Khamis, 21 Jun 2018

Homestay Tangkak yang murah?


Tengah sembang-sembang kosong dengan adik beradik, tiba-tiba kakak saya tanya, pernah tak pergi Gunung Ledang? 


Saya memang dah pernah sampai ke Gunung Ledang sebelum ini. 


Pada masa tu, saya ada urusan kerja kat Bandar Tangkak.  


Salah seorang pembaca blog saya, baru mula menjalankan bisnes homestay dekat Tangkak. Jadi, dia minta saya datang ke homestay miliknya dan minta saya tulis review tentang bisnes homestay yang beliau jalankan. 


Ini review dan perkongsian pengalaman sepanjang saya berada di Tangkak tu. Anda boleh klik pada pautan berikut untuk baca perkongsian pengalaman saya tu. 

 

(1) Homestay di Tangkak yang selesa dengan harga berpatutan

(2) Gunung Ledang Resort – Kawasan tumpuan keluarga di Tangkak Johor

(3) Apa yang menarik ada di sekitar Bandar Tangkak
 
(4) Homestay Tangkak pilihan saya yang selesa dengan kadar sewa bawah RM200 

 
Saya sempat bergambar kenang-kenangan bersama pemilik homestay yang saya inap semasa berada di Bandar Tangkak.


Alang-alang dah berada di Bandar Tangkak, saya ambil peluang yang ada untuk melawat tempat-tempat menarik yang ada di sekitarnya. 


Tempat yang saya sempat singgah adalah di Gunung Ledang. Dekat situ, ada kawasan rekreasi yang memang menjadi tumpuan penduduk setempat dan juga pengunjung luar untuk meluangkan masa apabila berada di Tangkak. 


Saya difahamkan, kalau nak buat aktiviti hiking dan jungle trekking juga boleh di Gunung Ledang ini. Cuma pada waktu saya datang tu, masa tak begitu mengizinkan untuk saya buat aktiviti lasak macam tu. 


Homestay murah di sekitar Bandar Tangkak

Jika anda ingin ke Tangkak, saya boleh cadangkan anda menginap di homestay yang sama yang saya pernah menginap sebelum ini. 


Caj sewa yang dikenakan adalah bawah RM200. 

https://www.sabreehussin.com/airbnb
 
Saya syorkan anda buat tempahan melalui laman web Airbnb, sebabnya saya nak beri anda Travel Credit bernilai RM120 ini. Anda boleh gunakan travel credit ini semasa membuat tempahan di laman web Airbnb. 


Secara automatik, travel credit ini nanti akan memberi anda diskaun sebanyak RM120. 


Katakanlah, sewa yang perlu anda bayar ialah RM200 untuk menginap semalaman. Dengan adanya travel credit bernilai RM120 ini nanti, anda hanya perlu bayar RM80 sahaja. 


RM200 - RM120 = RM80 sahaja. 


RM80 biasanya anda cuma boleh dapat sewa sebuah bilik hotel bajet, tetapi, dengan menggunakan kaedah ini, iaitu tempah melalui Airbnb, dengan RM80 anda boleh dapat sebuah rumah yang luas, selesa dan lengkap dengan kemudahan. 


Sila ke halaman ini untuk dapatkan Travel Credit RM120 anda


Tak semestinya lepas anda dapatkan travel credit ini, anda wajib pergi ke Tangkak... kalau nak guna untuk destinasi yang berbeza juga tak ada masalah. 


Justeru, bagi mereka yang masih tercari-cari, homestay murah di Tangkak, anda bolehlah gunakan cara yang saya kongsikan ini ya. 


Saya harap perkongsian yang ringkas ini, berguna untuk anda.   

 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...