Blogwalking Yang Mengundang Kemarahan

Hujung minggu.. mood untuk update blog memang agak berkurangan. Minda berada dalam keadaan relaks, sampai memberikan effect kemalasan kepada jari jemari untuk menekan-nekan keyboard bagi menghasilkan satu entry.

Saat-saat macam ni, biasanya aku akan buat dua perkara.. sama ada aku akan teruskan aktiviti blogwalking atau berhenti terus dari menghadap komputer. Senang cerita.. kasi tutup terus laptop. Mengadap laptop tanpa ada arah tujuan, tak produktif. Buat penat mata je.

Dalam kunjung-mengunjung ke blog orang lain, terjumpa lebih dari satu artikel berkaitan dengan software blogwalking yang memudahkan aktiviti blogwalking. Lebih banyak yang rasa tak puas hati dengan kewujudan software ni, especially for those yang tak tau nak guna software ni. (hak2)

Secara kasarnya, aku lihat penggunaan software tersebut untuk tujuan blogwalking hanya mengundang rasa kurang senang ramai blogger. Jadi, why not kita protect diri kita daripada menjadi mangsa software tersebut.

Software blogwalking tersebut kebiasaannya menjadikan blog yang ada chat box atau shout box sebagai target.

source:juniorrising.wordpress.com

Remove Chat Box @ shout box

Senang kan? Tak payah la nak gaduh-gaduh pasal asyik dapat mesej yang tak genuine, ataupun mesej yang sama je yang keluar dari shoutbox tu. Ada jugak yang persoalkan sama ada orang yang bagi jejak tu ada datang ke blog kita atau tak.

Sebenarnya aku ni pun blogger baru, masih lagi tak jelas apa pentingnya ada shoutbox macam tu, sebab aku rasa benda tu macam buat semak, tak cantik, dan aku lebih suka kalau orang yang datang singgah ke blog aku ni tinggalkan jejak dengan beri komen. Macam tu aku rasa lebih dihargai. (wakaka)

Kalau dalam blog kita dah tak ada shout box tu, mesti blog kita dah tak jadi target software macam ni.

Ikut eksperimen aku yang lepas, shout box sangat mudah untuk dijadikan target spammer. Promote link affiliate la, promote porn site pun ada jugak. Enough is enough la. Aku tak mau nak jadikan blog ni sebagai mangsa promosi tak beradab tu semua.

Salah ke Nak Guna Software?

In my honest opinion, bagi aku tak salah rasanya nak guna software-software apa bagai ni semua. Walhal ia boleh memudahkan kerja kita untuk buat blogwalking. So why not guna. Yang penting jangan lah guna sampai berlebih-lebihan. Sampai ada yang tak seronok, tak puas hati.. kalau dah sampai tahap macam tu tak salah kita hindari kan.

Recommended Software

Bagi aku, ada beberapa software yang tak salah kita guna, sebab fungsi software ni pun untuk bantu kita buat kerja-kerja blogwalking. Aku pernah guna 2 software je, iaitu

Comment Kahuna

Blog Warrior

Fungsi 2 software ni tak lebih daripada bertujuan untuk mencarik blog yang ada kena mengena dengan keyword yang kita nak. Itu sahaja. Kalau nak tinggalkan jejak, still kena buat macam prosedur biasa. Masuk nama, alamat email, dan link blog kita.

Rasanya tak perlulah buat blogwalking guna software, yang sudahnya orang rasa geram je dengan kita. (Tak baik punye…)

********************************************************************

********************************************************************

Popularity: 1% [?]

Share/Save/Bookmark

27 Responses to Blogwalking Yang Mengundang Kemarahan

  1. ardzham November 15, 2010 at 4:14 am #

    blogwalking adalah aktiviti sihat para blogger yang tak sepetutnya diserahkan kepada robot/software untuk melakukannya.

    lakukanlah dengan cara manual dak tidak menyakiti mana-mana pihak agar dapat lebih menjalin persaudaraan sesama blogger.
    siapa pun tak suka spam kan….
    ardzham baru-baru ni tulis pasal..Pendidikan Muzik Dan PERKESOMy ComLuv Profile

    • sabree November 16, 2010 at 3:01 am #

      Betul tu, saya setuju. saya pun lebih suka cara yang manual. paling best, setiap hari saya boleh kenal kawan baru.

      • nash November 16, 2010 at 11:39 am #

        test2 jap..td asyik2 kuar wp error bile nk komen~
        nash baru-baru ni tulis pasal..Makin Ramai Artis Sudah Memakai Tudung-AlhamdulillahMy ComLuv Profile

        • nash November 16, 2010 at 11:40 am #

          ok2..da ok balik..hehehhe..aku better gne manual..iaitu bw je
          xyah la gne software nie…
          puas dpt tengok blog2 orang yg bermacam ragam
          nash baru-baru ni tulis pasal..Lelaki Hensem vs Lelaki Tak Hensem vs Lelaki Skema vs Lelaki AwwMy ComLuv Profile

          • sabree November 16, 2010 at 1:10 pm #

            dengan adanye macam-macam ragam ni la buat aku ada idea nak tulis apa hhe

          • sabree November 16, 2010 at 1:28 pm #

            dapat baca jugak macam-macam story

        • sabree November 16, 2010 at 1:02 pm #

          keluar error, alamak tak best r macam ni

    • akubiomed November 16, 2010 at 11:41 pm #

      Sepatutnya blog walking mengikat silaturahim bukannya tempat melepaskan perkara tak elok
      akubiomed baru-baru ni tulis pasal..Abang Ngah bakal duduki ujian saringan tahun 1My ComLuv Profile

      • sabree November 17, 2010 at 5:00 pm #

        Mengikat silaturrahim. yeah way to go

  2. suri November 15, 2010 at 12:27 pm #

    salam kawan..
    manual jua baru menjadi hee…kepuasan itu tak sama degn bila kita pakai software punya kan heee..

    • sabree November 16, 2010 at 3:48 am #

      betul-betul, satisfaction dan feeling… semua lain

  3. zik November 16, 2010 at 12:10 am #

    aku malas nak layan sangat dekat chatbox tuh.. biarkan deme spam.. tapi kadang2 kena jugakla respon… kalau2 ada yang betul2 penting dan urgent…

    kadang2..kalau ada benda penting nak bagitahu.. sebab susah nak login blog ker… so boleh bagitahu kat chatbox..
    zik baru-baru ni tulis pasal..Sukan Guanzhao bola sepak Malaysia hadapi laluan sukar menentang Iran!!My ComLuv Profile

    • sabree November 16, 2010 at 3:18 am #

      Betul jugak tu, kadang-kadang orang lebih selesa nak tinggalkan jejak melalui chatbox. Jadi ada jugak kebaikkan ada chatbox ni ya. For those yang mungkin tak banyak masa nak baca semua entry yang kita tulis, maybe dia boleh just say hi dekat chat box

    • dnoBiz November 18, 2010 at 12:11 am #

      aku pun tak buang gak, sebab kekadang ada mesej yang berguna ditingallkan kat situ
      dnoBiz baru-baru ni tulis pasal..Noh Hujan Bertunang – Mizz Nina- Noh Hujan umum sudah tunang gambarMy ComLuv Profile

      • sabree November 18, 2010 at 12:58 am #

        ‘kadang-kadang’… tu yang letih tu nak tunggu kadang-kadang tu

  4. izee November 16, 2010 at 9:44 am #

    salam…aii..thanks visit me..slam kenal dri ku untk mu..foollwed u..ahaakszzberbunga lak ayt aku ni..hehee
    Blogwlking..slh 1 cr utk mengenali sesm sendri jga tp bg ak lakukan laa dgn ikhlas rela hti bkn dpaksa @ terpaksa.2 jerr..wah2 bkn men lg .hahaa adios =)
    izee baru-baru ni tulis pasal..Godaan Bibir Untuk Si Dia Rahsia BibirMy ComLuv Profile

    • sabree November 16, 2010 at 12:55 pm #

      yeah sure, thanks you. Nice to know izee jugak :p

  5. Sir Marcello November 17, 2010 at 12:27 pm #

    aku letak jer chatbox tue…tapi kat bawah2…selalunya geng pulun blogwalking tuk ‘klik-klik’ or ‘I follow u follow” akan copy paste jer bila masuk blog org..then blah..

    bila dia masuk blog aku…tgk chatbox takda kat tempat yang lazimnya (sebelah kanan atas)…diorang terus blah…so kurang menyemak lah chat box aku…

    tapi biasalah…terlepas satu dua tue…xdapat dielakkan pun…
    Sir Marcello baru-baru ni tulis pasal..Salam AidiladhaMy ComLuv Profile

    • sabree November 17, 2010 at 5:09 pm #

      mana yang terlepas tu, ilmu dia mesti tinggi tu hhu

  6. ery farieha November 17, 2010 at 7:31 pm #

    aku xtau la kenapa aku kurang gemar style BW skrg.
    gune urlpass tu.
    sah2 aku tak klik balek link diorang.
    hahaha sorry lah.

    • sabree November 17, 2010 at 10:06 pm #

      Aku pun tak klik jugak, kalau ada pun mungkin sebab tak sengaja je la. oh satu benda yang jarang berlaku lah tapi

  7. cascd November 17, 2010 at 8:04 pm #

    sangat2 setuju. ada yang datang jalan2 blog hnya untuk cari chatbox then tnggalkan 1 2 prtkataan saja yang tidak relevan dan berbentuk spam.at least, bca satu post then bru tnggalkan komen.makaseh untuk artikel ni. :-)
    cascd baru-baru ni tulis pasal..Salam Aidiladha 2010 Dari lapadeh SekeluargaMy ComLuv Profile

    • sabree November 17, 2010 at 10:17 pm #

      chatbox jadi wanted pulak dalam satu2 blog ni ye, sebab tu jugak la aku tak nak letak. lagipun aku tak tau macam mana nak reply dekat orang yang menjerit dekat shoutbox ni

  8. dnoBiz November 18, 2010 at 12:07 am #

    betul tu Bro,
    walaupun buka robot,tetapi ada sesetengahnya datang semta mata tinggalkan jejak di chat box, pastu belah gitu je tampa bca apa apa, itu hanya benyebabkan bouncerate blog menjadi tinggi
    dnoBiz baru-baru ni tulis pasal..Noh Hujan Bertunang – Mizz Nina- Noh Hujan umum sudah tunang gambarMy ComLuv Profile

    • sabree November 18, 2010 at 12:58 am #

      macam tu kurang bagus kan.. saya lebih suka pengunjung yang singgah baca, dan komen sedikit sebanyak. Supaya at least boleh tau kalau ada mana-mana area yang boleh diperbaiki

  9. Razif November 18, 2010 at 4:02 pm #

    Macam bro gak,confius betul la diorang ne nak dapatkan backlink tanpa memanfaatkan pengguna lain,selfish gak depa ne
    Razif baru-baru ni tulis pasal..Personal Loan From EON Bank MalaysiaMy ComLuv Profile

    • sabree November 18, 2010 at 7:45 pm #

      tu la.. patutnya janganlah selfish sangat, ye dak? Nak dapatkan backlink pun biarlah kenal-kenal jugak dengan tuan rumah

Leave a Reply

CommentLuv Enabled