Pergh… Agak lame jugak rupenye aku berehat dari menulis dalam blog ni. Nak kate bizi sangat pun tak ade la jugak. Erm.. Let say.. Aku just mengambil mase aku sebaiknya untuk aku mencarik idea, tentang ape aku nak merepek dalam blog ni.
Dalam aku sibuk-sibuk mencarik idea ni, tak sangke aku, makin hari, aku rase makin ramai pulak kawan-kawan aku dah mule tanye,
Ko buat ape dengan blog ko sabree?
Aku Mushyikil betul la dengan orang yang buat blog ni, ape yang diorang ni buat sebenarnye ha? Konon kate boleh dapat duit la. Cube ko tunjuk dekat aku sikit. Aku nak jugak usha.
Soalan-soalan remeh macam ni la, ade tu bila aku kate ade blog, nama blog mohdsabree.com pun tak percaya.
Bagi dorang ni maybe extension dot com tu cume untuk website. Ee peliknye bila blog bunyi macam website. Bertambah-tambah la konfius bebudak ni bila blog aku ni tak ade perkataan blogspot. Ha tengok la, asal blog je mesti nak kena ade perkataan blogspot dekat hujungnye.
Kalau tak ada perkataan tu?
Hukumnye tak sah la ye. Lebih kurang macam tu la mungkin.
Bagi aku ni sesuatu yang tak patut. Masih ramai lagi rupenye yang tak tau ape itu blog. Padahal blog bukanlah benda baru dekat dalam dunia ni. Sejarah blog itu sendiri dah bermula sejak tahun 1997 lagi, walaupun pada waktu itu, blog lebih dekenali dengan nama weblog.
Namun selepas itu, ia lebih popular dengan singkatan nama blog sahaja.
1997. Andai kata korang lahir pada tahun 1988 macam aku, agak2 masa tahun 1997 tu ape agaknye yang korang tengah buat ye? Aku masih lagi darjah tige masa tu, so it is just normal la kalau tak tau lagi ape itu blog pada waktu tu bagi aku.
Tahun 1997, aku pun masih tak tau lagi ape itu internet.
Tapi sekarang kan 2010. Patut-patut la kalau korang masih lagi nak tanye ape itu blog? Wujudkah benda2 sedemikian. Wah nampak seperti kamu bermastautin didalam gua selama ini. Ini jugak menunjukkan yang perkembagan teknologi di Malaysia ini rupenye tidak membantu dalam perkembangan ilmu pengetahuan rakyatnya.
Dalam pemerhatian aku, ade terlalu banyak orang bercerita berkenaan dengan ape itu blog, ape itu money blog, bagaimana buat duit dengan blog, sampai ke satu tahap.. aku rase ini isu lapuk. Cume segar bagi orang-orang baru yang mengenal internet tak sampai satu purnama.
Walaupun skeptikal atau tak, tapi sejak beberapa bulan ni, aku dapat jugak perasan, dah ramai mula rajin ade blog. Bukan sekadar berblogging, malah membina komuniti, di samping mendaftar jugak dalam program-program pengiklanan macam nuffnang dan advertlets. Well done, and good effort.
Popularity: 1% [?]

anda boleh cuba buat duit dgn blog dengan clixadx – http://www.clixadx.com
macam menarik, mungkin boleh cuba lain kali