Tahun 2010 memperlihatkan hampir semua orang ada blog sendiri. Namun demikian, walaupun ada blog sendiri, ini masih lagi belum cukup untuk menjadikan seseorang itu layak untuk dinobatkan sebagai seorang blogger.
Klise bukan? Ada blog tapi tak boleh digelar sebagai seorang blogger! Macam mana tu?
Ada beberapa golongan yang boleh dikategorikan sebagai bukan blogger.

(image from Hongkiat.com)
Pertama, daftar blog tapi lepas tu tak buat pape.
Satu apa pun tak pernah tulis dalam blog dia. Macam ni layak ke nak dipanggil sebagai blogger? Blogger yang tak pernah menulis langsung dalam blognya. Cuma bangga ada blog sebab ikut trend dan peredaran zaman.
Kedua, ada blog tapi isi dalam tu cuma copy and paste je dari artikel orang lain.
Senang cerita, beli banyak-banyak artikel yang ada Private Label Rights (PLR) ataupun Master Resell Rights (MRR) kemudian hanya paste kan sahaja dekat blog. Kalau tak guna cara ini, ada jugak yang gunakan artikel dari artikel directoy macam ezine articles dan sebagainya.
Agak-agak sape yang akan guna cara macam ni?
Tentulah orang yang nak income through google adsense dan lain-lain yang berkaitan.
Ketiga, ada blog sendiri, ada content dalam blog dia, tapi kesemua isi dalamnya bukanlah hasil tulisannya.
Sebagai contoh, dia upah khidmat ghost writer untuk menulis entry bagi pihaknya. Ataupun, disebabkan terlalu sibuk dengan tugasan harian, dia mintak assistant dia yang blogging bagi pihaknya. Benda ni biasanya terjadi untuk orang yang kurang ada masa untuk duduk dan hasilkan satu enty yang baik.
Terutama sekali golongan-golongan pemimpin, ahli politik, ahli perniagaan dan sebagainya. Apa yang ditulis dalam sesebuah blog tu mencerminkan keperibadian si blogger itu sendiri. Jadi, kamu pasti boleh bayangkan sendiri, kalau seorang perdana menteri menulis entry yang karut dalam blognya. Jatuh la standardnya kan. Lebih baik outsourcekan je.
Keempat, artikel dalam blog semua tak original.
Kalau tengok sekali imbas pun boleh tau. Langsung tak ada originality dalam entry yang dihasilkan. Baca pun naik meluat. Eheh lebih-lebih pulak aku ni ye.
Apa maksud aku dengan entry yang tak original ni?
Simple je. Itu lah die orang yang tulis balik apa yang dah sedia ada dalam surat khabar. Tak kiralah yang dalam surat khabar online ataupun yang offline. Biasa sangat berlaku kepada blogger dekat Malaysia.
Yang peliknya, dah la artikel tu datang dari surat khabar (sebijik-sebijik), lepas tu dengan bangganya letak pulak dekat Innit bagi orang lain baca. Hasil kerja orang lain tu.
Bukan salah nak buat macam ni, tak ada masalah la cuma bagi aku kurang menarik lah. Lainlah kalau dia tulis balik kemudian dia nak bagi idea ke, nak bagi pendapat ke berkenaan topic tu ke. Tapi, sampai ke saat ni, cuma beberapa orang je yang cedok cerita dari surat khabar dan kemudian dia ulas balik.
Yang lain kebanyakkannya cuma report semula je. Dah la story tu orang lain punya, lepas tu tak bagi kredit pulak tu.
Kelima, entry adalah hasil plagiat entry orang lain.
Satu hari sewaktu sibuk blog walking, tiba-tiba terjumpa dengan satu blog yang menarik perhatian. Copy keseluruhan entry, kemudian part-part tertentu yang ada nama dia ubah jadi nama sendiri.
Bila dah ubah, berani pulak nak claim yang entry tu hasil penat lelah dia memikirkan idea.
Jadi, kesimpulannya…
Untuk menjadi seorang blogger, tidak cukup sekadar ada blog sendiri. Perlu ada usaha untuk menjadikan aktiviti blogging itu bertujuan.
Kalau tak ada idea sekalipun, tak salah untuk blogging berkenaan diri sendiri yang kurang menarik dan banyak syok sendiri. (eheh sape ni)
Makluman
Entry ini adalah pendapat dan pandangan aku semata-mata dan tidak bermaksud untuk menyebelahi atau ingin menjatuhkan mana-mana pihak. Sekiranya terdapat percanggahan pendapat, dialu-alukan untuk meninggalkan komen.
Popularity: 1% [?]


ni lah bila semua nak jadi blogger,
tapi ramai yang berblog hanya kerana nak wang..
lupa yang kemanisan dalam setiap penulisan, rasa seronok bila berkongsi maklumat, ikatan dan jalinan silaturahim tu lebih best daripada duit. Berblog dengan niat yang baik, pasti mendatangkan kebahagiaan yang kekal.
Ada setengah golongan dah pukul canang, jadilah blogger. Boleh tambah pendapatan.
Jana pendapatan melalui blog. dan macam2 lagi.
tapi bagi yang minat menulis, tak timbul isu nak buat duit semata-mata
oh ya, blog kamu dikesan ada Malware ..saya guna Google Chrome.. Malware ni hosted dr Geng Blogger, so buang badge GB tu untuk elakkan Malware ada..info Malware ada di blog saya..entry semalam
malware ea? erm dah buang dah badge tu.. terima kasih eh cikgu dahlia
sangat setuju dgn pandangan kedua sampai lima tu. well, orang nk ada blog, dia pun nak juga.
hehe
Pastu buat banyak-banyak blog pulak tu, sampai tak terurus
Rasanya di atas sume hampir sama maksud nye… Blog adalah tempat meluahkan dan berkongsi pendapat.. Kalu nak copy paste tu boleh tp add the end apa kata buat kesimpulan sendiri.. dan pendapat masing – masing…
Saya baca blog orang sebab nak dengar pendapat blogger tersebut, bukan nak baca apa yang memang saya dah tau
okay, baru tau ciri-ciri seorang blogger sejati. heh. tengah mencuba nie.
Hhe ada banyak lagi boleh tambah, :p
Kalau zirconia boleh tambah
terasa siott..aku pun ade gak copy paste hahhha
Sikit2 je tak pe :p
some bloggers dh hilang fokus, tkde specific vision n strategy dlm blog diorg. kalau fokus on money menggila tp strategic implementation tkde, ssah la.
market ni esp kt mlaysia dh highly saturated. bile ni jd, mmg tk blh elak. untk shrt term mengejar duit ads mcm nuffnang mmg
Mungkin kena ikut pendapat expert blogger, find niche kemudian dominate those niche
Hello friend, I am pleased you wrote that post!!! awesome!
Thanks
betul semua yang tuan katakan betul. walaupun saya masih baru dalam dunia blogging tetapi majoriti blogger di malaysia suka menulis atau copy paste benda yang sudah di tulis. tak ada idea inisiatif sendiri langsung.
bila di tegur kita pula kena marah. dan kebanyakkan apa yang di tulis tidak memberi faedah kepada kita sebagai pembaca.
kemanakah tujuan asal kita?
samposmen baru-baru ni tulis pasal..Siapa Mahu RM 50 Ini Bukan Contest!
Erm ramai yang menulis sebab nak traffic, nak income dari Nuffnang dan macam2 lagi tujuan. Bab kualiti tolak tepi, yang penting dia happy.
Jangan tegur la hhe biar dia sedar sendiri.. cukup masa nanti dia akan terfikir sendiri… “Apa yang aku buat selama Ni??”