Blogwalking Dengan Kaedah Smart Blogwalking


Salam sejahtera buat pengunjung sekalian. Hari ni entah sebab apa, aku berada dalam mood yang betul-betul buat aku bersemangat untuk menulis sebanyak yang mungkin entry dalam blog ni. Satu yang aku belajar, kalau bukan kita yang nak bangunkan blog kita sendiri, then, sape lagi?

Orang dekat sekeliling hanya mampu untuk beri galakkan, beri nasihat, beri komen, and kondem kadang-kadang tapi hakikatnya kita sendiri jugak yang akan tentukan apa keputusan yang kita nak tunjukkan dan nak hasilkan.

Aku tak nafikan, terdapat beberapa entry yang aku tulis dalam blog ni yang sebenarnya hanya menyakitkan mata orang yang membaca dan meletihkan minda orang yang singgah. Cuma kemaafan yang boleh aku minta, sebab ini semua berlaku dek kerana kelemahan aku sendiri dalam menyusun bait-bait perkataan.

Entry kali ni sebenarnya aku berminat nak mengulas berkenaan aktiviti blogwalking yang menjadi salah satu perkaran yang wajib dibuat oleh setiap blogger. Dengan berblogwalking inilah kita dapat kenal lebih ramai blogger, dan pada masa yang sama dapat la jugak kita nak promote blog kita sendiri.


Jangan harap orang nak datang ke blog kita kalau kita sendiri tak pernah nye nak datang dalam blog orang lain. It is a process of give and takes ye.

Persoalan yang selalu bermain dalam benak aku ialah bagaimana nak memaksimumkan fungsi blogwalking itu sendiri?

Pernah tak korang rasa yang aktiviti blogwalking korang tu seolah-olah macam tak memberi hasil langsung. Penat-penat korang ke hulu ke hilir melayari lautan internet yang maha luas ni, tiba-tiba satu hasil pun tak nampak. Bilangan traffik yang datang ke blog korang tetap dekat takat yang sama jugak.

Selain korang nak kan traffik hasil daripada blogwalking, apa lagi yang korang nak kan? Kalau aku la kan, ada dua benda je. Pertama, aku nak diorang klik dekat iklan-iklan yang ada dalam blog aku ni, dan kedua aku nak diorang yang datang ni tinggalkan komen dalam blog aku.

Kalau cuma satu je dari dua benda yang aku nak ni tak tercapai, bermakna aku masih lagi belum betul-betul berjaya dalam berblogging, dan mungkin masih belum layak menyandang title blogger sekalipun. Jadi, bagaimana nak memastikan yang aktiviti blogwalking itu tadi tak sia-sia dan berhasil?

Aku ada beberapa pandangan yang mungkin nampak logik, dan mungkin jugak korang semua boleh ambik mana-mana yang baik.

Pertama sekali, bila korang jumpa satu blog dan korang rasa macam nak tinggalkan komen je dalam blog blogger tu tadi, korang kena check dulu kekerapan dia menulis dalam blognya sendiri. Orang yang jarang menulis dalam blog kemungkinan dia tak bukak blognya sendiri setiap hari. Ada masa langsung tak bukak blog.

Kelebihan orang yang bukak blog selalu ni ialah dia akan tengok sama ada pada hari tersebut ada komen baru atau tak, kemudian dia akan balas komen-komen tersebut dan peluang untuk dia singgah ke blog korang pulak tinggi. Macam blog aku ni, insya allah aku akan update setiap hari. So, come leave your comment here :-)

Seterusnya, mana-mana blog yang aku rasakan popular, aku akan copy url blog tersebut then aku akan check dengan alexa untuk tau kedudukan alexa dia dan aku jugak akan check page rank blog tersebut. Tips dari aku, nak jumpa blog dari Malaysia yang alexa rank bawah 100 dan page rank atas 3 agak susah. Jadi, kalau kebetulan korang terjumpa, patut jaga baik-baik link blog tersebut. Kemudian, jadikan lah blog tersebut mangsa blogwalking korang. Rajin-rajinlah lepak dalam blog tu.

Google bots akan lebih kerap index blog yang memiliki page rank yang tinggi, berbanding page rank yang rendah. Jadi, bila google bot index blog yang ada page rank yang tinggi tu, dan tengok-tengok link korang pun ada dalam tu, insya allah korang pun akan kena tempias-tempias yang baik sekali.

Jadi, sebagai menyudahkan entry kali ni, biar aku simpulkan apa yang aku cuba sampaikan ye.

Antara faktor untuk aku blogwalking dan tinggalkan komen dalam sesuatu blog ada 3

1. Kekerapan blogger tersebut update entry dalam blog dia

2. Alexa rank dan page rank blog tersebut

3. Kalau aku kenal secara personally, for sure aku akan selalu singgah dalam blog korang.

Oh, perkara ketiga itu extra.

Dalam blogwalking ni, sebenarnya lagi baik kalau kita dapat berkenalan secara personally dengan penulis blog itu tadi. Joint venture! Kemungkinan satu masa nanti boleh saling bantu membantu untuk promote blog kawan-kawan.

Satu perkara, kalau buat beramai-ramai kan hasilnya lebih cepat nampak daripada buat sorang-sorang.


Popularity: 1% [?]

Share/Save/Bookmark

, , ,

16 Responses to Blogwalking Dengan Kaedah Smart Blogwalking

  1. Cik Su September 20, 2010 at 5:40 pm #

    nti saya cuba…

    • sabree September 20, 2010 at 6:04 pm #

      cube la hhe

  2. zik September 21, 2010 at 2:44 am #

    kadang2 rajin..kadang2 tak..heh.. insyallah datang ke blog nie… baca tips2 yang mantap… :-)

    • sabree September 21, 2010 at 3:18 am #

      eceh mana ada mantap encik zik :p

  3. ShahrinOppa September 21, 2010 at 4:27 am #

    Entry yang baik!!
    so kepada sesiapa yang nak link beliau diletakkan di blog Oppa bleh bgtau Oppa..

    Oppa tolong korang!!
    Selamat berkarya!! :)

    • sabree September 21, 2010 at 12:00 pm #

      oh macam ni kena spread the words ni, sebab oppa nak tolong letak kan link dalam blog oppa. Hopefully ramai orang macam oppa ye, yang nak bantu blogger baru especially macam saya ni

  4. botak September 21, 2010 at 7:20 am #

    saya baru kenal blog ni..
    dulu2 xpernah pun nampak..
    saya baru lagi dalam duniablogging ni..
    tp cita2 untuk berjaya memang tinggi lah..
    hehe selamat berkenalan bro!

    • sabree September 21, 2010 at 12:21 pm #

      Usia blog ni pun masih sangat muda encik botak :p
      sama-sama kita usaha untuk naikkan blog kita ye

  5. radin fadli October 15, 2010 at 12:02 am #

    sila beri tunjuk ajar yerp..eceh~ =)
    tp betul buat ramai2 lg cepat…
    radin fadli baru-baru ni tulis pasal..Apasal kau dengki sangat dengan aku iniMy ComLuv Profile

  6. Humanity Life October 15, 2010 at 4:08 am #

    entri yang cukup menarik, terima kasih ye bro… berkongsi ilmu kekekeke…. saya suka
    Humanity Life baru-baru ni tulis pasal..Mesothelioma Law FirmMy ComLuv Profile

  7. Oh! blogwalking October 15, 2010 at 4:10 am #

    buat pertama kali saya menjejaki diblog ini, sangat mantap skali penyampaian entri ini… (Oh! blogwalking)

  8. nundink February 5, 2011 at 11:44 pm #

    Great Your Info, Thanks Your Post

    • sabree hussin February 6, 2011 at 9:01 pm #

      thank you

  9. d. angel June 24, 2011 at 3:39 pm #

    good info…thanks.

  10. Fahmi Raazali July 4, 2011 at 1:54 pm #

    biasanya pakai komen je kat mana2 blog… sbb kadang2 komen kat blog yg first time visit… :-)

    biasanya aku visit blog yg dlm bloglist aku jek.. bila ada masa aku blogwalking ke blog baru dari komen yg ada dlm bloglist aku tu :-D
    Fahmi Raazali baru-baru ni tulis pasal..Perlukah Begitu…My ComLuv Profile

    • sabree hussin July 6, 2011 at 10:19 pm #

      Boleh jugak buat macam tu.. actually komen je guna cara yang paling kita selesa..

Leave a Reply

CommentLuv Enabled