Siapa antara korang yang dah mula rasa blogging tu semakin membosankan dan membuang masa?
Ada?
Nak mengaku ke tak nak ni?
Okay.. okay. I understand kalau korang tak nak mengaku.
And mungkin jugak sebab korang tak nak mengaku adalah sebab korang belum rasa macam tu. That’s great. It means that your desire to become a successful blogger is so strong! And tak mudah nak patah semangat atau nak jadi lemah.
Rasa bosan dan boring tak wujud dalam kitab hidup korang. Voila~
Macam mana pulak kalau korang dalam kategori yang dah mula bosan dengan blog korang? Wajar ke korang delete je blog yang korang ada sekarang ni? Tak pun korang bakor je blog korang tu (sila baca macam dalam dialog Hantu Kak Limah Balik Rumah).

Oh no no no… Kalau korang ada merasai simptom seperti rasa malas nak update blog, rasa tak ada idea, rasa muak dengan blog korang sendiri. Jangan risau kawan. You are not alone. Most probably apa yang korang rasa sekarang ni, orang lain pun rasa. Opps mungkin tak cukup accurate. Blogger lain pun rasa.
Setiap mereka pun pasti dah pernah lalui saat-saat kebosanan dan kebengangan dengan blog sendiri.. But they make it. Now they back to their daily life as blogger. Tak ade pun nak bakor-bakor blog sendiri. Nak give up? Nanti kejap..
Apa sebenarnya yang korang lalui ni?
Situasi seperti korang mula rasa bosan dan mula jadi blank tak semena-mena bila nak berblogging ni bukan perkara aneh dan pelik. Ia terjadi dalam mana-mana aktiviti sekalipun. Istilah yang biasa digunakan ialah “Burn Out“.
Macam mana boleh terjadi?
Basically korang mengalami Burn Out ni pun disebabkan korang letih. Keletihan tu terhasil disebabkan korang terlalu fokus dengan apa yang korang nak buat. Bukan letih sebab apa yang korang dah buat. Minda korang letih. Banyak sangat yang korang plan nak buat, rancang macam-macam untuk blog korang, tapi satu apa pun tak jadi. Tak gerak pun.
Bila minda korang letih, biasalah mesti la nak kena rehat kan. So it’s normal. Bagi masa untuk minda korang berehat. Lagi korang paksa-paksa minda korang untuk berfikir untuk berblogging lagi la dia protes. Tak menjadi punya apa yang korang nak hasilkan.
Rutin Korang Terganggu?
Rata-rata blogger menjadikan blogging sebagai satu rutin harian. Dalam sehari mesti nak kena ada post walaupun satu entry. Kalau nak yang lebih advance, mungkin akan post sampai dua atau tiga entry sekaligus. Okay? Kata kunci dekat sini adalah rutin.
Namun macam mana bila rutin tersebut terganggu? Ada sesuatu yang mengganggu rutin blogging tersebut, dan korang membenarkan pulak gangguan tu berterusan. Masa ni la minda korang akan menghantar signal kurang gembira disebabkan perubahan rutin yang disengajakan ni.
Kesian minda korang sebab korang dah ubah rutin harian dia. Merajuk. Bila minda korang dah merajuk, masa tu la korang akan rasa nak menulis pun macam harem.. Tak menjadi satu hapa pun. Ayat pun jadi hampeh.
Remedi dan solusi
Tak ada masalah yang tak ada jalan penyelesaian, dan tak ada penyakit yang tak ada ubatnya. Andainya korang mula rasa simptom macam ni, iaitu rasa muak dengan blog sendiri, jari jemari rasa kaku untuk menaip entry, dan kepala rasa tak senada dengan minda.. ha korang mungkin dalam situasi burn out.
Paling penting, jangan guna pendekatan paksaan. Ambik masa untuk berehat dari menulis. Tapi dalam masa yang sama, ambik masa yang ada ni untuk banyakkan membaca. Cari bahan-bahan baru untuk ditulis dalam blog. Boleh buat blogwalking.
Aku galakkan korang untuk ambil cuti dari menulis dalam blog. Well.. take about one week holiday. Sweet kan? Lepas one week, back to your job. Blogging la semula. Blogging dengan semangat baru dan bahan-bahan baru yang korang dapat sepanjang korang bercuti tu.
Cool?
Atau ada mahu bagi pendapat lain?
********************************************************************
********************************************************************
Popularity: 1% [?]

Buat masa ni belum lagi.. Akan datang sape tau..huk3.
decrewz baru-baru ni tulis pasal..Travis McCoy ft Bruno Mars – Millionaire miming
Akan datang… hmm sama la, biar masa yang menentukan kay
Hello bro,
tidak mungkin akan berhenti.. hehe
hhhe kalau macam tu, always keep up that good work
cuti kejap lah.. blogging.. kalau blur tuh.. huhu.. kalau tak .. tajuk nanti pelik2 jer…
zik baru-baru ni tulis pasal..Contest Tiket Wayang dari Blogger Shakiddo
Zik buat tajuk pelik-pelik pun happening jugak ape hhe
lagi bengang kalau member psiko kata “ko x rasa buang masa ker buat blog ni?”, pergghhhh, pedih ayat tuh. tp aku still teruskan minat aku nih, hehe
Juan kalau blogging sebab minat, orang cakap apa pun tak ada effect kan hhe
2-3 bulan lepas, aku update blog hari2…kadang2 sehari 2 kali…tp sejak awal tahun ni, dah kurang update..sibuk sangat dengan hal kerja…tapi alhamdulillah, semangat untuk blogging tu masih belum pudar…
sollehahn baru-baru ni tulis pasal..AMD meraikan hari kekasih bersama Intel
Alhamdulilah.. walaupun dah kurang update tapi masih ada nampak perkembangan terbaru tu. Tapi still masih ada lagi perkongsian.. kalau tak kisah kongsi sikit macam mana nak bagi semangat jangan cepat kurang
hehe buat masa ni tak kot..who knows int the future…blogging ni dah jadi macam drugs..ketagih nak berblogging atau blogwalking huhu
aimannajmy baru-baru ni tulis pasal..Iron Man Kedah Tangkap Nyamuk
kalau dah sampai addicted tu insya allah lama lah tu akan blogging. Keep up the good works!
sekarangni dah terasa burn out.Otak dah terasa beku mencari idea baru,huhu.Bercuti? hari2 pun cuti.Layan lagu ok,kot?
saiful baru-baru ni tulis pasal..Membina Laman Profile Twitter
lain orang lain cara. kalau aku kena burn out… memang langsung tak boleh tulis dalam blog.. tu yang ambik cuti panjang
aah, aku rasa macam dah bosan aje sekarang..
titan baru-baru ni tulis pasal..Edisi Siasat – Buat Duit dengan Saysmy