Kisah Blogger yang Stereotaip & Kisah Wajib Siar Sepanjang Seminggu

readbud - get paid to read and rate articles


Sepanjang minggu-minggu sebelum menjelangnya hari raya, satu pencapaian yang stereotaip telah dapat aku perhatikan didunia blogging. Kebanyakkan blogger sepakat untuk menulis entry yang mempunyai kisah-kisah yang sama, dan kalau tak sama sekalipun kisah-kisah yang hampir sama.

Aku gelarkan ia sebagai kisah wajib siar dalam posting. Jadi sepanjang minggu-minggu dimana pemerhatian telah aku jalankan, ada beberapa kisah wajib siar yang telah aku jumpa dilaman-laman blog. Pastinya aku tiba dilaman-laman blog tersebut melalui innit, sebab innit adalah satu-satunya tempat paling cool yang aku suke lepaskan kebosanan aku dan menghilangkan kepanasan sejak akhir-akhir ini.

Kisah wajib siar nombor 1

hari-raya

Memandangkan musim perayaan bakal menjelang semua orang menulis berkenaan dengan hari raya. Cerita yang disiarkan memang sangat lengkap, bermula dengan macam mana si blogger tu tadi nak apply cuti yang susah nak dapat, kemas barang untuk balik kampung, balik kampung naik feri, buat persiapan hari raya, beraya sakan tak ingat balik rumah, suasana hari raya, duit raya dan RAYA, RAYA dan RAYA.

Itu lah dia yang aku cuba nak sampaikan dengan panjang lebar, kisah hari raya adalah kisah wajib untuk disiarkan dalam entry masing-masing. Well, macam mana pun… Mana-mana yang sempat aku datang beraya dekat blog korang tu, aku pasti akan baca sebijik-sebijik ape yang korang semua buat. Aku pun nak tau jugak macam mana korang sambut perayaan dekat tempat korang. Curious ni.Mane tau kot-kot ada yang berbeza dari tempat aku.

Kisah wajib siar nombor 2

sosilawati2

Kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya.

Sebenarnya aku pun tak faham kenapa semua orang sibuk nak tulis cerita pasal Datuk Sosilawati ni. Saudara korang ke? Ada hubungan ke? Concern dengan perkembangan semasa Datuk Sosilawati ke? Ataupun mungkin sebab nak tarik sedikit traffic supaya singgah masuk dalam blog?

Baru sekejap tadi aku baca apa yang dilaporkan dalam laman sesawang NST. Lepas tu beralih sekejap ke Bernama. Kedua-dua laman web ini memberi kenyataan yang sama, iaitu

…pihak media dilarang untuk mendekati tempat kejadian akibat dihalang oleh pihak polis.


Ini ayat asal yang aku ambik dari NST


…However, since the media were not allowed to go near the cordoned area,reporters were not able to picture clearly….

NST, 12 Sept 2010 – Marine Police Divers Comb River for Evidence


Media pun tak boleh nak bagi jawapan yang tepat berkenaan apa sebenarnya yang berlaku. Okay.. Case Closed. Tak nak bukak lagi dah cerita Datuk Sosilawati ni. Semoga ahli keluarga Datuk Sosilawati dapat menghadapi situasi ini dengan penuh kesabaran.

Sebenarnya sewaktu aku dalam perjalanan untuk buat blogwalking, aku hampir-hampir rasa meluat dengan entry yang ada kisah datuk Sosilawati ni.

Pertama, entry tu copy paste dari Bernama, Kosmo!, Utusan Malaysia.

Mak aih.. Aku tengah baca blog ke aku tengah baca paper nih? Apesal korang tak jadi je penulis dekat Kosmo! ke, harian metro ke. Yang hang pi publish balik apa yang dah sedia termaktub dalam paper tu nak buat ape la. Korang tau tak yang sebenanya korang ada potensi untuk menulis dengan lebih baik daripada ape yang ditulis oleh editor-editor pihak akhbar tu.

Sila jangan galakkan aktiviti seperti ini dari berleluasa.

Kedua, aku asyik tersalah bagi kredit.

Aku ingat blogger tu la yang tulis entry tu, punye la semangat aku nak baca dan bagi komen dalam entry yang aku baca. Alih-alih dekat ujung tu, sumber dari Bernama. Baik aku baca paper je kalau macam ni. Apa yang korang dapat ye kalau korang republish entry orang lain? Ada kebaikan ke. Bukan ape, sebab sebelum ni aku pernah dengar yang google akan penalized mana-mana entry yang tak unique. Page rank akan jatuh la apa bagai.

Korang belum ada page rank? Kalau kes macam ni, tak tau pulak aku macam mana nak bagi ulasan.

Sekali lagi, sila jangan galakkan aktiviti ini dari berleluasa.

Ketiga, aku asyik baca benda yang sama berulang-ulang kali.

Kalau 5 blog semua buat benda yang sama, dah sah-sah semua pun akan tulis perkara yang sama. Adush.. Berpinar-pinar mata aku jadi nye weyh..

Macam mana lah bloggers akan maju kalau inisiatif yang ditunjukkan hanya terhad sekadar copy paste entry orang lain dan seterusnya beri kredit untuk elak saman.. Kalau hari ni korang blogging dengan cara tu, esok lusa pun cara tu jugak la yang korang akan guna.Sampai bila-bila lah asyik ditakuk yang sama.

~Patut lah ada orang perlekeh-lekeh blogger dan kata blogging ni mudah~

Makluman


Entry ini ditulis adalah bagi tujuan untuk menyuarakan pandangan peribadi penulis sahaja dan tidak lebih dari itu. Walaupun terdapat beberapa potong ayat yang bunyinye macam nak carik pasal je, tapi sebenarnya hati penulis baik dan tak bermaksud sebegitu.

Sebarang cadangan dan pandangan amat-amatlah dihargai.


Popularity: 1% [?]

Share/Save/Bookmark

12 Responses to Kisah Blogger yang Stereotaip & Kisah Wajib Siar Sepanjang Seminggu

  1. mohammednajib September 13, 2010 at 11:40 am #

    iye betul.kite pon ader menulis pasal ini,tajuk kenapa blog melayu tidak berdaya saing?jom baca

    • sabree September 13, 2010 at 12:17 pm #

      Dah baca dah encik najib :-)

      orang kita ni memilih la

  2. www.encikbeliau.com September 13, 2010 at 11:45 am #

    trafik bro… hehehhe

    • sabree September 13, 2010 at 12:11 pm #

      Tu eksploitasi tu namenye hhe

  3. afifa. September 13, 2010 at 3:02 pm #

    dunia berblog. bila kekeringan idea mula lah mencari isu.

    • sabree September 13, 2010 at 3:52 pm #

      Dunia ni luas, sangat banyak benda boleh ditulis

      • afifa. September 13, 2010 at 6:07 pm #

        erk? owh. okeoke. dunia ini luas. hee.

        • sabree September 13, 2010 at 7:39 pm #

          luas tapi kadang2 stuck jugak bile time tatau mau tulis ape hhee

  4. sharkox September 13, 2010 at 5:23 pm #

    haha….tulah bro…ni traffic punya pasal ni..dorang ikut petua “Tulis apa yg hot sekarang”..confirm2 lah kes bunuh tu tengah hot…tapi yg kelakarnye, semua petik dari paper…ah, bek baca paper…haha..Entri terbaru di The Sharkox: Pokok famous di Perlis

    • sabree September 13, 2010 at 7:38 pm #

      Tu yang kadang-kadang aku konfius tu, aku tengah baca blog ke tengah baca online news ni hhe

  5. Cik Su September 22, 2010 at 4:05 pm #

    haha..betul tu..saya setuju…semua crita yang sama..tak de perkembangan idea..

    • sabree September 22, 2010 at 6:36 pm #

      Sumber semua dari tempat yang sama cik su Macam mana la cerita tu nak lain. Kalau tak Kosmo, Bernama, Utusan.. tu je la

Leave a Reply

CommentLuv Enabled