Salam sejahtera buat pembaca sekalian. Hari ni aku sibuk penuhkan blog aku dengan lagu-lagu nasyid, sampai lupa pulak nak isikan blog aku dengan satu atau dua entry yang boleh dikira sebagai memberi value added buat yang datang membaca.
Sejak dua menjak ni, memang kecoh dekat blog dan innit berikutan perihal fraud click pada iklan Nuffnang. Apa la.. benda macam ni pun boleh nak kecoh. Apa sebelum nak join Nuffnang dulu, tak pernah nak ambik masa baca part term and condition dulu ke?
Macam ni la, tak kisah la mana-mana program pengiklanan yang ada, pasti tak akan membenarkan ahlinya untuk klik iklan sesama ahli sesuka hati. Ai… Apa punya manusia ni, I click your ads, you click mine. Usaha click sama-sama, sama-sama jadik kaya.
Kalau Google Adsense ni, dah awal-awal lagi dah kena banned. Tak ada nak bagi warning-warning dah. Tau-tau iklan dalam blog dah tak mau nak keluar.

What the? Apa punya attitude ni? Syarikat pengiklanan tu dah bagi kita peluang to be one of the publisher itu pun dah jadi cukup baik. Nak ke satu masa nanti Nuffnang ketatkan syarat macam innity? Nak kena ada beribu-ribu unik visitor sebulan baru boleh join the team?
Kalau itu jadi satu masa nanti, ha mula la gigit jari. Mula nak mengeluh. Macam mana la blogger-blogger baru nak carik rezeki dengan Nuffnang. Blog-blog yang traffik baru-baru nak up, yang masih belum lagi nak popular, gerenti akan susah nak carik makan.
It would be no more fun to blog anymore.
Sesekali aku check aku punya shoutbox.. eh ada orang tinggalkan jejak. Dia bagitau yang dah klik dekat iklan aku. Wah baiknya, nak klik.. klik je la. Kenapa nak suh aku klik dia punya balik. Aku tak pernah pun nak mintak orang klik dekat mana-mana iklan aku. Korang tak nak klik pun tak pe la, aku redha je.
Biarla income dari Nuffnang tu ciput je. So, bila Nuffnang dah mula bersuara, aku mula start bayangkan… Mungkin ke orang-orang yang selalu show off diorang punya income dekat innit tu sebenarnya klik iklan sesama sendiri je sebenarnya. Persoalan yang aku sendiri tak ada jawapannya.
Now bloggers sekalian, jom sama-sama jangan support kegiatan klik iklan sesama sendiri. Pesanan khidmat blogger dari mohdsabree dot com.
********************************************************************
********************************************************************
Popularity: 2% [?]

Artikelnya sangat bagus.
aku igat baru nak kuarkn article pasal nie gk..memg skunk tgh kecoh pasal klik fraud nie..Diorang mmg x ptut buat macam tu,yela kita sepatutnya support syrikat Malaysia dan bukannya membankrupkan diorang..Hope kaki2 klik nie sedar la yer..
ceritabest baru-baru ni tulis pasal..BACKGROUND PADA KOTAK COMMENT
tak pe, jom ramai-ramai tulis pasal ni. So that orang yang buat macam ni sedar diri sikit yang orang tak suke dengan aktiviti kurang bermoral diorang ni
thanks for your information. I ni baru nk berjinak2 dgn blog ni….sebenarnya sesuatu perkara semestinya ada keikhlasan dan kejujuran dalam diri masing2. Rezeki tu tak pun ke mana-mana…cuma antara lambat dan cepat je…kena sabor2lah sikit…kan?
betul ser wangi.. ser ke seri nih?
ramai yang kurang jujur, main klik-klik sendiri, lepas tu show off check dalam blog.. blah r..
saya pernah ada pengalaman kena banned dengan google sebab tu saya sayangkan akaun nuffnang saya
aku dah blogging 2 tahun lebih…xpernah cash out pun..rilek jer…xda hingin nak men klik2 nie…rilek-rilek sudey~
Sir Marcello baru-baru ni tulis pasal..Fenomena iPhone 4 Vs Ubuntu 1010
tu r, rileks je sudeh. aku tengok ko punya traffik pun best tu, hhe
diaorang nie tak tahu nak berbelog… just nak income jer.. blog cetusan idea… berfikir, mencurah idea, berbalas pendapat (balas pantun ,hehe)… dan juga sharing anything untuk bersama… hai… kena buat jugak nie… tak pasal2 bankrup nuffnang nie..
zik baru-baru ni tulis pasal..Zikir Ya Allah
Nuffnang bankrupt susah sikit la, servis dia unik. Dia bukan je bagi servis pamerkan iklan untuk advertiser, malah dia buat publisher macam kita pun menulis pasal product advertiser. 2 in 1. Paling teruk pun, akan jadi macam adsense je, ramai-ramai hilang akses ke akaun
Salam bro,kalau program pengiklanan kat luar sana,memang tak dpat la nak tipu2 klik ni,kejap je kena banned..hehe
Wsalam.. technology diorang maybe advance sikit, takpun dekat Malaysia ni masih lagi bagi peluang untuk pesalah tu insaf kot ha ha (boleh pulak macam ni eh)
Nasib baiklah Nuffnang bukan macam google adsense kan? kalau tak dah berkubur dunia blog kita nie. Sebenarnya bagus jugak ada ads yang sudi bagi duit kat kita, sekurang-kurangnya ramailah jugak bangsa kita yang rajin membaca dan menulis selepas ini. Orang kata sambil menyelam minum air.
Mama Murai baru-baru ni tulis pasal..Bulan-bulan mulia akan meninggalkan kita- yeah! kita dah boleh buat jahat kembali…… Ke
Kalau Nuffnang kejam macam adsense, tak dapat la blogger-blogger baru macam saya ni nak merasa sikit imbuhan hasil dari penulisan dalam blog. Tu la, lepas orang dah sedar boleh buat sikit duit kocek, makin ramai blog timbul dan insya allah golongan yang peka dengan isu semasa dan berpengetahuan pun akan jadi bertambah ramai.
Orang ramai nak duit cepat dan senang je, sampai nak buat penipuan klik2 sendiri. Dah abaikan tujuan asal blog untuk menyampaikan maklumat.
Shahrul baru-baru ni tulis pasal..Percuma- Ebook Pakar Presentation
Biar lambat asal selamat akaun tu hhe
Ni masalah blogger yang kurang berhemah. tp xpala..mereka tu newbie agaknya..dorang akan blajar jugak tu nnt..

cascd baru-baru ni tulis pasal..Salam Aidiladha 2010 Dari lapadeh Sekeluarga
harap-harap macam ni la.. sebab takut kesan dia nanti sama macam google adsense pulak tak pasal-pasal. susah nak join, dan senang kena banned
saya blogger baru… tak sangka pulak ada speseis buat kerje macam tu…nampak sangat tamak diorang…
Iqbal baru-baru ni tulis pasal..I love my mom
ada je.. Nuffnang tak kisah la kalau nak klik sendiri .. tapi jangan buat fraud click tu je.