Satu masa dulu, masa aku mula-mula menulis dalam blog Mohdsabree dot com, satu comment yang sangat pedas telah menerjah masuk dalam ruangan komen yang aku sediakan. Terkejut sejenak aku dibuatnya. Apa tak nya, ni bukannya komen yang berbentuk puji-pujian mahupun ucapan-ucapan berterima kasih.. tapi aku kena MAKI!
Bloody hell.. why diorang maki aku?! Apa salah aku dah buat dekat diorang ni. Merajuk untuk menulis sekejap aku waktu tu.
Bukan susah nak kutuk-mengutuk ni.. taip je! Then tekan comment. Kan tak susah..

Rasanya agak banyak jugak penulisan aku yang mendapat kutukkan dan maki dari orang-orang yang aku tak kenal. Mungkin kah mereka merasa terancam dengan apa yang aku tulis? Tak tau.. dan agak susah aku nak komen. Sebab aku sendiri tak mampu nak baca apa yang ada tersirat dalam hati masing-masing.
Well.. after a few years aku berjinak-jinak menulis dalam blog ni, yang aku persan, boleh dikatakan setidak-tidaknya korang akan dapat pembaca yang jatuh dalam kategori-kategori seperti berikut yang cenderung untuk mengutuk hasil penulisan yang korang hasilkan dengan penat lelah.
Pembaca Yang Marah
Biasanya mereka akan marah sebab apa yang korang tulis ada kena mengena dengan hidup mereka. Mungkin korang telah menulis sesuatu yang ada kaitan dengan bisnes diorang. You know.. macam setengah orang ni taksub dengan MLM, lepas tu korang buat story yang downgrade MLM. Mesti la diorang akan marah. Macam mana depa nak buat bisnes nanti kalau korang dah kacau.
Pembaca Yang Perasan Pandai
Pembaca yang macam ni pun satu hal jugak. Sebenarnya dia tak ada lah pandai sangat, cuma mungkin dia ada sedikit ilmu berkenaan topik yang korang tulis. Biasanya orang macam ni akan tulis satu komen yang sangat-sangat pedas, dan akan berlagak sambil menunjuk-nunjuk yang kononnya dia pun tau apa yang korang tulis.
Apa pun macam yang aku kata, pembaca macam ni cuma perasan pandai je la.. bukan betul-betul pandai. Kalau korang reply balik komen diorang dengan jawapan yang bernas, siap dengan fakta.. lepas tu korang akan lihat diorang ni akan terus senyap hilang. Langsung tak komen balik untuk buktikan yang diorang ni betul-betul bagus.
Pembaca Yang Tak Faham Bahasa
Bagi aku, ini biasa berlaku disebabkan oleh gaya bahasa setiap penulis adalah berbeza-beza. Yang menjadi mangsa adalah pembaca. Diorang akan maki bila diorang tak faham mesej sebenar yang korang cuba sampaikan, ataupun bila daya intelek mereka gagal memahami input-input yang korang cuba salurkan.
Pembaca Yang Salah Faham
Aku pernah buat review pasal beberapa program internet yang dikategorikan sebagai scam. Hasilnya aku dapat beberapa komen yang berbentuk kritikkan. Tapi lepas aku baca betul-betul mesej sebenar disebalik komen-komen tersebut, aku terperasan yang mereka ni fikir aku ni nak promote ataupun salah sangka yang aku ni moderator program-program tu.
Mestilah tak. Aku cuma menulis je.. bukan mempromosi.
Pembaca Yang Lepas Geram
Kadang-kadang ayat-ayat maki yang muncul dalam blog kita ni bukanlah 100% sebab dia bengang dengan kita. Kadang-kadang diorang ni saja je nak lepas geram sebab tak tau nak mengekspresikan diri dengan cara apa. So dekat blog kita la dia luahkan perasaan. Lagi-lagi kalau kebetulan topik yang kita tulis dah lama mengganggu dan menghantui diri pembaca.
Pembaca Yang Sengaja Nak Carik Pasal
Aku tak nafikan, orang macam ni memang betul-betul wujud. Dah la pengecut, lepas tu komen yang langsung tak ada kena mengena dengan artikel yang kita hasilkan.
“Ko kalau tak tau pape lebih baik diam”
“Ko ni apa la bangang sangat tulis benda-benda macam ni, orang @#$& dah kaya-raya, ha ko masih lagi duduk di takuk yang lama”
Bagi aku komen macam tu masih biasa lagi la. Cuma yang aku tak suka, orang macam ni bukan menyuarakan pendapat atas apa yang kita tulis, tapi sengaja nak attack peribadi penulis. Sebagai contoh merendah-rendahkan dan melekeh-lekehkan karekter dan peribadi penulis. Memang kurang ajar la pembaca macam ni.
Jadi, bagi mengakhiri entry ni.. aku cuma nak sampaikan.. andainya korang tak suka komen-komen berbentuk kritikkan muncul dalam blog korang.. korang delete je la siap-siap ye komen tersebut.
Tapi aku sarankan lebih baik jangan buat macam tu, sebab bagi aku kritikkan tu adalah penting untuk kita mengetahui yang sebenarnya kita masih lagi belum cukup bagus dan masih lagi ada kelemahan. Jadi? Perbaiki la diri. Tu je.
********************************************************************
********************************************************************
Popularity: 1% [?]

alhamdulilah buat masa sekarang ni belum ada komen memaki masuk dalam kotak komen aku.. apa pon sabree ko abaikan je komen2 nakal macam tu.. buat keje macam biasa je.. memang ramai yg dengki kalau nampak kita senang sebenarnya
myvitrd baru-baru ni tulis pasal..2 Jam Bersama Big Bos Nuffnang di New Vision Badminton Academy
Thank you.. sekarang ni dah mula lali dengan kritikkan dan masih lagi dalam proses belajar untuk terima bila di kritik dan di maki
Haish… Jai belum pernah kena lagi tapi rasanya suatu hari nanti klu nasib x baik, mungkin akankena..
deCrewz baru-baru ni tulis pasal..Hati-Hati – JPJ Dimana-Mana Ceruk Jalan
Try la tulis benda-benda yang sensitif, ada rezeki dapat la satu maki hhi
Nnt Jai try cari nahas sikit yer..he3
deCrewz baru-baru ni tulis pasal..Hati-Hati – JPJ Dimana-Mana Ceruk Jalan
setakat ni belum ada terima lagi komen macam itu, harap-harap tidaklah…


mamajnj baru-baru ni tulis pasal..Hanya Kamu Penglipur Laraku
Bergantung pada content blog majnj jugak.. kalau tak ada content yang bersifat panas.. insya allah tak ada la dapat kutukkan