Klang, Selangor 2001
Waktu ni aku masih lagi bersekolah. Baru masuk tingkatan satu. Sekolah aku ada dua sesi, iaitu sesi pagi dan jugak sesi petang. Untuk pelajar tingkatan satu dan tingkatan dua, kami akan bersekolah pada sesi petang. Manakala tingkatan 3, 4 dan 5 mereka akan bersekolah pada sesi pagi.
Boleh katakan setiap pagi aku akan berbasikal sejauh lebih kurang 200 meter menuju ke sebuah kedai runcit ni. Dah jadi rutin harian, setiap pagi akulah yang akan membeli barang-barang dapur. Dari gula, tepung, ikan, sayur, ubat nyamuk dan macam-macam lagi la. Di waktu kedai tersebut penuh dengan makcik-makcik yang kepohci sambil memilih-milih ikan dan sayur, kelihatan jugak sorang budak kecik tak ketinggalan sama-sama memilih ikan dan sayur.

Alright, aku tipu je. Aku tak pandai nak pilih ikan dengan sayur. Biasanya aku akan mintak pakcik kedai tu yang pilihkan untuk aku. Aku cuma mintak je, dan kalau aku malas sangat.. aku akan bagi je list barang yang aku nak kena beli dekat pakcik kedai tu. Pandai la dia nak handle untuk aku. Bila semua barang dah siap tersedia untuk aku, then aku cuma perlu bayar je. Ok, sebelum aku tulis panjang, biarla aku gelar pakcik kedai ni sebagai pakcik Is ya.
Waktu ni kedai runcit cuma ada beberapa buah je dekat tempat kawasan aku tinggal. Seingat aku ada lebih kurang dua buah kedai je. Kedai pakcik Is ni boleh dikatakan kedai yang paling laris..
What i can comment about this shop is that..
Friendly
Kedai ni sebenarnya dimiliki oleh pasangan suami isteri. Milik sepenuhnya oleh orang melayu, dan majoriti pelanggan adalah orang melayu jugak. Satu kelebihan pakcik Is ni ialah dia kenal semua pelanggan dia. Selalunya dia akan panggil pelanggan-pelanggan yang datang dengan nama masing-masing.
Disebabkan keramahan pakcik Is ni jugak, boleh dikatakan kedai ni sentiasa penuh dengan pelanggan. Malahan orang yang tinggal dekat kampung sebelah yang agak jauh pun akan datang ke kedai ni. Jadi pelanggan tetap. Waktu ni boleh katakan, perniagaan sangat bagus, dan tak ada tanda-tanda kejatuhan.
Klang, Selangor 2011
Kini hampir sepuluh tahun berlalu.. Kedai pakcik Is pun masih lagi wujud. Cuma sayangnya, bisnes tak serancak dulu. Sekali imbas, tak salah untuk aku kata bisnes makin jatuh. Pelanggan dah tak ramai, dan barang-barang jualan dalam kedai pun dah semakin berkurang.
Mungkin disebabkan oleh faktor dalaman. Well, maksud aku dari segi pengurusan kedai tu jugak. Mungkin tak ada proper accounting method, ataupun pemilik kedai dah tersilap buat keputusan dalam mana-mana pelaburan. Bagaimanapun ini hanya andaian aku sahaja.. mungkin bukan ini faktor penyebab kejatuhan dalam perniagaan mereka.
Dari segi proper accounting ni pulak, secara peribadi aku tengok banyak kedai runcit yang beroperasi dikawasan pedalaman dan kampung-kampung memang tak ada catitkan atau buat rekod dalam setiap transaksi. Tak tau la aku sama ada mereka ni malas ke.. tak tau nak buat ke atau diorang ni lebih prefer main congak-congak je dalam kepala.
Ada sesuatu yang dah berubah
Bermula tahun 2009, banyak pembangunan mula dijalankan terutama di kawasan klang. Banyak pasaraya-pasaraya besar mula dibina. Hypermarket seperti Tesco dan Giant yang sentiasa menjanjikan harga yang murah dah mula dibina di Klang. Sebagai pengguna, mesti kita akan pilih untuk berbelanja ditempat yang boleh memberikan harga yang kompetif dan menjimatkan, betul?
Sehari demi sehari, kedai runcit pakcik Is semakin kehilangan pelanggan.. Itulah trend yang aku perhatikan. Kewujudan hypermarket seperti Tesco dan Giant hanya memberi rahmat kepada pengguna. Tapi bagi peniaga kecil seperti pakcik Is ini, mereka yang akan merasa kesannya, dan perniagaan mereka pun bakal terjejas teruk.
Itulah lumrah alam, siapa yang kuat, dia yang akan memerintah. Bak kata pepatah, gajah sama gajah beradu, pelanduk mati ditengah. Sekarang, apa yang dapat diperhatikan, hypermarket seperti Giant dan Tesco yang boleh diumpamakan sebgai gajah saling berlawan untuk mendapatkan pelanggan. Dari segi program customer loyalty, seperti tawaran membership, diskaun, rebate, free gift, free parking dan jaminan harga terendah.. kesemuanya sangat-sangat memberi kesan kepada peniaga kecil seperti kedai pakcik Is.
Masakan boleh kedai runcit seperti pakcik Is nak bersaing dengan hypermarket macam Giant dan Tesco?
Mereka ada kewangan yang bagus, perancang strategik yang hebat, dan mereka mampu menjual dengan harga yang luar biasa murah.. Hanya menanti masa untuk pekedai seperti pakcik Is untuk menyerah kalah dan mula mencari alternatif lain dalam meneruskan kehidupan.
Entry ini bukanlah bermaksud memperkecil-kecilkan kemampuan pekedai runcit seperti pakcik Is. Tapi entry ini bertujuan untuk menyatakan fenomena yang sedang berlaku dewasa ini. Banyak kedai-kedai runcit terkesan dengan kewujudan hypermarket seperti Giant, Tesco mahupun Carrefour.
Walaupun sedar dengan hakikat ni.. satu masa nanti aku pun berhasrat nak ada kedai runcit aku sendiri hhe. Siapa kata kedai runcit yang kecik tak boleh nak bersaing dengan hypermarket besar macam Tesco dan Giant?
Asalkan kena dengan strategi.. semua pasti boleh!
********************************************************************
********************************************************************
Popularity: 7% [?]


Salam .. sabree … weh, tak sangka jalan2 jumpa hang .. uhuh
iPai baru-baru ni tulis pasal..Jom makan kat Pecallele !!!
Wsalam.. wah reunion dekat sini hhheee
heheh .. reuion kat sini ke ?? heheh .. bawa jalan2 laa .. uhuh
iPai baru-baru ni tulis pasal..Jom makan kat Pecallele !!!
Sorry ganggu..=)
Saya sudah follow blog awak..
Awak bila nak follow blog saya..
http://pangkahbulat.blogspot.com/
ok follow dah