Isnin, 30 April 2018

Panduan jadi Jutawan untuk pengusaha Bisnes Homestay. Download segera!


Ada berita baik buat para pemilik bisnes homestay dan juga mereka yang bercita-cita nak mulakan bisnes homestay mereka sendiri. 


Pihak klikjer, telahpun menerbitkan ebook yang anda boleh jadikan panduan, yang diberi nama Jutawan Homestay




Panduan ini ditulis oleh seorang pengusaha bisnes homestay yang telah berpengalaman luas dalam bidang perniagaan homestay ini. 


Bagi yang berminat nak baca panduan ni, bolehlah pergi ke halaman ini untuk muat turun sekarang.


Buat duit dengan menyertai program hosting Airbnb 

Menariknya, dalam panduan ini, penulis juga ada kongsikan tentang kaedah untuk buat duit dengan Airbnb.




Atas ini adalah antara tempahan yang diperolehi apabila penulis mula menyenaraikan homestay atau guesthouse miliknya di laman web Airbnb. 


Tahukah anda, dengan menyenaraikan homestay anda di laman web Airbnb, anda bakal memperolehi pelanggan bukan hanya dari Malaysia, malahan dari seluruh dunia. 


Laman web Airbnb ini adalah laman web antarabangsa. Ia boleh diakses oleh semua orang yang ada sambungan internet dan juga laptop. 


Justeru, apabila anda dah mula buka tempahan kepada serata dunia, anda tak perlu risau lagi tentang mood pelancong tempatan yang ada turun naiknya. 


Maksud saya, kalau waktu bulan puasa, biasanya orang tak pergi bercuti. Kalau hari raya, pun sama, orang tak pergi bercuti. 


Pada dua bulan ini, kita boleh bergantung harap pada pelanggan yang datang dari luar negara. Itu sebab kalau anda dapat perhatikan, penulis ebook ini berjaya dapat pelanggan hampir setiap hari. 


Bukan semua orang yang menginap di homestay milik beliau adalah orang tempatan, sebaliknya ada sebahagiannya adalah warga negara asing.


Sesetengah orang, ada yang kurang selesa untuk menerima pelancong dari negara asing, untuk masuk ke homestay miliknya. Mungkin risau tentang kebersihan dan juga kesucian rumah yang bakal dihuni itu nanti. 


Saya punya pendapat, asalkan anda meletakkan peraturan yang jelas, seperti NO ALCOHOL, NO SHOES IN THE HOUSE, mereka ini akan faham dan akan hormati peraturan tersebut. 


Bagaimana jika anda masih belum ada rumah sendiri untuk jalankan bisnes homestay? 

Untuk pengetahuan anda, jika anda ingin menggunakan khidmat Airbnb, untuk mendapatkan pelanggan bagi perniagaan homestay anda, sebenarnya anda tak semestinya perlu sewakan sebuah rumah. 


Dalam Airbnb itu sendiri, ada host yang menyewakan sebuah bilik khas sahaja. Pengunjung akan menyewa bilik sahaja dalam rumah anda dan bukannya sebuah rumah.


Ini dapat menjimatkan belanja pelancong tersebut. 


Jika kediaman anda, terletak dikawasan yang sangat strategik di tempat peranginan, anda mungkin boleh pertimbangkan untuk sewakan salah satu daripada bilik yang terdapat dirumah anda. 

https://www.sabreehussin.com/jutawan-homestay

Potensi untuk bisnes homestay ini sememangnya sangat luas. Anda sendiri yang tentukan, berapa banyak yang anda sanggup laburkan dan berapa banyak pendapatan yang anda ingin capai. 


Bagi yang baru nak mulakan bisnes ni, untungnya ialah sekarang ni ada panduan yang anda boleh jadikan rujukan.




Kalau sebelum ni, anda mungkin perlu rujuk blog-blog, tanya orang, ataupun baca laman web mat saleh untuk pelajari tips dan teknik menjalankan bisnes homestay ini.


Tapi sekarang ni, anda boleh rujuk sahaja panduan ini. 

Anda boleh muat turun panduan ini disini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...