Senjata Seorang Blogger

Kalaulah boleh kita ibaratkan dunia blogging ni umpama medan peperangan, dimana kita perlu berhadapan dengan pihak lawan yang pelbagai latar belakang dan kemahiran, yang terdiri daripada blogger juga, nescaya semua akan bersetuju, untuk mengalahkan mereka atau sekurang-kurangnya jika ingin berada di ranking teratas, adalah sangat-sangat perlu kita mempersiapkan diri dengan senjata-senjata tertentu.

Setiap senjata yang berbeza adalah untuk kegunaan dalam situasi yang berbeza juga. Tak boleh kurang walaupun satu, dan kalau terkurang jugak.. mintak maaflah ya.. peluang untuk kalian memenangi pertarungan mahupun peperangan tersebut adalah sangat-sangat sukar.

pic from coloseum.wordpress.com

Kalaulah sebelum ni kalian andaikan, bahawa menjadi seorang blogger, cukuplah hanya dengan memiliki kebolehan menulis dengan baik.. sorry to say.. masih ada lagi kekurangan sebenarnya. It is far from perfect. Masih ada lagi yang perlu diperhatikan.

Baru sebentar tadi kursor mouse aku landing pada sebuah blog milik seorang penulis buku motivasi. Isi kandungan mantap, susun atur laman blog menarik, segala-galanya nampak excellent.. tapi nothing is perfect.. Masih ada lagi kekurangan.

(Senjata 1) Karekter yang Unggul

Anehnya.. rupanya bila kita menulis blog ni, dalam secara tak sedar.. pembaca boleh mengagak siapa sebenarnya diri penulis. Seolah-olah secara separa sedar, blog itu sendiri menjadi siapa diri kita. Karekter penulis terpancar melalui karya yang dihasilkan. Ada identiti atau signature dalam setiap entry yang dihasilkan.

Oleh yang demikian, sia-sia la bagi mereka yang cuba untuk berlakon untuk menjadi orang lain dalam berblogging ini. Bukan nak kata mereka tak akan berjaya menjadi orang lain selain dari diri sebenar mereka, tetapi hanya menanti masa untuk pembaca sedar siapa diri mereka sebenarnya.

Mahu jadi outstanding dalam arena blogging? Apa kata jadi outstanding dalam blogging dan dunia nyata. Bina karekter dan peribadi yang unggul. Ini boleh kita jadikan sebagai senjata untuk berjaya dalam blogging.

(Senjata 2) Software & Tools

Secara peribadi, mempromosikan blog adalah perkara yang kedua susah selepas menghasilkan karya. Walaupun nampak mudah tapi remeh. Kalau kalian ada sumber dan peruntukkan, mudah sahaja untuk menggunakan kaedah berbayar. Iklankan blog kalian di laman-laman web yang memiliki kedudukan dan pengunjung yang ramai. Ini boleh jadi satu shortcut. Tak sanggup mengeluarkan wang?

Dekat sini la pentingnya menggunakan software dan tools berkaitan untuk membantu mempromosikan blog. Adakalanya kita perlu mengenepikan soal etika dalam hal ini. Itukan hak masing-masing.. Apa perlu kita nak persoalkan cara orang? Tak perlulah hanya kerana kita tak suka dengan cara seseorang, kita pun nak racun satu dunia supaya benci cara orang yang kita tak suka.

Software seperti comment kahuna & blog warrior mungkin baik untuk kalian cuba. Walaupun ini software lama, tapi masih lagi membantu aku. Tools seperti plugin-plugin yang terdapat dalam system blog wordpress juga sangat-sangat membantu mempermudah kerja-kerja seorang blogger.

Tak mahir dengan SEO? Boleh guna plugin seperti All in One SEO Pack mahupun Platinum SEO Pack sebagai leverage. Kan mudah.. macam mana pulak kalau masih lagi menggunakan blogspot sebagai platform? Kalian pasti lebih tahu caranya.. bukankah kalian lebih berpengalaman.

(Senjata 3) Pembaca Yang Sporting & Supportive

Apalah gunanya menulis blog kalau sudahnya hasil penulisan hanya dibaca oleh penulis itu sendiri. Walau macam mana sekalipun, memiliki senarai pembaca yang sporting adalah satu mandatori. Dalam kesibukkan seharian menguruskan hal-hal kehidupan, mereka masih lagi meluangkan masa untuk singgah di blog kita. Cool kan?

Lebih hot kalau pembaca yang sama merupakan seorang yang supportive. Kiranya two in 1 lah ni. Sambil mereka membaca karya kita, sambil tu mereka bantu betulkan kesalahan diri kita.

Kalian sudah ada senjata ketiga ni? Cool!

(Senjata 4) Semangat Yang Berkobar-kobar

Tak akan berhenti selagi masih belum melihat dan mengecapi kejayaan. Bukan satu semangat yang sama suhunya dengan najis ayam. We do it until we make it.. to the top! Let the flame of desire burn in your heart.

(Senjata 5… dan yang paling penting)

.

.

.

Internet Connection

Nota: Entry ini aku tulis akibat timbulnya perasaan kecewa yang amat sangat dengan mutu perkhidmatan internet yang kejap ada kejap tak ada. Sakitnya jiwa.. terasa semua usaha jadi slow. Kalaulah blogging tu betul-betul umpama medan peperangan.. dah pasti aku antara yang paling awal-awal sekali dah terpaksa keluar baris. (aduh!)

Nak publish satu entry pun sangat besar cabaran yang perlu aku hadapi.. Nampak gaya memang aku terpaksa buat something dengan internet aku bila dapat gaji hujung bulan nanti ni.

********************************************************************

********************************************************************

Popularity: 1% [?]

Share/Save/Bookmark

6 Responses to Senjata Seorang Blogger

  1. Chris January 23, 2011 at 1:12 pm #

    terimakasih nasehatnya untuk menjadi blogger yang hebat.
    Chris baru-baru ni tulis pasal..Charting In Excel VJ IncMy ComLuv Profile

    • sabree hussin January 23, 2011 at 6:54 pm #

      You are welcome chris.. mungkin kamu ada pendapat lain yang boleh dikongsi sama

  2. RozaniGhani January 24, 2011 at 12:46 am #

    internet connection paling penting ibarat peluru. kalau peluru takde, takleh tembak.
    RozaniGhani baru-baru ni tulis pasal..Editorial Calendar Memudahkan Pengurusan Post Seperti MS OutlookMy ComLuv Profile

    • sabree hussin January 24, 2011 at 8:20 pm #

      ‘Peluru’ tu ada.. tapi nak buat macam mana.. kejap ada kejap hilang.. time kritikal la dia akan hilang.. sedih

  3. zik January 24, 2011 at 7:09 pm #

    internet tuh memang senjata paling penting.. kalau slow macam siput… memang angin jer… semangat itu menjadikan luntur macam clorox… huhu
    zik baru-baru ni tulis pasal..10 pekerjaan yang tak elok buat paru-paruMy ComLuv Profile

    • sabree hussin January 24, 2011 at 8:23 pm #

      Macam kena clorox ea hha.. next month aku akan carik alternatif lain.. biar semangat tu mewangi macam kena downy

Leave a Reply

CommentLuv Enabled