Content Blog 2011

Bermula tahun 2011 dan seterusnya, penulis blog Mohdsabree dot com, berazam untuk meningkatkan kualiti penulisan dalam blog ni. Frekuensi penulisan juga bakal dipertingkatkan, walaupun adakalanya masa tak membenarkan untuk selalu mengemaskini blog. Maknanya, satu pengorbanan yang agak besar bakal dilihat dan dilalui sendiri oleh penulis blog ni.

Pengorbanan yang aku maksudkan bukanlah dari segi wang tunai semata-mata, malah termasuk pengorbanan masa. Seharusnya masa yang digunakan untuk berseronok dan ber’hu ha hu ha’ bersama kenalan terpaksa dipendekkan bagi memastikan masa yang tinggal sedikit tu di dedikasikan sebaiknya untuk perkembangan blog ini.

Mungkinkah? Mustahil kah? Tunggu dan perhatikan..

Dikesempatan ni jugak, suka aku nak ajak rakan-rakan penulis sekalian untuk mengadakan check and balance pada blog masing-masing. Soalan pertama yang mungkin kalian berminat untuk pertimbangkan..

“Adakah blog kalian sesuai dibaca oleh semua peringkat umur, profession, kelas, jantina, bangsa, agama, atau hanya sesuai dibaca oleh kanak-kanak yang baru mengenali dan baru mempelajari cara-cara menulis karangan”

Sememangnya tak dinafikan, lain orang lain tujuan dalam penulisan.. jadi rasanya biarlah aku jelaskan terlebih dahulu. sekiranya kamu berminat untuk pastikan content yang cuba kamu sampaikan dalam blog kamu sentiasa relevan sepanjang zaman.. ada baiknya untuk kamu pastikan setiap content yang dihasilkan bersesuaian untuk kesemua peringkat usia dan kelas pembaca. Pastilah untuk melakukan ini bukan satu perkara yang mudah.

Namun demikian, diakhirnya pasti akan memberikan satu keputusan yang membanggakan dikemudian hari.

Aktiviti blogwalking sudah agak lama aku tinggalkan.. mungkin disebabkan jauh disudut hati.. penulis berasa kecewa dengan apa yang terpaksa dibaca dalam blog rakan-rakan penulis yang lain. Blogwalking seolah-olah sudah menjadi satu aktiviti yang agak membosankan. Kalau buat pun hanya terhad kepada blog-blog tertentu sahaja.

Nampaknya, aktiviti blogging di Malaysia masih lagi berlegar-legar di sekitar isu-isu artis, gosip-gosip dan update berkenaan diri sendiri sahaja kebanyakkannya. Apa pun, tahniah diucapkan bagi penulis blog yang menjadikan blog sendiri sebagai medium penyampaian maklumat dan perkongsian informasi.

Ini juga antara salah satu target yang ingin dicapai oleh penulis blog ini sendiri.. Mohdsabree dot com sebagai salah satu medium rujukan sekiranya terdapat sebarang isu yang boleh dan mampu dibincangkan oleh pemilik blog ini.

Akhir kata, semoga aktiviti blogging di Malaysia bakal mencorakkan pertumbuhan yang positif dan blogger sama-sama melibatkan diri kearah pembangunan ekonomi negara. Macam mana tu? Ha.. inilah masanya untuk kita semua menggunakan kreativiti masing-masing.

********************************************************************

********************************************************************

Popularity: 1% [?]

Share/Save/Bookmark

11 Responses to Content Blog 2011

  1. Cik Su January 5, 2011 at 10:10 pm #

    cik su pun dah malas ber blog walking.. tak tau kenapa.. dulu bukan men rajin lagi.. tapi betul gak ape yang dikatakan tuan blog nie
    Cik Su baru-baru ni tulis pasal..Bagaimana Nak Tackle AwekMy ComLuv Profile

    • sabree hussin January 6, 2011 at 12:08 am #

      Sama la dengan saya cik su.. saya suka komen dekat blog yang saya singgah time buat blogwalking, tapi kadang-kadang saya frust bila tatau nak komen apa dalam blog yang saya singgah

  2. RozaniGhani January 5, 2011 at 10:32 pm #

    RG pun jarang blogwalking dan kadang-kadang blogwalking. Kalau RG blogwalking pun, gi kat blog yang sama je
    RozaniGhani baru-baru ni tulis pasal..Review Penggunaan Plugin RG 2010My ComLuv Profile

    • sabree hussin January 6, 2011 at 12:09 am #

      Alright, kalau macam tu next time saya singgah dekat blog RG je la.. tadi datang singgah blog RG.. informatif! I like

  3. Ali ridha January 6, 2011 at 10:26 am #

    kualiti penulisan tu penting.
    Ali ridha baru-baru ni tulis pasal..Malaysia Juara Piala AFF Suzuki 2010My ComLuv Profile

    • sabree hussin January 6, 2011 at 12:31 pm #

      penting2

  4. Ali ridha January 6, 2011 at 10:28 am #

    kanak-kanak minat apa
    baca blog ni.hihi…

    • sabree hussin January 6, 2011 at 12:31 pm #

      minat jugak eh hhe kanak-kanak yang macam mana la ye.. ingatkan depa duk syok tibai facebook ja

  5. zik January 6, 2011 at 2:11 pm #

    aku pun dah jarang2 BW.. kadang2 mood tuh hilang kemana ntah.. kena amik angin sikit kott….
    zik baru-baru ni tulis pasal..Pencipta tulisan braille- dan asal-usulnyaMy ComLuv Profile

    • sabree hussin January 6, 2011 at 4:24 pm #

      Zik dah mula bekerjaya sekarang ni ke?

  6. deCrewz January 14, 2011 at 3:24 am #

    Bagus2… Jai baru nak aktif blog tahun 2011 ni.. Betul kata bro, BW kadang2 limit pada sesetengah blog je kan, nak harapkan visitor luar, blog xdelah sefemes ben shaari, justkhai… Hanya org2 tertentu yang kita tinggalkan link je yang datang kan..
    deCrewz baru-baru ni tulis pasal..Hati-Hati – JPJ Dimana-Mana Ceruk JalanMy ComLuv Profile

Leave a Reply

CommentLuv Enabled