Aku sememangnye merasa bingung dengan aktiviti spam menyepam ni. Kadang-kadang tu aku ada jugak rasa macam tak percaya je, rupanya sampai sekarang ni masih ada lagi ramai manusia yang suka menggunakan teknik spam ni. Orang dah kata, spam itu tak bagus, tak baik, tak beretika, tapi itu jugak yang dibuatnye.
Aktiviti spam ni pulak tak terhad pada spam dekat email, dekat friendster akaun, ataupun dekat facebook akaun, tapi dekat blog pun tak terkecuali. Pada pendapat aku, spamming ni tak ada lah susah untuk dilakukan. Senang sangat. Sesiapa pun boleh jadi spammer.
Asalkan tahu caranya, tahu nak guna software apa, semuanya boleh jadi. Memang la seronok bila buat spamming ni, lagi-lagi bila kita dapat hasil dari aktiviti spamming ni. Senyum lebar je la sepanjang hari lepas tu.
Tapi, macam pulak kalau perkara sebaliknya yang berlaku? Macam mana kalau korang pulak yang jadi mangsa spamming? Boleh lagi ke korang senyum? Hari-hari bila korang check mailbox korang, penuh je dengan email-email spam.
Ha time tu korang rasakan lah sendiri. Tengok sendiri sama ada korang akan rasa seronok ataupun tak.
Agak ironi bila ada setengah manusia ni, dia sendiri pun tak tau yang selama ni apa yang die buat ialah spamming. Dia ingat die menjalankan promosi dengan berhemah, beritahu berkenaan dengan bisnes dia pada seramai yang mungkin, dapat je email address orang terus cepat-cepat forward email bisnes dia pada orang tu. Nak bagi kesedaran atau awareness kononnya.
Takpe perihal berkenaan dengan aktiviti spam aku akan stop dekat sini dulu. Aku rasa ada banyak lagi masa untuk aku tulis berkenaan dengan aktiviti spam. Kebaikan, keburukkan, dan apa-apa lagi yang bersangkutan dengan spam.
Jadi untuk entry aku yang satu ni, aku just rasa pelik. Macam mana la orang ni boleh sampai hati nak spam dalam blog aku ni. La.. blog ni tak ada pape kot. Nak kata ada visitor yang banyak yang melimpah ruah tu lain lah cerita. Ni stekat blog yang cuma ada 2 ke 3 visitor sehari je pun nak dispam jugak.
Ok, aku bukan cakap kosong. Ni aku nak tunjukkan bukti. Kalau korang semua perasan, aku pernah tulis pasal gejala buang bayi. Tajuk entry tu lahirkan bayi yang comel, kemudia bagi anjing makan.
Boleh klik pada entry tu. Korang akan jumpe sorang ni. Aku pun tak faham. Adekah dia ni tak reti membaca. Aku tengah tulis berkenaan buang bayi, tapi dia komen pasal loan pulak! Entah dekat mana dia nampak perkaitannya. Kalau nak spam pun biarlah berhemah, ni tak.. Main belasah je.
Oh ye, aku approve komen tu pun sebab aku nak tunjuk dekat korang semua bukti apa yang aku cakap. Tu je.
Popularity: 1% [?]

do activate askimet and install bad behavior plugin to prevent more spam =)
I want to activate those akismet, but it ask me to enter wordpress.com API key. I just don’t really know what does it mean
Saya baru je install Akismet dan masukkan API. Nak dapat API key kena bayar. Tapi kalau nak free, ikut step ni.
1. Login akaun WordPress.com (yang bukan hosting sendiri tu.. kalau takde kena buat)
2. Pastu bukak ni: apikey.wordpress.com Kat situ ada API key. Boleh copy and paste kat Akismet plugin anda
masterfaiz.com baru-baru ni tulis pasal..Wordless Wednesday 2.0 | Makan di lantai pejabat