Moral Values Dalam Blogging

Makin lama aku meluangkan masa untuk cuba mengenali apa itu blogging, makin jelas dekat mata aku yang blogging itu sebenarnya ada moral values nya yang tersendiri. Macam-macam yang boleh kita dapat dari blogging, dan ianya tak terhad semata-mata kita dapat penat serta tak cukup rehat.

Bukan sekali atau dua orang tanya aku.. ‘Ko ni sibuk sangat dengan blog, apa ko dapat’.. kata seorang kawan aku yang obses dengan Facebook. (eleh.. macam la facebook ko tu bagi ko emas setiap bulan)

Jadi untuk entry kali ni, aku nak mengupas sedikit sebanyak moral values yang dapat aku korek sepanjang aku ada blog. Please, don’t lie to me, and don’t tell me all these thing kita boleh dapat dekat mana-mana je.

Blogging menambahkan kenalan

Sepanjang aku berjinak-jinak untuk menjadi seorang blogger, bukan seorang atau dua yang dah add aku dalam facebook. Malah lebih dari itu. Ini belum campur lagi orang-orang yang rajin singgah dalam blog aku untuk bagi aku semangat dan motivasi untuk terus menulis dalam blog ni. Setiap komen, walaupun ada antaranya yang memiliki darjah kepedasan yang tersendiri, namun aku anggap ianya semata-mata nak menjadikan aku seorang blogger yang lebih bertanggungjawab.

Ada jugak yang add tapi aku tak approve-aprrove sampai sekarang. Chill.. Bukan apa, aku ni memang ada sesetengah Profile Facebook yang aku tak Approve.

Setiap Hari Belajar Satu Ilmu Baru

Blog bukan satu benda yang statik macam website biasa. Ia merupakan satu laman web yang sentiasa di update oleh penulisnya. Melalui kaedah yang orang selalu panggil sebagai blogwalking, aku bukan sahaja dapat berkenalan dengan penulis blog yang baru setiap hari, malah aku akan dapat jugak berpeluang untuk ‘curi’ ilmu yang dimiliki.

Oh sape suruh kongsikan ilmu tu dalam blog, kan aku dah belajar lagi satu benda baru hari ni. Ilmu untuk menakluk dunia je aku belum jumpa lagi.

Blogging Mengajar Aku Untuk Menghargai Diri Sendiri

Dalam singgah satu blog ke satu blog.. macam-macam blog kan yang boleh kita jumpa. By the way, tak semua blog tu looks impressive. Kadang kita rasa kita ni lah yang paling lemah, yang paling selekeh. Tapi hakikatnya masih ada lagi yang kurang berbanding kita.

Terkadang tu aku rasa jugak apa yang aku tulis ni macam basic sangat dan tak sepatutnya ditulis pun tak apa. Tapi, makin hari makin aku sedar.. walau basic macam mana sesuatu perkara itu sekali pun, tetap ada orang yang tak tau. Orang yang dah pakar akan kata buang masa je tulis pasal X, tapi buat yang baru nak kenal apa itu X, benda tu jugak la yang dicarik.

Brainstorm Storm Cara Sihat Melalui Blog

Tak semua orang akan setuju dengan kita, dan kita jugak belum tentu akan sentiasa setuju dengan apa yang disampaikan oleh orang lain. Itu adat la.

So, mari kita buat brainstorming. Bukan untuk ketahui siapa salah atau siapa betul. Tapi kita nak lihat apa fakta dan apa yang auta. Hey kan seronok tu kalau sesama kita boleh bersama-sama come out with one sweet memorandum to make blogging world a better and reliable place to live on.

Blogging Membina Keyakinan Diri

Kebebasan bersuara, bebas menyuarakan pendapat. Kalau dekat luar tu adakalanya aku takut-takut untuk menyuarakan pendapat. Tapi bila adanya platform blog ni, bukan nak kata ketakutan tu hilang 100%, tapi somehow it give me extra courage to voice out my opinion.

Tapi yang pasti ia bukan beri aku satu lesen untuk jadi kurang ajar, dan menyentuh sensitiviti mana-mana kaum, masyarakat, atau individu.. walaupun adakalanya terbabas jugak. Well, mana yang tak baik aku akan tegur, dan mana yang baik aku akan puji.

Dan Lain-lain

Eceh dan lain-lain. Untuk part ni aku rase korang pun faham yang sebenarnya aku nak bagi peluang untuk korang pun sama-sama bagi pendapat apa moral values yang korang dapat melalui blogging. Tak adil la kalau aku asyik bercerita, dan korang membaca.

Now, I also want to hear.. what is your story? Care to Share?


********************************************************************

********************************************************************

Popularity: 1% [?]

Share/Save/Bookmark

22 Responses to Moral Values Dalam Blogging

  1. saya_aRief October 5, 2010 at 1:17 pm #

    yeah…
    setuju sangat2..
    blogging la lagi baik dari duk fesbukk tuuh.
    ;p

    • sabree October 5, 2010 at 1:21 pm #

      Tapi nak wat cane kan, orang lagi sayangkan facebook dari blogging ish ish the power of socialize

  2. MASA October 5, 2010 at 1:28 pm #

    peminat2 facebook yang baca blog ni, saya nak kuarkan statement blogging lagi best dari facebook. sekian terima kasih.
    MASA baru-baru ni tulis pasal..Lokasi Seks di Pantai MerangMy ComLuv Profile

    • sabree October 5, 2010 at 3:13 pm #

      Jom beralih kepada bersosial di blog pulak :p

  3. husna October 5, 2010 at 6:52 pm #

    stuju gila…. :)
    husna baru-baru ni tulis pasal..JOHORAYA 10 part8My ComLuv Profile

    • sabree October 6, 2010 at 12:53 am #

      setuju je ke? Mesti Husna pun ada opinion sendiri ye tak? tak mau share ke

  4. etomyam October 5, 2010 at 8:25 pm #

    secara peribadi blog sebagai platform nak luahkan pandangan terhadap sesuatu isu, pada masa yang sama untuk kongsikan pengetahuan dan pengalaman.. :D
    etomyam baru-baru ni tulis pasal..Tutorial Bergambar Remove Error 404 Not foundMy ComLuv Profile

    • sabree October 6, 2010 at 12:54 am #

      Berkongsi pengalaman tu yang baik. Mana yang baik boleh dijadikan contoh, mana yang kurang boleh dijadikan pengajaran

  5. lowongan kerja October 5, 2010 at 11:53 pm #

    betul tu.. blogging menambah wawasan kita dan membuat kita jago menulis kelak :D
    lowongan kerja baru-baru ni tulis pasal..Industrial Engineering Staff Vacancy Balaraja TangerangMy ComLuv Profile

    • sabree October 6, 2010 at 12:47 am #

      Menjadi jago? hhe menarik tu

  6. babyblogger October 6, 2010 at 3:12 am #

    facebook.. lagi bagus dari blogging. huhu dgn blog, belum pernah account manager contact aku offer utk buat partnership, tapi di facebook ada.

    apa-apa sahaja, ia bergantung kpd cara kita guna.

    • sabree October 6, 2010 at 3:20 am #

      Betul-betul. Buat masa ni saya belum lagi explore 100% facebook tu. Sebab tu saya underestimate facebook. Tapi sebenarnya ia memang satu tools yang very powerful. Aku just tak suka socialize yang tak membawa hasil dekat facebook tu je

  7. kisahsensasi October 6, 2010 at 6:57 am #

    Bile dah involve dengan dunia blogging…..secara boleh bantu kita untuk dapat latest info mengenai sesuatu niche yang kita minati

    • sabree October 6, 2010 at 11:52 am #

      yup betul. Boleh jugak dapatkan bahan untuk tulis dalam blog kisah sensasi kan

  8. hazman aka species1980 October 6, 2010 at 7:01 am #

    Jika kita pandai manipulasikan blog yang kita ada…. pastinya banyak benefit yang kita semua boleh dapat….

    • sabree October 6, 2010 at 11:53 am #

      Nak manipulasi blog hhe ni yang nak kena belajar lebih lagi dengan saudara Hazman ni

  9. zik October 7, 2010 at 1:33 am #

    nice2.. moral values memang banyak… nak tak nak jer.. huhu
    zik baru-baru ni tulis pasal..Konvokesyen Unikl kali ke 7 part1My ComLuv Profile

    • sabree October 7, 2010 at 3:07 am #

      Jangan buat benda yang kurang moral je sudeh. Banyak yang guna blog especially blogspot untuk share cerita xxx

  10. dedoku October 8, 2010 at 11:54 am #

    bg aku blogging ni ade faedah gak. plus korang takde buang masa buat benda tak bfaedah. sharing info dan tambah kenalan. tu semua kira bermanfaat r. byk postif dari negatif..hehe
    dedoku baru-baru ni tulis pasal..Cara Lock Folder dengan KAKA softwareMy ComLuv Profile

  11. Yiedpozi October 9, 2010 at 8:58 pm #

    Setuju sangat… baik blogging…
    Yiedpozi baru-baru ni tulis pasal..Jom Baca Tips Menjana Trafik Ke Blog-WebsiteMy ComLuv Profile

Leave a Reply

CommentLuv Enabled