Selasa, 17 April 2018

Bagus ke bercuti menggunakan Travel Credit dari Airbnb?


Dalam posting lepas, saya ada cerita serba sedikit tentang percutian saya di Port Dickson.


Alhamdulillah, ada duit lebih sikit, beranilah pergi bercuti. Sambil-sambil tu, dapatlah saya peluang untuk dapatkan konten untuk dimuatkan dalam blog saya, yang saya bina khusus untuk cerita tentang topik percutian. 


Kalau ada yang terasa minat nak baca, boleh baca disini. 

Klik untuk baca

1. Pengalaman menginap di Lexis Water Chalet Port Dickson 

2. Pantai Cahaya Negeri - Pantai POPULAR dan menjadi tumpuan pengunjung


Sebelum-sebelum ini, kalau nak pergi Port Dickson, biasanya saya hanya akan balik hari. Pergi awal pagi, kemudian sebelum gelap dah bertolak balik ke rumah. 


Perjalanan pun tak begitu lama, lebih kurang 1 - 2 jam, bergantung kepada traffic condition


Bila berpiknik di Port Dickson pula, memang tak pilih tempat lain. Selalunya akan cari port di Pantai Teluk Kemang. 


Kenapa pilih pantai tu? 


Dah tu je satu-satunya pantai yang saya tahu. Waktu dulu, memang langsung tak ada inisiatif nak buat kerja-kerja eksplorasi ni. 


Bila nampak tempat tu macam ramai orang, nampak macam ok... terus pilih je la tempat tu. No question ask. 


Walhal, ada banyak lagi pantai-pantai menarik yang terdapat di Port Dickson.   



Contoh macam kat atas ni. Ini di Pantai Cahaya Negeri. Airnya jernih. 


Kalau nak bandingkan dengan pantai-pantai lain, yang terdapat di Selangor misalnya, pantai Cahaya Negeri ini berkali ganda lebih jernih airnya. 


Khamis, 5 April 2018

Seronok ke bercuti 3 hari 2 malam ke Port Dickson


Saya rasa, salah satu kelebihan tinggal di Kuala Lumpur ni ialah, dari segi kedudukannya yang strategik dan tak begitu jauh dari tempat-tempat peranginan yang banyak terdapat di Malaysia. 


Bagi yang sukakan kawasan rekreasi macam sungai dan air terjun, ada banyak tempat sedemikian di sekitar Selangor, Pahang, Negeri Sembilan dan Perak. Tak susah kalau nak cari tempat-tempat seperti itu. 

Baca juga: Pengalaman camping tepi sungai di Hutan Lipur Sungai Tua, Taman Negeri Selangor


Kemudian, kalau nak cerita tentang tempat peranginan yang ada pantai, pun banyak pilihan yang kita boleh pergi. 


Kalau sebelum ini, saya lebih kerap pergi beriadah di Pantai Morib. Namun kali ini, oleh sebab saya dah mula jatuh hati dengan Pantai Port Dickson, saya rancang untuk explore lebih banyak tempat-tempat menarik yang ada di sekitar Port Dickson. 

 

Memandu dari KL ke PD tak lama mana. 


Kalau bertolak awal pagi, selepas subuh terus keluar rumah, trafik memang sangat lancar. 


Dalam masa lebih kurang satu jam atau kurang dari itu, dah boleh sampai di PD. 


Selasa, 3 April 2018

Apa yang saya belajar dari buku Tip Jana Wang Dari Rumah


Tahun 2018 ni, saya mula perasan yang saya mula dihinggapi dengan penyakit "writer's block"


Sebelum ni, pun biasa ada penyakit ni. Tapi, rasanya tahun ni makin menjadi-jadi pulak rasanya. 


Saya ingatkan, kalau saya pilih bidang kerja yang memang saya suka nak buat, saya akan jadi lebih rajin dan produktif. Tapi rupanya, hakikatnya tak macam tu. 


Boleh je terjadi, walaupun kerja yang kita pilih tu, memang benda yang kita minat, sampai satu masa, kita akan kehilangan jiwa untuk buat benda tu. 


Baru-baru ni, saya baca sebuah buku yang tajuknya Tip Jana Wang Dari Rumah yang ditulis oleh Rizal Abdul Rashid.


Saya rasa, lepas baca buku ni, saya mula dapat satu pengajaran yang baru. Lazimnya, kita memilih sesuatu pekerjaan, ataupun membuat keputusan untuk menjalankan perniagaan tertentu, sebab kita minat dengan benda tu. 


Tapi minat semata-mata masih tak cukup. 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...