Faktor kejayaan atau kegagalan sesebuah syarikat umumnya ditentukan oleh dua perkara. Perkara tersebut adalah produk dan pengurusan.
Untuk memastikan satu-satu syarikat boleh bertahan lama dalam pasaran, memiliki produk yang berkualiti tinggi dan baik adalah perkara yang wajib. Produk boleh jadi dalam bentuk barangan yang dijual mahupun perkhidmatan atau servis yang ditawarkan. Memiliki satu produk yang unik, dan yang sukar untuk ditiru atau tiada alternatif kepada produk tersebut adalah satu bonus kepada sesebuah syarikat.

Sumber gambar : ca2on9-biz.blogspot.com
Syarikat yang tidak memiliki produk yang baik tak jauh beza dengan syarikat yang tidak ada produk langsung. Kesudahan bagi kedua-duanya adalah ia akan menuju kearah kegagalan dalam masa yang singkat. Selalunya syarikat seperti ini hanya akan bergantung pada marketing plan yang diada-adakan semata-mata untuk mendapatkan pembeli yang berminat untuk mendapatkan produk mereka.
Masalah paling ketara bagi syarikat yang hanya bergantung pada kekuatan marketing plan atau pelan pemasaran ini ialah syarikat akan berdepan dengan masalah sekiranya marketing plan yang digunapakai sudah tak lagi relevan pada satu-satu masa. Marketing plan adalah something yang boleh ditiru, dan boleh digunakan oleh sesiapa sahaja asalkan orang yang meniru tersebut faham bagaimana marketing plan tersebut berfungsi.
Satu marketing plan yang kerap kali digunapakai adalah yang berkonsepkan Multi Level Marketing ataupun kaedah pemasaran berbilang peringkat. Syarikat yang menggunakan kaedah pemasaran seperti ini dapat mengurangkan kos pengiklanan sebab akan ada ramai agen tak sedar diri dan yang tak ada otak akan jadi kuli batak untuk membantu menjalankan promosi bagi pihak syarikat. Agen bukan sahaja membantu menjalankan promosi, malah membantu mendapatkan pembeli. Sebagai balasan, agen akan dibayar berdasarkan sistem komisyen. Walaupun produk yang dipromosikan macam sampah sekalipun, bukan mereka nak peduli. Yang penting boleh jadi duit. Boleh buat duit.
Sifat tamak manusia yang akan menjadikan ianya mudah mendapat tempat dihati. Siapa yang tak terpengaruh kalau tak perlu buat apa-apa pun duit boleh masuk? Berkali ganda lagi banyak daripada modal pulak tu. Bukan nak kata sistem seperti ini perlu dijauhi, tapi perlu lebih berhati-hati.
Sebenarnya, sistem pembayaran berdasarkan komisyen adalah mudah. Kita jual banyak, kita akan hasilkan banyak income. Jual tak banyak, maka tak banyaklah income. Biasanya ayat yang paling kerap diguna pakai, You buat, you dapat. You tak buat, you tengok je la orang lain dapat. Bermakna, tak kisah la company apa sekalipun, asalkan sistem pembayaran adalah berdasarkan komisyen based, hukum seperti ini akan diguna pakai. Tak ada lagi specialnya satu-satu company.
Mulakan dengan menilai produk barulah menilai marketing plan
Satu produk yang baik akan mudah mendapat pasaran sekiranya satu-satu company memiliki marketing plan yang baik. Namun demikian, produk yang macam sampah pun akan mendapat tempat dipasaran sekiranya marketing plan yang baik diguna pakai. Jadi, mendapat sales yang tinggi bukanlah bermakna satu-satu company tersebut memiliki produk yang baik, dan barangkali ianya juga disebabkan oleh pengurusan yang baik.
Justeru, sebelum membuat sebarang keputusan untuk menyertai mana-mana skim atau program yang boleh menghasilkan pendapatan yang luar biasa hebat, selalunya adalah berbaloi-baloi jika maklumat berkaitan produk dan siapa pihak pengurusan kita ketahui dengan baik.
Artikel ini terpaksa aku hentikan sampai sini dulu sebab di masa akan datang aku akan perincikan lagi dua element penting dalam perniagaan ini, iaitu produk dan pengurusan.
********************************************************************
********************************************************************
Popularity: 2% [?]

Setuju bro.. memang ke 2 factor tersebut penting. Tanpa product, syarikat tak punya apa2x yang boleh dijual. Tanpa pegurusan yang baik, pastilah tak boleh maju tu syarikat.
jawatan kosong baru-baru ni tulis pasal..3D Visualizer- Rendere- Animator Vacancy
marketing plan kena ada… tapi produk kena bagus dulu..baru boleh fikir pasal yang lain2 tuh..
zik baru-baru ni tulis pasal..Rayuan peribadi Pengasas Wikipedia kepada pengguna Wikipedia diseluruh Dunia
Produk yang bagus can sell itself even without magnificent marketing plan. Aku banyak beli produk2 yang bagus hasil daripada words of mouth
Product differentation, produk yg bagus bukan shaja berinovasi tetapi juga highly sought after oleh orang. People request, we give them.
Some company really think differently.. like highly dependence with the magic marketing plan