Sabtu, 12 Mei 2018

Tempat makan malam pilihan saya di Cameron Highland


Setakat entri ni saya tulis, saya dah dua kali pergi bercuti ke Cameron Highland


Dua kali datang ke sini, setiap kali datang tu mesti akan singgah ke Ladang Teh Boh di Sungei Palas.  


Rasa segar dan nyaman bila berada disini. 


Perasaan melihat ladang teh BOH yang terbentang luas seperti ini sangat mendamaikan. Sambil menikmati pemandangan serba hijau seperti ini, saya juga akan ambil peluang untuk minum teh di cafe yang terdapat disini. 


Tak jauh dengan cafe yang terdapat di Ladang Teh BOH Sungei Palas ini, ada kedai serbaneka yang menjual produk-produk keluaran syarikat BOH. 


Itu saya pengalaman yang paling saya ingat apabila bercuti di Cameron Highland. 


Waktu siang di Cameron Highland, ada banyak juga tempat-tempat makan yang boleh kita kunjungi. Harga makanan disini juga tidaklah begitu mahal.  


Tetapi menjelang malam, saya rasa agak mencabar untuk cari tempat makan di Cameron Highland.


Saya kata mencabar sebabnya suhu di Cameron Highland pada waktu malam, lebih sejuk berbanding waktu siang. Kadang-kadang, saya sendiri rasa agak malas nak keluar cari tempat makan di Cameron. 


Kalau boleh, saya cuma nak luangkan masa di bilik dan tidur. 


Tapi, kalau tidur dengan perut kosong, juga tak berapa selesa kan. Macam mana pun, kena cari tempat yang sesuai untuk pergi makan malam.


Salah satu tempat yang saya suka pergi, adalah di Restoran Taman Abang





Menu utama dekat sini ialah steamboat dan juga grill


Memang cukup sesuai makan pada waktu malam. Dalam keadaan malam yang di Cameron Highland yang sejuk, saya rasa anda juga akan setuju dengan saya, bahawa menu makanan yang disajikan disini memang terbaik dan kena dengan suasana. 


Ini antara yang saya ambil sebelum ini. 




Dapur gas yang digunakan untuk grill dan stim. 




Konsep makan disini, sama macam kita makan di restoran stimbot. Bayar sekali sahaja lepas tu boleh makan sepuas-puasnya. Kalau nak duduk di sini lama-lama pun boleh. 


Berapa harga pakej untuk makan disini? 



Dewasa – RM39 nett

Warga Emas (50 tahun keatas) – RM33 nett

Kanak-kanak (6 tahun – 12 tahun) – RM29 nett

Kanak-kanak 5 tahun dan kebawah – PERCUMA


Harga makan disini adalah termasuk dengan air. Kali terakhir saya pergi ke sini adalah pada bulan Januari 2018.


Jadi, kalau harganya tak sama dengan apa yang saya ceritakan dalam posting ini, maknanya adalah tu perubahan harga.   



Kalau anda juga ada merancang nak pergi ke Cameron Highland untuk habiskan masa cuti disana, jangan lupa untuk dapatkan Travel Credit ini. Sila ke halaman ini untuk dapatkan travel credit anda

https://www.sabreehussin.com/airbnb



Anda boleh gunakan travel credit ni nanti untuk dapatkan diskaun sebanyak RM120 apabila anda buat tempahan tempat penginapan di Laman web Airbnb


Ada banyak tempat penginapan yang menarik dengan harga yang berpatutan yang anda boleh dapatkan di laman web Airbnb. Selamat bercuti dan semoga anda seronok disana.






 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...