Penciptaan manusia adalah merupakan sebaik-baik kejadian. Hal ini selaras dengan apa yang direkodkan dalam al-quran melalui firman Allah dalam surah At-Tin ayat 4 yang bermaksud
Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya).
Sebagai manusia biasa, adakalanya aku memang cenderung untuk gunakan ayat diatas untuk up kan diri sendiri khususnya dan manusia-manusia lain amnya berbanding makhluk-makhluk lain yang diciptakan oleh Allah swt.
Bila mana aku berhadapan dengan situasi yang aku sendiri keliru, seperti bila terasa seram sejuk seolah-olah ada makhluk lain yang tak kelihatan disekitar aku, aku akan segera ingatkan diri tentang ayat tersebut untuk meraih kekuatan selain berdoa supaya sentiasa dilindungi Allah swt.
Antara manusia dengan binatang.. banyak sangat bezanya.
Kita kadang kala dengan bangga merasakan yang kita ni lagi baik, lagi bagus daripada binatang. Kita bangga dengan tahap intelek kita yang tinggi yang tak dapat ditandingi oleh binatang.Kita mampu untuk berevolusi dan berhijrah dari sesuatu yang kurang baik kepada sesuatu yang lebih hebat.
Memang patut pun Allah tak memberi akal kepada binatang. Salah satu sebabnya adalah penciptaan haiwan atas muka bumi ini adalah bagi memudahkan kita (manusia) untuk menjalankan tugas kita sebagai seorang khalifah. Allah tidak memberati sesuatu umat melainkan diberikan bersamanya jalan keluar untuk melalui cabarannya itu.
Ada masanya kita terasa betapa sukarnya hidup kita sebab kita kekurangan duit. Lalu Allah adakan jalan keluar bagi kita dengan memberi kita kerja melalui perantaraan (wasilah) syarikat yang menerima kita bekerja.
Allah tak berikan pada haiwan itu akal supaya kita tak perlu bersaing dengan haiwan-haiwan yang ada dalam atas muka bumi ini dalam kehidupan kita seharian.
Malahan.. kewujudan haiwan-haiwan banyak yang memudahkan kerja-kerja kita. Ada yang menjadi pembantu bagi manusia dalam bekerja seperti dalam aktiviti pengurusan ladang. Untuk membajak dan sebagainya.
Ada yang menjadi sumber tenaga, untuk kita melakukan kerja-kerja lain. Mudahnya.. ada haiwan yang dijadikan sebagai sumber makanan.
Ada haiwan yang dijadikan sebagai tunggangan atau kenderaan, penanda arah, dan macam-macam lagi peranan. Setiap satu ciptaan tuhan, khususnya haiwan terdapat hikmah dan kegunaan tersendiri kepada kehidupan manusia.
Walaupun kita adalah yang ‘terbaik’ dari segi penciptaan, tapi sebenarnya ada banyak sangat perkara yang kita perlu belajar daripada haiwan. Tak salah rasanya kalau nak dikatakan bahawa sikap-sikap positif haiwan ada yang lebih baik dari manusia itu sendiri.
Tamak
Kita ambik contoh haiwan buas macam singa yang banyak terdapat di benua Afrika.

Sebenarnya aku sendiri tak pernah sampai ke sana dan tengok sendiri macam mana cara hidup singa secara live. Tapi disebabkan selalu sangat tengok cerita Discovery Channel dan National Geography, maka tahulah sikit-sikit macam mana cara hidup haiwan ni.
Singa ni memang terkenal dengan sikap buas, garang dan menggerunkan haiwan-haiwan lain melalui ngaumannya sahaja.
Binatang ni ganas.. tapi dia tak tamak. Dia hanya akan memburu mangsanya hanya apabila dia lapar. Waktu tu dia akan keluar memburu dan tangkap haiwan lain untuk dijadikan makanan. Dia akan berhenti makan apabila dia kenyang. Tapi bila dia kenyang, haiwan yang biasanya akan jadi makanan pun dia akan buat tak tau je.
Dia hanya makan apabila dia lapar sahaja.
Manusia ni pulak lain. Kita tak ganas.. tapi kita ni tamak. Kita suka kumpul harta. Kita masih lagi makan walaupun kita dah kenyang. Kita masih lagi rakus kumpul kekayaan walaupun sebenarnya jalan yang kita ambil tu adalah jalan yang salah. Kita masih buat jugak.
Kita tak malu beri rasuah, makan harta yang bukan sepatutnya menjadi milik kita, pecah amanah dan lain-lain lagi.
Hubungan sejenis?
Serendah-rendah taraf haiwan.. belum ada lagi kelihatan haiwan melakukan hubungan sejenis. Walaupun haiwan tu tak berakal, ia pun tau untuk melepaskan nafsu kepada haiwan yang berlainan jantina. Bukan yang sejenis dengannya.
Binatang pun tak amalkan homoseksual macam yang manusia buat.
Anak
Binatang pun tahu nak jaga anaknya dari kecik sampai besar. Mana ada binatang yang sanggup gugurkan kandungannya. Pernah jumpa? Pernah dengar cerita?
Paling teruk pun.. ada ke haiwan yang buang anak?
Zikir
Setiap apa yang keluar dari mulut haiwan adalah merupakan satu zikir kepada yang maha pencipta.
Kita sebagai manusia amat bangga yang kita ni adalah ciptaan yang terbaik, tetapi adalah sangat sedikit kita menuturkan zikir kepada Allah swt.
Nampak kan..
Sebenarnya banyak lagi yang kita perlu belajar dari haiwan!
********************************************************************
********************************************************************
Popularity: 1% [?]

No comments yet.