Jangan Harap Orang Nak Baca

Bukan mudah menghasilkan satu hasil penulisan yang baik. Maksud aku, satu penulisan yang boleh memikat dan menarik perhatian orang lain untuk baca, selain daripada diri sendiri yang menulis. Kita yang tulis ni, for sure la akan tertarik untuk baca entry sendiri.

Kalau tak nanti macam mana la agaknya kita nak pastikan apa yang kita tulis ni ada kesalahan atau tak. Kalau tak baca balik mesti akan ada salah punya la. Confirm. Kalau tak salah tatabahasa, mesti ada salah dalam pemilihan kosa kata mahupun mengeja. Eja pun boleh salah.. tak faham betul aku.. Kalau dah memang style tu lain cerita la. Oh! Kalau dah memang betul-betul tak sengaja pun boleh lah kita maafkan ye.

Bukan payah nak tahu sama ada penulis ni memang style dia eja tonggang terbalik, atau memang dia ni jenis yang gopoh tak mau nak cek balik benda yang dia tulis. Kalau dalam satu entry satu perkataan eja tak betul, okay la tu.. betul la tu dia tak sengaja. Tapi kalau hampir semua entry mesti ada typo error.. ah sudahlah.. memang dia tak berniat nak eja dengan betul kot.

Ada apa dengan ejaan ni? Kenapa aku duk membebel sampai berbelit-belit pasal ejaan. Ye la.. pada hemat aku, ejaan tu sangat-sangat memainkan peranan yang penting untuk memastikan orang sentiasa ada mood nak baca apa yang kita tulis. Setidak-tidaknya aku tergolong dalam orang yang macam ni. Korang eja tunggang langgang, aku baca pun tunggang terbalik. Dah blah, tak datang balik. Faham ke?

Maksudnya, untuk dapatkan pembaca yang berulang kembali singgah dalam blog kita amat payah la.

Sayang betul, rupanya sebab sebenar kenapa tak ada orang nak baca apa yang kita tulis rupanya disebabkan oleh kesilapan kita sendiri. Kita syok sendiri rupanya. Tulis bagai nak rak, kreativiti mengatasi kehendak majoriti.

Manusia ni bukan semua suka diarah-arahkan. Banyak entry yang suka guna tanda seru (!). Tanda seru macam ni sinonim dengan memberi arahan. Ada ke patut kita nak pergi paksa pembaca baca entry kita. Jangan haraplah orang nak baca.

Setakat gunakan tanda-tanda atau simbol ni masih lagi ditahap moderate lagi. Ada yang berani-berani give extra value, dengan secara terang-terang mengarahkan pembaca untuk membaca apa yang kita tulis. Nak ke diorang ni baca kalau macam ni. Well… kalau korang dah memang popular, memang tak mustahil orang akan baca apa yang korang tulis, tapi kalau biasa-biasa je.. Alah jawab sendiri la. Kalau hati rasa sakit lepas tu pun, sebab sendiri yang jawab. Tak apa la.

Ada ke yang buat macam ni. Macam ni la, aku bagi satu contoh ye. Kalau korang rajin buat blogwalking, korang pasti akan terjumpa entry yang menggunakan headline yang semacam ni..

5 Perkara perempuan wajib tahu pasal lelaki. Wajib Baca.

Korang Mesti Baca. Cara-cara nak tingkatkan pendapatan dari Nuffnang.

Okay dua cukup la. Sebab aku yakin, korang mesti dapat tangkap dah apa yang aku nak sampaikan ni kan.

Ha.. kalau dah dapat tangkap, so tak perlulah aku nak elaborate lebih panjang. So jumpa lagi kita di entry yang akan datang ye. Wasalam~

********************************************************************

********************************************************************

Popularity: 1% [?]

Share/Save/Bookmark

12 Responses to Jangan Harap Orang Nak Baca

  1. TimmyLicious January 25, 2011 at 8:19 am #

    hehehe. nice entry. terima kasih kerana membetulkan grammar. biasalah english tak berapa baik. tu sebab nak blog dalam bahasa inggeris. hahaha. dapat belajar sikit bahasa inggeris ni. terima kasih kerana betulkan kesilapan dalam entry tu. ekekeke :D
    TimmyLicious baru-baru ni tulis pasal..Update Your Nokia E72 FirmwareMy ComLuv Profile

    • sabree hussin January 25, 2011 at 8:44 pm #

      betul kan dekat part yang mana ye eheh terkonfius la

  2. zik January 25, 2011 at 4:44 pm #

    ok2 aku paham sangat dah nie..hehe.. kadang2 saja jer nak typo.. mungkin boleh rujuk balik tengok2 kalau ada orang copy paste… kan kantoi kat situew… huhu
    zik baru-baru ni tulis pasal..Siapa pencipta Penyangkut baju HangerMy ComLuv Profile

    • sabree hussin January 25, 2011 at 8:40 pm #

      Ye ke.. ko punya entry pernah ada orang copy and paste ke? macam mana nak cek kalau ada orang buat macam tu?

      • Idea Lampu January 27, 2011 at 3:28 pm #

        Cara nak cek ke? Takdak. Tips sebelum kena copy ada. Pasang link ke entry sendiri dalam artikel kita. Bila ada yang copy and paste secara semborono. Dapatlah ping. Boleh cek lepas tu artikel sendiri terpampang di blog org lain. Siap.
        Idea Lampu baru-baru ni tulis pasal..Rahsia Penggunaan Gambar Gimik Dalam Artikel BlogMy ComLuv Profile

        • sabree hussin January 28, 2011 at 12:11 am #

          Letak kan kita punya url sendiri.. wah menarik idea ni. Macam ni free je dapat backlinks ye

          • Idea Lampu January 28, 2011 at 8:39 am #

            backlink mcm tu takda makna. tapi at least kita tahu dan boleh contact admin blog tu mintak remove or bagi kredit.

  3. 2bz4money February 3, 2011 at 1:01 pm #

    Blog aku lebih merupakan himpunan peristiwa yg terkesan di jiwa dan pragmatik..Bukan sekadar perkongsian, cuma rekod-rekod pengalaman dalam menjalani kehidupan mengikut perspektif mengenai kewangan..
    2bz4money baru-baru ni tulis pasal..Found moneywhat do you doMy ComLuv Profile

    • sabree hussin February 3, 2011 at 1:21 pm #

      saya dah singgah blog saudara.. terkesan dengan karekter wanita yang mmulangkan semula wang yang dikutip..

  4. Mama Murai February 4, 2011 at 11:43 am #

    Assalaamu`alaikum saudara,
    bagus kupasan daripada saudara ini. Saya bersetuju kalau tanda seru itu dipakai sesudah ungkapan atau pernyataan yang berupa seruan atau perintah. Tetapi jangan kita lupa bahawa ianya juga kerap digunakan untuk menggambarkan rasa emosi yang kuat pada petikan ayat tersebut. Itu terpulang pada cara pembaca mentafsirnya, contohnya seperti ungkapan “alangkah kejamnya pembunuh itu!” adakah ia ayat berbentuk perintah? Tidak bukan justeru ianya hanya menggambarkan penekanan kepada ungkapan tersebut. Walaubagaimana pun ini artikel yang membuka minda saya. Terima kasih di atas kupasan yang menarik ini.

    Salam manis..
    Mama Murai baru-baru ni tulis pasal..Pencipta lagu kita seharusnya belajar daripada negara Indonesia bagaimana membuat laguMy ComLuv Profile

  5. Zaini December 7, 2011 at 10:40 am #

    Paksa rela. Kadang-kadang tajuk sebegitu untuk tarik pengunjung. Ya la, tajuk yang mesti, wajib, patut ni macam ada sesuatu yang hebat.

    sekadar pendapat.

    • sabree hussin December 21, 2011 at 4:23 pm #

      kalau betul2 hebat dan memang ada barang nak kongsi tak pe.. ni kadang2 tu hampas je

Leave a Reply

CommentLuv Enabled