Blogging Dalam Bahasa Inggeris @ Melayu? ~Perlu Ke Nak Risau~

readbud - get paid to read and rate articles

Termenung aku sekejap merenung nasib blog ni. Macam-macam persoalan timbul dalam kepala aku. Entah apa akan jadi pada blog ni di masa akan datang. Nak dapat traffik yang baik bukan sesuatu yang mudah. Bukan aku tak cuba untuk usahakan, cuma nampaknya usaha yang aku jalankan masih belum cukup lagi.

Masa mula-mula belajar perkataan blog dulu, aku berkira-kira sama ada nak blogging dalam bahasa inggeris atau bahasa melayu. Cuma ada dua pilihan, BM atau BI. Itu pun bukan senang aku nak buat keputusan. Resah dan gelisah jugak aku memikirkan pada waktu tu. Kalau nak kata dari segi long term investment, nampak lah yang blogging dalam bahasa inggeris itu menjamin pulangan yang lebih baik berbanding berblogging dalam bahasa melayu.

Kalau seseorang cuba untuk dapatkan maklumat dalam internet, pun dia akan lebih cenderung untuk menggunakan kata kunci dalam bahasa inggeris. Bahasa inggeris itu sendiri bukan sahaja dilihat sebagai bahasa dunia, malah bahasa internet. Jauh sekali nak guna bahasa melayu.

Walaubagaimanapun, keputusan dah pun dibuat setahun yang lalu. Aku blog dengan bahasa aku!

Bukan 100% bahasa melayu dan bukan jugak 100% bahasa Inggeris. Kalau korang dipertemukan dengan aku, macam mana aku menulis, macam tu jugak la cara aku bercakap. That’s why I said aku blog dengan bahasa aku.

Macam mana pun masih lagi bahasa melayu mendominasi bahasa yang terdapat dalam blog ni. Dalam hati sebenarnya masih ada lagi walaupun sekelumit rasa kerisauan dalam hati. Andai kata blog dalam bahasa melayu tidak mendapat sambutan.

Apa guna blogging bagai nak rak, kalau orang tak faham apa yang kita tulis. Secara tak langsung jugak, penulisan kita akan jadi tak bermakna. Tak memberi kebaikkan kepada pembaca dan langsung tak ada makna kepada penulis itu sendiri.

Tapi aku sempat senyum bila dapat lihat figure ni. Walaupun ini sebenarnya data pada tahun lepas, tapi aku tau ia amat memberi makna bagi aku. Kalau tahun lepas statistik dia macam ni, tahun ni mesti lagi baik. heh

statistik

Pengguna internet di Malaysia ada sebanyak 16.9 juta orang?!

Jumlah ini termasuk orang-orang yang menggunakan internet untuk bukak email, baca online newspaper, perbankan internet, cari maklumat asas, menipu dalam program-program scam, bisnes internet, facebooking, dan banyak lagi. Bukan ke 16.9 juta itu sebenarnya sangat tinggi?

Tapi aku masih lagi belum merasa puas hati. Aku pun google sedikit lagi.

perangkaan

Penduduk melayu di Malaysia pada tahun 2005 adalah sebanyak 13.19 juta orang. Katalah daripada jumlah tersebut, cuma separuh je yang tahu menggunakan internet. Ini bermakna ada lebih kurang 6 juta penduduk Malaysia yang berbangsa Melayu yang tau menggunakan internet. Itu tahun 2005, tapi sekarang ni dah 2010.

Ok.. aku rasa cukup aku berkias-kias hingga ke saat ini. Data-data yang aku bagi itu pun kebanyakkannya adalah data-data lama. Yang pasti, data terbaru lebih baik daripada data lama yang aku paparkan.

Aku tak perlukan sampai 6 juta traffik untuk sampai ke blog aku, untuk memastikan blog aku boleh tetap ‘hidup’. Sejuta pun bagi aku itu sudah cukup memadai. Andai kata aku boleh dapat sejuta traffik yang mahu singgah dan baca blog aku, itu pun sudah dikira satu pelaburan yang menguntungkan bagi aku.

Jadi, sepatutnya tak perlu lagi timbul kerisauan sama ada mahu blogging dalam bahasa melayu atau bahasa inggeris. Yang penting adalah aku perlu tahu dimana audience aku berada, dan aku menulis mengikut kesesuaian audience aku.

Ya! Sekiranya korang sedang membaca entry aku.. Tak lain dan tak bukan, korang adalah audience aku. Dan aku harap korang berpuas hati dengan gaya penulisan aku.

Popularity: 2% [?]

Share/Save/Bookmark

16 Responses to Blogging Dalam Bahasa Inggeris @ Melayu? ~Perlu Ke Nak Risau~

  1. ken September 12, 2010 at 11:05 pm #

    saya blog dalam bahasa english.. =)

    • sabree September 12, 2010 at 11:18 pm #

      yeah ken, i see. Love your blog and the concept

  2. mohammednajib September 12, 2010 at 11:07 pm #

    puas baca,puas membaca

    • sabree September 12, 2010 at 11:20 pm #

      baca ape tu encik najib? baca newspaper ke

  3. Sir Marcello September 13, 2010 at 12:51 am #

    audience ke reader? hehehe
    aku menulis dalam BM..nak tulis omputih…tak berapa cun sangat…tapi pernah gak lah masa blogspot dulu…

    nama aku omputih coz nak global skit..miyahaha

    • sabree September 13, 2010 at 12:57 am #

      hhah nice tactics tu, nama macam global eh

  4. kelhome September 13, 2010 at 4:01 pm #

    aku bantai je.. kekadang time nak melayu aku tulis melayu..nak tulis english bantai english… tp klu nak hidup dgn adsense kena english

    • sabree September 13, 2010 at 7:37 pm #

      kalau ada akaun adsense lagi save tulis dalam english kan hhe bahase melayu pun ok what

  5. fitri September 20, 2010 at 12:15 am #

    aku takut nak tulis bi..tonggang terbaik kang..huhu

    • sabree September 20, 2010 at 12:17 am #

      tonggang terbaik takpe, jangan tonggang terbalik

  6. tokan corner September 23, 2010 at 12:00 am #

    sabre TC nak mintak tolong ko buat article tuk buat avatar dekat komen macam ko buat bole..siap nampak muka lagi..bole x?

    • sabree September 23, 2010 at 1:12 am #

      nak muka boleh nmpk? err

  7. ckata November 28, 2010 at 9:17 am #

    Tks for all the statistics.

    Memang saya juga teragak2 pada mulanya. And my friends advised to blog in BI.

    Buat masakini, apakan BI satu masaalah kepada ramai dari kalangan kita (age range 5yrs-40yrs)terutama mereka yang berhenti belajar lepas SPM yang tidak berapa kejap/fasih dalam bahasa Inggeris?

    Ramai dari age-group ini sekarang are now parents yang sudah mendapat kesedaran perlunya anak2 mereka menguasai bahasa Antarabangsa ini.

    Blog saya dalam Bahasa Malaysia, tetapi kunjungan ramai juga dari negara lain, …

    HEADER/TAJUK, adakan dwiBahasa, mungkin mereka juga menggunakan slides yang telah disediakan bagi topik yang sama penting bagi mereka?.

    Salam
    http://where2-where2.blogspot.com/
    ckata baru-baru ni tulis pasal..ENDING BLENDS- GABUNGAN – SUKU KATA TERTUTUP nk- ntMy ComLuv Profile

    • sabree hussin November 29, 2010 at 11:15 pm #

      You are welcome ckata,

      Pada pendapat saya, penguasaan bahasa inggeris sememangnya semakin baik dari hari ke hari. Namun demikian, adakalanya kita tak berapa selesa nak menulis dalam bahasa inggeris dan membuatkan karya yang kita hasilkan jadi kurang bermutu. Tetapi kalau mahu jadikan blogging sebagai satu method untuk mengusai bahasa inggeris, maka amat cantik lah kalau menggunakan bahasa inggeris ni.

      Itu la pendapat saya.

  8. crezwan January 30, 2011 at 11:48 am #

    salam.. sukar x nk buat blog dalam dwi bahasa?

    • sabree hussin January 30, 2011 at 8:25 pm #

      wsalam crezwan, buat blog tak lah sukar sangat. Cadangan saya, crezwan mulakan dulu kemudian judge sendiri sama ada blogging sesuai tak dengan jiwa kamu. Berkenaan dwi bahasa, ia simple je. Adakah ia sesuai dengan jiwa kamu, kalau ia sesuai, bermakna tak ada la susah mana

Leave a Reply

CommentLuv Enabled