Cara Urus Uri Ikut Islam

Setiap bayi yang dilahirkan akan ada bersamanya uri. Kali pertama aku nampak uri bayi adalah sewaktu abang aku mlahirkan anaknya yang pertama. Rasa agak geli jugak bila aku tengok dengan warnanya yang merah, dan sentiasa lembab.

Timbul jugak persoalan sama ada uri tersebut tergolong sebagai najis, dan bagaimana cara pengurusannya mengikut Islam. Rata-rata aku lihat, uri diuruskan dengan cara ditanam dengan dibalut dengan kain selepas dibasuh dengan baik.

Berikut merupakan jawapan yang dikongsikan oleh Dr Mashitah dalam Metro Ahad

Uri adalah ‘sarung’ yang terbentuk dalam rahim ketika kehamilan dengan salur darah dan bersambung dengan bayi menerusi tali pusat.

Oleh kerana ia adalah sebahagian dari tempat bayi maka ia adalah bersih dan perlu diperakukan dengan baik seperti ditanam dan tidak ditinggalkan merata-rata. Ini bagi mengelak daripada ia dimakan anjing dan binatang lain.

Sebaiknya dibersihkan dulu dan ada petua orang tua agar ia dibasuh dengan asam supaya tidak berbau hanyir darah yang mana boleh menarik deria binatang untuk menggali dan memakannya.

sumber petikan : metro ahad

Bagi mengelakkan tempat ditanam daripada dikorek binatang, biasanya keluarga aku akan gunakan tin kosong yang besar sebagai pelindung andainya tempat ditanam uri tersebut berjaya dikorek oleh binatang, dan bagi mengelakkan ada binatang yang mendekati tempat uri itu ditanam, pada waktu malam dipasangkan lilin atau pelita.

Common sense, binatang takut dengan api.

********************************************************************

********************************************************************

Popularity: 6% [?]

Share/Save/Bookmark

Subscribe

Subscribe to our e-mail newsletter to receive updates.

, ,

13 Responses to Cara Urus Uri Ikut Islam

  1. etomyam November 24, 2010 at 4:39 pm #

    kedua-dua uri anak aku tanam kat belakang rumah aje, tengah malam pulak tu hehehe
    etomyam baru-baru ni tulis pasal..Right Choice To Buy Gold Coins And Gold Bullion CoinsMy ComLuv Profile

    • sabree hussin November 25, 2010 at 10:54 pm #

      Anak abang saya punya uri pun tanam dekat belakang rumah jugak

  2. NuNu EeRa November 24, 2010 at 10:19 pm #

    da lma xtgk uri ni.. sbb dulu tkut tgk..

    • sabree hussin November 25, 2010 at 10:55 pm #

      Sekarang mesti dah tak takut kan

  3. zik November 26, 2010 at 3:23 am #

    insyallah akan diusahakan jika bergelar bapa..tapi lambat lagi nih..hehe
    zik baru-baru ni tulis pasal..Hoki sekadar perak- skuash berpasukan rangkul emas yang ke9!My ComLuv Profile

    • sabree hussin November 26, 2010 at 3:51 am #

      Insya allah tak lama lagi jadi bapa la zik.. kahwin dulu eh hhe

  4. kadri December 8, 2010 at 8:56 pm #

    saje menyampuk sbb menggamit memori saya,

    Anak saya akan berumur genap 2 tahun esok.
    Dia dilahirkan di Jepun. Mengikut peraturan Jepun, uri tidak boleh dibawa pulang dan pihak kerajaan setempat akan pastikan bilakan kelahiran dan uri mesti sama. Maknanya uri akan dikutip oleh Jabatan Kesihatan untuk dilupuskan (bakar dalam mesin khas). Dorang x bagi tanam sendiri, sbb nak jaga tanah kat Jepun. Even nak sembelih ayam pun x boleh sesuka hati, dorang jaga persekitaran. Sudahnya, saya minta izin pihak hospital untuk dicuci di selawatkan dan kemudian dipulangkan semula ke hospital untuk pelupusan.

    • sabree hussin December 8, 2010 at 11:27 pm #

      Terima kasih kongsikan pengalaman saudara ni. Oh lain macam pulak ye cara pengurusan dekat sana ya.

  5. iman December 16, 2010 at 8:29 pm #

    salam w.b.t. teringin kongsi.. mak cerita,dulu kakak sy nangis x berenti.. teruk keadaannye time tu. arwah nenek cdgkan digali semula urinye yg ditanam . ayh pun gali.tgk2 uri tu penuh dikerumuni semut merah. ayh amik n bersihkan n balut n tanam semula. alhamdulillah,baru kakak berenti nangis..

    • sabree hussin December 16, 2010 at 8:50 pm #

      wsalam iman.. tak sangka ye ada kesan jugak pada bayi ye.. no wonder la dalam islam memang kita perlu uruskan uri dengan sebaik-baiknya

  6. asma' January 3, 2011 at 2:25 pm #

    assalamualaikum…

    sye nk tanya, adakah en pernah membaca tentang pembersihan uri ini menurut islam @ ade artikel2 yg berkaiatan yg pernah en jumpa? klau ade, mnta di kongsi utk bahan tesis sye… terima kasih, w’salam..barakallahufik…

    • sabree hussin January 4, 2011 at 10:32 pm #

      Sebelum ni terbaca secara tak sengaja dekat laman web.. tapi maaf sangat2 sebab dah tak ingat alamat url dia la asma’

  7. Grandma Secret August 25, 2011 at 8:31 am #

    salam..

    berkaitan tanam uri.. rasanya memang perlu. coz sebahagian dari badan.sebab tu pas bersalin, nurse akan bg uri pada kita. bermakna benda tu penting. tapi.. ada ramai jugak yang tak tahu uri perlu ditanam. atas sebab itu, saya telah mengeluarkan 1 produk set untuk tanam uri baby. selain sumber pendapatan, juga untuk memberi kesedaran tentang perlunya uri ditanam. set mengandungi bahan2 utk basuh dan tanam uri. terpulang kepada masing2 bagaimana untuk menguruskannya..thanks owner.. sekadar berkongsi maklumat…

Leave a Reply

CommentLuv Enabled