Bayar Zakat Terus Pada Fakir Miskin

Zaman sekarang, pembayar zakat digalakkan untuk menyalurkan bayaran zakat kepada pusat pungutan zakat yang terdapat di kawasan masing-masing. Ini adalah kerana terdapat lapan orang golongan yang patut menerima bantuan zakat, dan bantuan-bantuan tersebut akan diagihkan dengan melalui satu mekanisme atau sistem yang dikawal rapi.

Namun terdapat jugak sesetangah orang yang kurang percaya dengan keberkesanan sistem yang digunapakai oleh Lembaga Zakat dan memilih untuk membayar zakat terus kepada fakir miskin.

Timbul pula persoalan sama ada tindakan memberi terus kepada orang miskin dianggap memberi zakat ataupun ia hanya diklasifikasikan sebagai memberi sedekah, kerana lazimnya dizaman sekarang ini, zakat dibayar kepada pusat pungutan zakat dan bukan terus kepada lapan orang asnaf tersebut. Dalam hal ini ialah fakir miskin.

Jawapan berikut diberikan oleh Dr Mashitah, dan menurut beliau

Zakat adalah rukun islam dan ia mesti dilaksanakan mengikut tatacara yang ditetapkan. Ia mesti dikira dengan tepat, dikeluarkan bila cukup waktu dan nisabnya serta wajib diberikan pada mereka yang layak saja daripada lapan asnaf yang telah ditentukan Al-quran.

Jika kita membuat kiran iaitu 1/40 atau 2.5 peratus dan kemudian diberikan kepada mereka yang layak dan termasuk dalam golongan lapan asnaf maka zakat terbabit adalah sah.

Pada masa sekarang kita digalakkan supaya membayar kepada pusat pungutan majlis agama negeri masing-masing bagi membolehkan zakat berkenaan dimanfaatkan secara optimum. Namun begitu, zakat yang dikeluarkan jika ia menepati syariat, maka, ia adalah sah.

sumber dipetik : Metro Ahad

Jadi secara kesimpulannya, membayar zakat terus kepada fakir miskin adalah dibolehkan dan zakat tersebut masih dikira sah dengan syarat

1. Penerima termasuk dalam 8 golongan asnaf yang dibenarkan seperti dalam Quran
2. Sukatan yang tepat
3. Dikeluarkan bila cukup waktu dan nisabnya

********************************************************************

********************************************************************

Popularity: 2% [?]

Share/Save/Bookmark

Subscribe

Subscribe to our e-mail newsletter to receive updates.

,

2 Responses to Bayar Zakat Terus Pada Fakir Miskin

  1. zik November 26, 2010 at 3:07 am #

    betul tuh bro… zakat boleh terus bagi kepada yang benar2 layak… 8 golongan tuh…
    zik baru-baru ni tulis pasal..Hoki sekadar perak- skuash berpasukan rangkul emas yang ke9!My ComLuv Profile

    • sabree hussin November 26, 2010 at 3:52 am #

      Nak mudah bayar je pada pusat pungutan zakat

Leave a Reply

CommentLuv Enabled