Blogger Menulis Sebab Duit! So What?


Hari ini merupakan hari Selasa. Didoakan semoga korang semua berada dalam keselesaan tak kira walau dimana jua korang berada. Diharap jugak tak ada sebarang gangguan-gangguan menggangu korang sehingga menyebabkan produktiviti korang jatuh merosot.

Bila bercakap pasal produktiviti, aku merujuk kepada seberapa banyak penghasilan yang boleh kita buat dalam sesuatu bidang pekerjaan. Kalau seorang nelayan, semalam dia boleh naikkan hasil kira-kira 20 kilogram, hari ni dia berjaya naikkan hasil sebanyak 30 kilogram. Produktiviti bertambah lah tu.

Contoh lain pulak, seorang penoreh getah. Kebiasaannya dia mampu untuk menoreh 100 pokok sehari, tapi entah kenapa satu hari tu dia cuma mampu toreh 60 pokok je. Produktiviti menurun la.

Apa pentingnya produktiviti ni?

Biar aku ringkaskan. Produktiviti tinggi = Pendapatan tinggi.

Jadi tak boleh tidak, untuk menghasilkan pendapatan yang tinggi, produktiviti pun haruslah tinggi.

Baru beberapa minit yang lepas, satu komen yang berjaya buat aku tertelan air liur sekejap singgah dekat salah satu blog yang aku tulis.

“…jangan menulis kerana duit..”

Betul ke blogger menulis kerana duit?


Bagi aku, sesiapa pun, kalau ditanya soalan macam ni, diorang pasti akan bersikap defensive seolah-olah malu nak mengaku yang duit adalah motivasi utama kenapa dia berblogging. Teruk sangat ke kalau seseorang blogger tu berblogging disebabkan oleh duit? Sebab nak generate income..

Aih… setakat hari ni, sekurang-kurangnya ada dua orang blogger yang mengaku mereka berblogging sepenuh masa. Tak ada kerja lain dah. Blogging je lah kerjanya. Sape dia? Tak lain tak bukan saudara khai dari Justkhai, dan Encik Rohaizad dari Rohaizad dot com.

Pendapatan dari blogging itu sendiri sudah cukup untuk diorang ni fokus dengan blogging. Dah tak perlu lagi nak kerja dengan mana-mana majikan. Well, aku bukan nak membuta tuli menuduh yang mereka menulis sebab duit, tapi dengan adanya diorang ni lah, aku sendiri terdorong untuk ada blog aku sendiri.

Kerjaya seorang guru bagi aku adalah sangat mulia sebab dia berkorban untuk menurunkan ilmu kepada masyarakat. Adakah guru-guru ni mengajar disebabkan duit? Eh mane la aku tau sebab duit ke tak. Tapi for sure, kalau tak dapat duit tak akan ada orang nak jadi cikgu. (kalau blogging tak dapat duit, nak ke jadi blogger)

Isu berkenaan gaji guru sedikit pun patut tak akan timbul dan tak patut ditimbulkan.

Memang tak patut kalau nak berblogging semata-mata nak kan duit. Tak boleh macam tu. Seorang expert blogger pernah pesan dekat aku..

..if blogging is just about money, one day when you stuck and running out of idea, you will stop blogging and start to feel that all this while what you did is just a waste of time... mystery blogger

Blogging tak sepatutnya berkenaan duit semata-mata. Cuma biasalah, manusia ni tak akan tertarik kalau bukan boleh buat duit. In fact, ramai expert blogger yang menjual product masing-masing pun ramai yang menggunakan pendekatan blogging tu boleh makes money. This is to entice people to jump into blogging arena.

So, nak salahkan sape? Aku sendiri terbukak hati untuk ada blog pun sebab potential income yang aku boleh dapat. Yup, this is the honest answer i can produce.

Memang dari segi percentage, bukanlah 100% sebab duit, tapi 60% sebab duit, dan selebihnya atas sebab-sebab lain.

Kalau korang… macam mana? Sebab apa korang jadi blogger?

ps: kalau blogging tak dapat duit, sape nak bayar domain, hosting, bil broadband dan masa yang diguna untuk update blog tu semua hhe






Popularity: 2% [?]

Share/Save/Bookmark

49 Responses to Blogger Menulis Sebab Duit! So What?

  1. Cik Su September 21, 2010 at 9:19 pm #

    mang bloging untuk dapat duit..tp setakat nie lum cukup untuk lagi.untuk dijadikan sumber pendapatan

    • sabree September 21, 2010 at 9:39 pm #

      Tak ape cik su, masanya tetap akan tiba nanti untuk pendapatan dari blog tu boleh replace income semasa

      • Cik Su September 22, 2010 at 1:57 pm #

        ye la..tengah tggu ne…susahnye jadi blogger terhebat

        • sabree September 22, 2010 at 6:30 pm #

          blogger terhebat eh, menarik tu. Usaha tangga kejayaan, bila dah cukup usaha, bukan je tangga… gunung pun senang2 je boleh dipanjat

  2. fadli September 21, 2010 at 9:48 pm #

    Hidup itu sendiri satu perniagaan cuma mungkin ada yang dapat dalam bentuk bayaran,hadiah dan ada juga yang kita sendiri…

    Apa2 pun masing2 punya intepritasi…itulah sebab kita manusia..tidak sama antara satu sama lain….

    apa2 pun bak kata nabil lu pikir la sendiri

    • sabree September 21, 2010 at 10:02 pm #

      Hidup tu satu perniagaan? Hhe menarik, tapi macam mana tu

  3. ken September 21, 2010 at 10:14 pm #

    mestilah blog kerana passion..
    duit tu, anggap sebagai reward.. =)

    • sabree September 21, 2010 at 10:40 pm #

      Right2.. passion :-)

  4. ida September 22, 2010 at 12:31 am #

    hehe rasenye 50% passion, 30% nothing better to do and 20% sebab duit :D

    • sabree September 22, 2010 at 1:27 am #

      bagus2
      dapat jugak tau apa sebab

  5. fakhri September 22, 2010 at 1:10 am #

    Aku blogging sebab potential duit yang kita akan dapat..boleh la wat bayar hosting dan domain dan belanja untuk diri sendiri.
    Dan blog personal aku aku tak jana income.. blog lain, ade jana income..

    terpulang pada individu.. ade individu just blog for fun..
    yang komen seperti dalam post tu, mungkin seorang yang loser xberjaya jana income blogging ataupun dia dah kaya dah banyak harta, xperlu dah nak melihat potential income dengan blogging ni..

    • sabree September 22, 2010 at 1:28 am #

      setuju
      you have a very good point there :-)

  6. feez-cucuatokaji September 22, 2010 at 1:28 am #

    arini asek jumpe ken komen je..heheh..rajin2…
    tak salah nak blogging sebab nak duet..tapi make sure kene minat dlm blogging ..kalau tak minat blogging tapi nak duet dari blog, mulelah timbul isu ‘blogger tak asli’..hehee..

    zmn skang, g mane2 pon kne pakai duet.nak kawen pon nak kene pakai duet banyak..so blogging as side income is ok jer…. :)

    • sabree September 22, 2010 at 1:38 am #

      sekarang ni memang tengah time ken buat blogwalking la. Ken ni semua blog dia terjah, so jom ramai-ramai kite visit blog kenwooi.com pulak

  7. tokan corner September 22, 2010 at 1:39 pm #

    haha tokan selalu p kenwoi punya site…well tokan baru lagi dalam dunia bloggers…xtau nak ambik position mana :)

    • sabree September 22, 2010 at 6:28 pm #

      Sampai masa nanti, bila blog dah matang sikit akan nampak la blog tu akan lebih menjurus kearah mana hhee

  8. shah team berkk September 22, 2010 at 2:11 pm #

    mmg x ni nafikan..sesetgh org wat blog nie semata2 nk kjar income dri nuffang..semangt yg harus dipuji..dulu pn shah cm 2 gak..income tu yg menarik minat shah ber blog niee.setelah 2 bln shah berada di alam blog nie..baru shah sedar..berblog nie best rupanya..byk pengajaran,mklumt dan ilmu shah dpt..matlamat utama shah 2..shah dh lupakan..so skrg shah berblog utk berkongsi maklumt,smbil menjana pendapatan sampingan..rezeki 2..di mna2 pn ada..yg pnting usaha..Sh@ring is s3xy__________

    • sabree September 22, 2010 at 6:32 pm #

      Betul tu Shah. More than agree. Untuk dapat income, itu yang menjadi kickstart untuk saya register blog saya sendiri. Tapi selepas beberapa lama dalam blogging nih, bila dah mula rasa feel dia, letak tepi kejap soal income atau rewards tu.

      Dapat berkenalan dengan ramai blogger lain pun merupakan satu kepuasan tambahan untuk saya.

  9. nash September 22, 2010 at 2:37 pm #

    Pernah bt byk blog.
    Tapi blog yg mula2 lahir tahun 2007 tu la yang smpi skrg bertahan.
    Lain2 dah malas nak go on, maybe sbb nawaitu lain.
    Blogging for passion is worth enough!

    • sabree September 22, 2010 at 6:35 pm #

      Nash pun pernah buat banyak blog. Lepas tu apa jadi dengan blog-blog yang lain. Dulu saya pun buat banyak-banyak blog. Semua gara-gara pengaruh adsense la. Tapi semua blog percuma je. La ni sekarang, akaun adsense entah kemana, blog entah kemana.

      Cuma beza sekarang, saya dapat communicate dengan pembaca yang sudi baca entry-entry yang saya tulis. Kalau sebelum ni, entah sapa yang baca, saya pun tak tau hhu

  10. ~Reena~ September 22, 2010 at 4:34 pm #

    Kalau nak blogging sebab duit pun, janganlah sampai jadi blog ‘sampah’. Tak ada isi. Fake. Dan sebagainya.

    Pernah jumpa 1 blog ni. Title blog bunyi macam blog personal. Tapi isi? Hanya mengenai berita panas semasa. Tak ada langsung tentang personal penulis blog. Apakah? Baik bukak laman web Utusan ke, Berita Harian ke or The Star terus.

    • sabree September 22, 2010 at 6:39 pm #

      Sama la dengan saya cik Reena, ada jugak pengalaman bila baca blog tu… rasa macam everything is too perfect. Macam tengah baca online news… last sekali ada ayat, sumber dari Bernama. Saya lebih suka spent my time baca kisah peribadi seseorang blogger daripada baca apa yang editor akhbar tulis. euwww

  11. shafiq September 22, 2010 at 4:49 pm #

    hahaha, aku blogging, tapi dapat 5ringgit jerk, sifu! ajar sket camne nak bagi traffic cam kat depan jalan bukit bintang, huaaa, :P

    • sabree September 22, 2010 at 6:41 pm #

      Ala 5 ringgit pun sapa nak bagi. Nak traffik banyak-banyak eh, apa kata shafiq pacak sign board dekat depan jalan bukit bintang tu suh diorang semua masuk blog shafiqothman.blogspot.com tu hhe

  12. eka September 22, 2010 at 5:40 pm #

    laa keje part time , xyaa laa beriya ngat unn ? hehee (:

    • sabree September 22, 2010 at 6:41 pm #

      Start dengan part time, lambat laun bila dah establish boleh convert jadi fulltime ngeh2

  13. sharkox September 22, 2010 at 7:15 pm #

    Dulu, memang aku serius, aku berblog kerana duit..aku mengaku…!! tak tipu punya, aku pun poyolah taruh nuff dalam blog aku. walaupun sebenarnya takde apa yang aku nak isi..kunun2 leh generate income

    Tapi hasil tak memuaskan.. aku cakap, mana boleh buat duit gini..blog tah apa2 nak generate income apa..

    Tapi sekarang aku dah gian ber blog..hari2 terfikir, menatang apa aku nak jadikan entri..sampai aku lebih pikirkan entri apa nak taruh lebih dari aku pikirkan nak siapkan thesis master aku…hahaha

    Sekarang pasal duit dari iklan tu aku tak pikir dah sekarang, pasal aku tau blog aku yg tak seberapa tu apalah sangat nak dijadikan side income..baru berapa sen sangat aku dapat, bukan boleh cash out pun, nak bayar duit masuk toilet awam kat pekan rabu pon tak lepas..haha

    Yang dok pikir, entri apa aku nak letak untuk orang baca esok..haha

    Silalah singgah baca blog picisan aku yang hina ni
    The Sharkox: Jejaka Hensem dari Sintok

    • sabree September 22, 2010 at 10:17 pm #

      Kalau nak harap duit dari nuffnang pun tak sebanyak mana pun kan hhe

      Tapi, sekarang ni aku pun dalam dilema yang sama jugak, thesis untuk degree tak siap lagi asyik sebuk dengan blog je haha

      • sharkox September 22, 2010 at 10:40 pm #

        Thesis penting bro…tapi tulah, feel dia tak macam taip entri dalam blog..haha

        • sabree September 22, 2010 at 11:08 pm #

          tak enjoy macam taip dalam blog

  14. Half Naked Latte September 22, 2010 at 8:24 pm #

    What you said is not wrong but not entirely true also.

    “For most of the top bloggers in Malaysia, take out their opportunity to make money and they would still be blogging”
    - Timothy Tiah, Project Alpha Ep. 1 -

    Great Bloggers started out as just having something to say,having fun. ya some people blogging is working, but it ain’t a stable job. Great bloggers BLOG. the cash just comes naturally.

    Food for thought.

    p/s: great post. brave post too, love the way you voice yourself & i respect thatā¤

    • sabree September 22, 2010 at 10:25 pm #

      thanks buddy :p

  15. Half Naked Latte September 22, 2010 at 8:30 pm #

    oh ya, here check this blogger out I love his blog

    http://www.tehtarikmemoirs.com/2010/09/has-blogging-now-only-been-about-money.html#disqus_thread

    even though contra philosophy bit u 2 but in this world nobody is perfect, nobody is completely right. So i support you 2.

    psst if my grammar is not good please don’t get mad. *chu! runs around afraid*

    • sabree September 22, 2010 at 10:25 pm #

      i visit that blog before, and guess what.. I am also post my opinion there hhe

  16. Elvin September 22, 2010 at 10:00 pm #

    hahaha. betul jugak, blog because of money, why not.

    • sabree September 22, 2010 at 11:06 pm #

      hhe right2 elvin

  17. hazwan September 24, 2010 at 6:28 am #

    blogging for fun and $$$$
    sambil menyelam minum air

    • sabree September 24, 2010 at 2:54 pm #

      alright, for fun and for fund

  18. Sir Marcello September 24, 2010 at 9:17 am #

    itu blog lu…up to u nak buat apa ngan blog tue…pedulikan orang lain…kalo lu nak tulis pasal sembang blue pun..tue lu punya blog…kena tangkap tanggung sendiri…

    • sabree September 24, 2010 at 2:55 pm #

      sembang blue? haha hampeh betul. Baik aku buat porn site je ha ha

  19. kelhome September 25, 2010 at 12:31 am #

    mula2 aku blogging, sbb bisnes. masa tu tahun 2006. client pertama datang dari blog :-) dari situ, blogging ni mcm passion. tutup blog/web.. alamat lingkup la bisnes..

    skrg, blog saja la ikut apa yg kita mahu. mahu tulis personal blog..go ahead, mahu buat money making blog..buat aje. barulah dunia blogging malaysia ni makin meriah :-)

    • sabree September 25, 2010 at 3:15 am #

      blogging dekat malaysia memang belum meriah lagi. Blog yang banyak blog peribadi (wajib), blog artis, politik.

      Masih belum jumpa any blog yang specific to certain niche yang menarik

  20. Affan October 5, 2010 at 5:43 am #

    betul jgn 100% sebab duit. nanti tak enjoy.
    ramai yang ada blog mantap (bagi aku) macam kujie2.com, denaihati.com, myjazmanie.com, ariffshah.com tak menekankan duit sebagai prioriti. diorg bg aku lebih suka berkongsi idea atau info, tu yang nampak natural.
    kalau asyik kejar nuffnang je, tu yang tak habis2 kecoh pasal BE, ME etc. hehe

    • sabree October 5, 2010 at 11:21 am #

      Try tengok apa yang blogger ‘kanak-kanak’ selalu kecohkan dekat innit.. pasal check nuffnang la, buffered earning la. Ada tu setakat nak tunjuk earning RM0.01 seb pun ada. Oh my… Apa yang dah jadi ni, kenapa mereka sangat taksub nak tunjuk benda-benda yang tak perlu didedahkan ni

  21. radin fadli October 15, 2010 at 12:10 am #

    Tak salah pun kalau menulis untuk duit, atleast ada sumber pendapatan.Tapi aku memula menulis pasal just nak luahkan pendapat dan benda-benda yang terbuku di hati.AKdang-kala seronok nak bercerita, walaupun kadang-kala cerita tu merepek je…tapi macam nak kongsi pengalaman dan pandangan..=)
    radin fadli baru-baru ni tulis pasal..Apasal kau dengki sangat dengan aku iniMy ComLuv Profile

  22. cyberboy November 22, 2010 at 9:29 pm #

    salah ke??Orang cakap sambil menyelam sambil minum air…
    cyberboy baru-baru ni tulis pasal..Macam Mana Saya Dapat kenal Nuffnang Gara-Gara Myspacetunai mangkokMy ComLuv Profile

    • sabree hussin November 22, 2010 at 10:24 pm #

      Bagi aku okay je, asalkan kena dengan caranya. Ye la, jangan lah menulis something yang palsu, yang memalukan, dan yang menjatuhkan maruah orang lain.. memang la mungkin akan dapat visitor yang ramai dan secara tak langsung dan menaikkan earnings.. tapi wajar ke?

  23. cyberboy November 22, 2010 at 9:43 pm #

    Orang cakap sambil menyelam sambil minum air…(100 plus lagi)
    cyberboy baru-baru ni tulis pasal..Macam Mana Saya Dapat kenal Nuffnang Gara-Gara Myspacetunai mangkokMy ComLuv Profile

    • sabree hussin November 22, 2010 at 10:36 pm #

      100 plus pun sedap jugak :p

Leave a Reply

CommentLuv Enabled