut, saya akan dapat komisen. 


Komisen walaupun tak begitu tinggi dari segi peratusannya, namun jika berjaya jual produk yang mahal, ia dapat menyumbang kepada pendapatan yang agak tinggi juga. 


Atas ini adalah contoh komisen yang dihasilkan daripada kedai online saya tu. Walaupun nampak tak begitu tinggi, namun ia sebenarnya dalam matawang USD. 


Kalau nak tau berapa nilainya dalam RM, kena darab dengan 4. (ikut anggaran kadar tukaran matawang semasa) 


Yang bestnya, bila ada kedai online macam ni, saya hanya perlu pastikan yang saya ada buat kerja pemasaran. 


Perlu pastikan ada orang klik pada link kedai saya dan masuk ke halaman jualan. Seterusnya, sama ada dia nak buat pembelian sekarang atau kemudian, itu terpulang kepada pelawat tersebut. 


Yang penting, asalkan tracking link masih lagi disimpan pada device yang digunakan, selagi itu saya akan dapat komisen.

===

Kelebihan seperti ini tak terdapat pada bisnes yang memerlukan ada kedai sendiri. Dulu, saya pun pernah buat bisnes kedai runcit secara full time. 


Saya kena beli stok barang, saya kena jaga kedai, bukak dan tutup kedai pun saya jugak yang kena buat. 

 
Setiap hari saya akan fikir... sampai bilalah nak buat bisnes ni? Sampai bila nak stay macam ni je.


Masa tu, saya memang dah mula usahakan beberapa projek bisnes online yang boleh jalan sendiri. Cuma masa agak terhad, sebab pada masa yang sama, saya juga kena bangunkan bisnes kedai runcit saya jugak. 


Sekarang ni, bila dah pindah ke KL, dan ada komitmen baru, barulah saya ada masa nak fokus pada hasilkan pendapatan secara dalam talian. Itupun saya rasa masih ada banyak lagi yang saya tak buat.


Pengurusan masa masih di tahap yang tak begitu baik. Sekejap nak buat projek ecommerce, sekejap lagi nak buat projek laman blog travel terbaik di malaysia


Apapun, bagi mereka diluar sana yang nak mulakan bisnes sendiri, tapi bimbang tak boleh nak bagi komitmen 100%. Yang belum tentu mampu nak bukak kedai setiap hari, apa kata mulakan je bisnes online. 


Setidak-tidaknya, bila buat bisnes online ni, kita boleh yakin dan pasti yang kedai kita akan bukak setiap hari setiap masa. Pelanggan kita pun tak ada lah rasa kecewa, bila setiap kali mereka lalu depan kedai kita, tiba-tiba tengok kedai kita tu tak bukak pulak.    



 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...