That’s great that we can get the business loans and that opens up new possibilities.
Thanks for the helpful tips here. I’ve got a home enhancement web site which i operate very difficult on like you are doing right here. My hard work skew toward a lot of general subjects and hopefully provide high level solutions for what people are seeking. Keep on doing a nice job in your blog.
Awas.. Komen tersebut adalah komen spam.. Kamu tak perlu bersusah payah untuk
1. Approve komen tersebut
2. Balas komen tersebut
3. Rasa happy sebab ada ‘orang’ komen dalam blog kamu
4. Klik pada url yang diberi, dan balas komen dekat blog mereka yang tinggalkan komen
Namun.. Kamu digalakkan untuk..
1. Delete terus komen tersebut
2. Mark as spam
3. Abaikan komen tersebut
4. Alert blogger lain supaya jangan melayan komen-komen spam seperti yang kamu terima
Sepanjang beberapa tahun aku bersama dengan blog mohdsabree dot com ni, boleh kata agak kerap aku menerima komen yang berbentuk spam yang setia menanti dalam pending list untuk aku approvekan. Angin je aku rasa.. entah apa yang buat spammer ni fikir, aku akan senang-senang je nak approve komen macam mangkuk tu dekat blog aku.
Sistem keselamatan? Spam filter? Akismet? dll
Sudah.. semuanya aku dah aktifkan. Tapi entah macam mana, still boleh lepas jugak untuk komen-komen seumpamanya menceroboh dalam blog aku. Tapi tak apa la, lagipun komen tersebut masih lagi memerlukan kebenaran dari aku untuk muncul dan visible dalam blog aku ni.
Mengikut standard dan spesifikasi yang telah ditetapkan oleh aku sendiri selaku admin dalam blog ni, ada beberapa jenis komen yang tanpa ada perasaan belah bahagi akan aku anggap ia sebagai komen spam. Jadi, kalau ada sahaja komen seumpamanya yang muncul dalam pending list di section comments, maka secara automatik aku akan delete sahaja komen-komen tersebut.

Cara-cara nak mengenal komen SPAM.
Amaran: Cara-cara ini aku tulis berdasarkan apa yang biasa terjadi dalam blog mohdsabree dot com ini. Lain blog mungkin lain cara, dan bentuk-bentuk komen spam ini mungkin akan berubah bentuk dan patern dari masa ke semasa sejajar dengan pembangunan teknologi ICT.
Bahasa
Spammer akan beri komen dalam blog kita menggunakan bahasa yang tak sama dengan penulisan dalam blog kita. Kalau kita menulis dalam bahasa melayu, kadang-kadang komen spam yang kita dapat tu ditulis dalam bahasa Inggeris atau selain dari bahasa inggeris. Aku pernah jugak dapat komen dalam bahasa yang aku sendiri tak berjaya nak kenal pasti.
Namun dengan bantuan google translate, dapat jugak aku mengenalpasti bahasa tersebut sebagai bahasa Czech.
Topik
Biasa benda ni berlaku… Aku tulis pasal kapal selam, dia pergi komen pasal cerek elektrik. Kata cerek elektrik jenama A ini bagus la, gempak berkualiti la lalala. Namun yang biasa aku dapat, spammer akan cakap pasal loan. Home loan, personal loan dan lain-lain lagi yang ada kena mengena dengan loan.
IP address
Sah! Banyak yang jadi culprit ni manusia dari luar Malaysia. Mereka komen blog dengan menggunakan software khas. Mereka jumpa blog kita sebab ada keyword yang mereka sasarkan. Lepas dah jumpa blog kita, software tersebut akan tinggalkan komen seperti yang telah disiapkan sejak awal-awal lagi.
Puji-pujian
Ada jugak setengah spammer ni yang suka memuji-muji penulisan kita. Kata minat dengan gaya penulisan kita la, tanya kita dah berapa lama kita blogging, tunjuk yang dia concern dengan apa yang kita tulis. Semua ni hanya untuk buatkan yang kita percaya spammer tersebut ada datang dekat blog kita, baca entry kita sampai habis, dan untuk menunjukkan yang komen tersebut adalah genuine datangnya dari real people.
Ah sudah lah… tak ada maknanya aku nak percaya. Aku pernah tulis satu entry yang aku rasa sangat bodoh, dan tak ada sape nak baca dan tinggalkan komen, tiba-tiba ada pulak makhluk ni tinggalkan komen yang berbentuk puji-pujian. Sah-sah lah dia bukan orang. Robot je tu.
Nama Samaran
Nama yang diguna pun selalunya adalah keyword kepada laman web yang spammer terbabit sedang promosikan. Kalau spammer tersebut sedang mempromosikan laman web berkenaan dengan cerek elektrik, maka nama cerek elektrik lah yang akan digunakan sebagai nama samaran.
Content Comment
Isi yang ditulis dalam ruangan komen pun banyak yang menjengkelkan. Lebih kepada nak provoke kita untuk singgah ke laman web spammer itu tadi, dan akan disertakan sekali dengan link menuju ke website yang dipromote.
Kesimpulan
Komen-komen seperti yang telah aku nyatakan diatas adalah hasil kerja software khas yang dibina untuk tujuan memudahkan kita memberi komen. Ia bukan sahaja memudahkan, malah pada masa yang sama ia jugak menjimatkan masa.
Sekiranya software tersebut diguna dengan cara yang baik, maka baiklah hasilnya. Sekiranya sebaliknya.. maka kemarahan sajalah yang akan terhasil.
Aku pernah tergelak sorang-sorang sebab pernah nampak dalam satu blog ni, dia bukan sahaja dah approve komen spam tersebut, malah siap balas dan kata terima kasih sebab sudi singgah.
Oh.. dia tak sepatutnya approve komen yang macam tu..
********************************************************************
********************************************************************
Popularity: 1% [?]

erm betul tuh… memang ponin dibuatnya… tapi kadang2 aku belek2 komen yang spammer nie hantar..buat modal untuk post blog..hehe, tapi yang pelik2 lah… tapi kadang2 memang ada blogger dari luar negara komen.. itu aku respect lah diaorang, even tak paham, deme translate pakai google translate tuh…
zik baru-baru ni tulis pasal..Khasiat buah pala dalam kesihatan
wah cayalah, siap tanslate lagi tu content blog
waktu awal2 dalam dunia blogging,aku accept je semua komen..tapi bila dah lama,dah faham,aku reject je komen spam ni tanpa belas kasihan
khairolghani baru-baru ni tulis pasal..Selamat Ulang Tahun Perkahwinan
Kalau komen yang macam pelik tu je, alah delete je
baru taw la..tq for this info..
p/s;saya bukan robot span tau..saya real people haha…
Baik saya percaya :p
ps: nampak genuine hhe
“Aku pernah tergelak sorang-sorang sebab pernah nampak dalam satu blog ni, dia bukan sahaja dah approve komen spam tersebut, malah siap balas dan kata terima kasih sebab sudi singgah.”
mamat ni baru buat blog kot! samalah macam aku masa baru sebulan buat blog dulu, spam pun tak dapat nak bezakan malah seronok ada mat salleh datang komen hahaha
sekarang ni aku memang tapis betul2, trackback dari yang tak berkenaan pun aku delete terus. tapi walau bagaimana pun aku tetap check kat komen spam tu sebab kadangkala yang bukan spam pun boleh masuk kat spam sebab ada link.
ardzham baru-baru ni tulis pasal..Pendidikan Muzik Dan PERKESO
Bila di fikir balik, macam la ada mat salleh yang sampai sanggup nak guna google translate semata-mata nak baca blog yang baru berapa hari kita buat. Entry manis-manis belaka pulak tu. hhee
copy ayat spam ke dalam google. pastu tekan search.
cara ni mudah tapi leceh bila banyak komen spam masuk.
Tapi sekurang-kurangnya kita dah boleh hafal ayat tu bentuk macam mana.
http://rozanighani.com/2010/07/20/cara-semak-komen-spam-guna-google-video/
RozaniGhani baru-baru ni tulis pasal..How To Delete Custom Header Image In Twenty Ten Theme Permanently
I see.. maksudnya komen spam ni sebenarnya ada patent dia yang tersendiri la ye. Siap boleh semak pakai google lagi ni
mcm mne nk delete game niy???asyik tarik duit saya je…rimas3!!