Postmorterm Blogger Hebat

Salam sejahtera. Bertemu lagi kita ye dalam blog mohdsabree dot com. Bagi yang dah pernah singgah ke blog ni sebelum-sebelum ni, tak kisah la pernah singgah tahun lepas ke, dua tahun lepas atau bila-bila je la ye, selamat datang lagi sekali di ucapkan. Aku terharu sebab korang sudi nak singgah lagi. Lepas ni kalau ada kelapangan, sudi-sudikan lah untuk datang singgah lagi ye.

Alright, kali ini aku nak bentangkan hasil pemerhatian yang telah aku jalankan sebelum ni berkenaan dengan blogging. Kenapa ada yang gila successful dan kenapa pulak ada yang setakat biasa-biasa je walaupun masing-masing adalah seorang blogger. Kalau bukan seorang blogger sekalipun, masing-masing adalah seorang penulis yang ada blog, dan menulis dalam blog. Alah… blogger lah tu. Pendek kan cerita sudeh.

Berjaya atau tak seseorang blogger tu sebenarnya adalah sangat-sangat subjektif, dan amat berbeza dari seorang dan orang yang lain. Namun penanda aras yang aku gunakan dalam memudahkan pemerhatian aku ni, faktor kewangan telah aku gunakan. Siapa yang berjaya generate income yang banyak, bermakna dia dikira berjaya la.

Okay, so let’s check it out.

Menulis Sebab Suka, Bukan Sebab Suka-suka

Kalau korang ni memang jenis yang suka menulis, insya allah korang akan ada masa depan yang cerah dalam blogging ni. Orang yang suka menulis tak akan mudah mengalah bila terasa susahnya nak carik idea untuk menulis. Tapi kalau korang ni jenis yang menulis sebab suka-suka, sorry lah kawan.. aku cadangkan korang jangan expect much la dengan blog korang ye.

Nak tau korang ni jenis yang suka-suka atau serius? Apa respon korang kalau korang dapat soalan macam ni..

1. Ko ada blog?
2. Ko tulis apa dalam ko ye?
3. Ramai tak yang baca blog ko?

Orang yang serius dalam blogging ni, tak kira apa soalan yang ditanya, dia akan jawab dengan nada dan gaya yang paling positif. Cubalah kalau tak percaya.

Suka Duit atau Suka Menulis?

Blogger yang berjaya menjana income yang tinggi dari mana-mana syarikat pengiklanan, rata-rata mereka menulis sebab suka menulis. Duit? Off course la semua orang suka duit. Nak masuk toilet pun kena ada duit sekarang ni kan. Diorang ni kebanyakkannya lebih pentingkan penulisan daripada duit.

Target diorang adalah untuk menghasilkan sesuatu yang ada significant value, kemudian, the money will comes in. Secara personally, blog aku ni dulu entah apa-apa entah dan aku tak expect pun akan dapat cash out income dari nuffnang. Oh bagi aku walaupun duit itu penting, tapi aku tak nak jadikan duit sebagai ultimate goal aku.

Nak betulkan niat mulai dari sekarang. Value for reader first, money later.

Entri

Di bawah topik entry ni pulak ada banyak yang perlu diperhatikan. Pertama sekali, apa jenis entry yang ditulis. Is it entry yang membantu mencerdikkan pembaca atau sekadar entry yang saja-saja ditulis. Okay.. part ni sebenarnya dah banyak kali aku tulis. Kalau aku tulis lagi karang muntah hijau pulak korang bila baca.

Tapi dekat sini aku nak bagi additional info, dibawah topik entry jugak, iaitu bilangan entry. Tahukah korang, dalam blog redmummy.com terdapat sekurang-kurangnya 4500 entry yang telah dihasilkan?

Okay sekarang ni, dalam blog korang agak-agak dah ada berapa banyak entry? Ada cecah 4000 dah?

Ada beberapa lagi perkara yang aku nak bentangkan, tapi aku terpaksa pecahkan kepada beberapa entry bagi memudahkan pemahaman dan penerangan. Tak pe kan, so will see you again next time ye.

********************************************************************

********************************************************************

Popularity: 1% [?]

Share/Save/Bookmark

16 Responses to Postmorterm Blogger Hebat

  1. akubiomed February 2, 2011 at 1:24 am #

    Apa bila seseorang membina blog ada macam-macam tujuan. Kalau yang mengunakan blog sebagai Internet Marketing pun tidak ada salahnya
    akubiomed baru-baru ni tulis pasal..Aku mendapat kunjungan pelawat dari SenegalMy ComLuv Profile

    • sabree hussin February 2, 2011 at 1:49 am #

      tak salah.. bergantung pada kemahuan dan keperluan seseorang juga dan bagaimana blog melengkapkan diri masing2

  2. zik February 2, 2011 at 5:25 pm #

    macam2 ada jenis blog sekarang nie… persaingan yang sengit.. itu sudah bagus..terutamanya entri2 yang berilmiah dan santai..
    zik baru-baru ni tulis pasal..Buat tulisan terbalikMy ComLuv Profile

    • sabree hussin February 2, 2011 at 7:14 pm #

      entri-entri yang main pakai bantai pun banyak jugak hhe

  3. Mama Murai February 4, 2011 at 11:14 am #

    Assalaamu`alaikum saudara.
    Ini post mortem yang tepat. Terutamanya menyentuh bab suka. Tapi bab itu sebenarnya yang paling susah nak ikut. :)
    Mama Murai baru-baru ni tulis pasal..Pencipta lagu kita seharusnya belajar daripada negara Indonesia bagaimana membuat laguMy ComLuv Profile

    • sabree hussin February 4, 2011 at 11:35 am #

      wa’alaikumusalam mama, saya pun rasa bab suka menulis untuk agak mencabar. Tapi tak apa, boleh dipelajari dan boleh dilatih benda ni :-)

  4. tunepal February 5, 2011 at 8:33 pm #

    4500 entry? wahh..sangat banyak!
    tunepal baru-baru ni tulis pasal..How You Protect Your BrainMy ComLuv Profile

    • sabree hussin February 6, 2011 at 9:02 pm #

      Dia kata dulu dia pernah buat satu hari 10 post.. sebab tu boleh jadi sangat banyak

  5. decrewz February 14, 2011 at 10:29 am #

    Masa mula2 buat blgo guna BS, time tu suka2, tapi sekarang dah jadi suka.. ituklan 2 makna yang berbeza walaup ayatnya sama kan..he3
    decrewz baru-baru ni tulis pasal..Buffered Earning Yang ke-4My ComLuv Profile

    • sabree hussin February 14, 2011 at 8:44 pm #

      eh sama ke? ade beza tu.. mendalam jugak maknenye tu hhe

  6. aimannajmy February 23, 2011 at 2:03 am #

    4500 entri?? pergh bapa taun dah ek usia domain tuh~ tapi memang betullah apa yang bro cakap…invite the readers first to read our content ni. duit ni pikiaq kemudian
    aimannajmy baru-baru ni tulis pasal..Iron Man Kedah Tangkap NyamukMy ComLuv Profile

    • sabree hussin February 27, 2011 at 11:26 am #

      lama ke tak domain tu tak sure la, tapi reader dia memang dah ramai kan sejak dia guna blogspot lagi

  7. d. angel June 24, 2011 at 3:58 pm #

    Pengunjung baru & ahli baru sgt dlm “alam blog”….suka sangat dengan info yg diberi.tq – http://jejak-jejakkecil.blogspot.com
    d. angel baru-baru ni tulis pasal..Tuition – Kelas Tambahan- Ibarat Nasi TambahMy ComLuv Profile

    • sabree hussin June 25, 2011 at 5:58 pm #

      selamat datang d.angel hhe rajin2 post dalam blog kay..

Trackbacks/Pingbacks

  1. Blog Surgery & X-Ray | mohdsabree dot com - February 20, 2011

    [...] aku nak tanya korang satu soalan. Korang dah baca belum Post Morterm untuk menjadi seorang blogger yang hebat? Ini sebenarnya adalah post morterm blog-blog yang dikira sebagai berjaya dan apa characteristic [...]

Leave a Reply

CommentLuv Enabled