Flight Ticket Promotion & Macam-macam Isu Berkaitan

Kebiasaannya dari masa ke semasa, syarikat penerbangan akan adakan promosi untuk mana-mana penerbangan dan destinasi terpilih.

Bila minggu promosi ni lah macam-macam boleh jadi. Passenger akan ada yang buat double payment, payment asyik decline, booking salah masa, booking kena reject, booking status tiba-tiba jadi hold-cancelled, customer sampai buat double booking, dan macam-macam lagi hal yang pelik-pelik.  

Satu isu yang aku paling anti bila ada customer call then dia claim masa dan tarikh yang dia dapat lepas print itinerary tak sama dengan masa sebenar yang dia cuba untuk booking.

Aku sendiri pun rasa pelik. Entah macam mana benda ni boleh jadi pun susah aku nak explain.

Tapi biasalah.. customer.. mana dia nak mengaku semua ni salah dia sendiri. Itu pun kalau memang betul salah dia sendiri lah. Sebab benda ni melibatkan sistem isu, dan setakat hari ini.. mana ada sistem yang perfect.. yang boleh run smoothly 24/7 without any glitch.

Apa yang buat aku pelik ialah sebab the first step yang customer kena buat sebelum select flight mana yang dia nak ambik ialah pilih tarikh. So kalau betul tarikh tu tak sama dengan apa yang dia nak, dah tentu awal-awal lagi dia dah sedar. Tak kan la lepas payment dah confirm baru perasan..

Ini lepas payment dah buat.. lepas beberapa jam nak hello hello kita dekat call centre claims ada system error dan nak kita ubah balik masa dan tarikh seperti yang penumpang tu tadi nak.

Nak buat pertukaran masa dan tarikh? Boleh je.. Syarat asal dia asalkan u belum check in dan request untuk buat pertukaran tu lebih 48 jam dari masa penerbangan, then penumpang boleh buat pertukaran jadual penerbangan.

Tapi kena bayar la kawan.. Mana ada boleh tukar free.

Pertama sekali kena bayar untuk penalty atau flight change fee. Kedua kena bayar perbezaan tambang. Itu pun kalau ada, dan biasanya kalau dah nama pun beli tiket promosi.. gerenti ada perbezaan tambang.

Lagipun dekat call centre, kita cuma ada akses untuk standard/regular fare sahaja. Nak promo price kena buat pertukaran online. So kesimpulannya memang kena bayar la.. tak boleh nak escape.

Tapi macam mana pun, ada customer yang tak boleh nak terima hakikat yang dia dah buat silap masa buat reservation, dia dah cuai and call nak marah-marah.  

Aku kata dia cuai sebab dia tak double confirm dan tak pastikan betul-betul itinerary yang dia bakal bayar adalah serupa dengan apa yang dia nak. Main bayar je.. lepas tu nak complaint kata system issue.

Padahal sendiri punya issue.

Berkenaan dengan tiket promosi ni.. ada setengah customer dia buat macam ni..

Mula-mula dia plan bila dia nak travel. Lepas tu dia akses website dan nak buat booking. Lepas tu tiba-tiba dia tengok untuk tarikh dia nak travel iaitu 03 June 2012 tak ada tiket promosi. Tiket promosi cuma ada pada 06 June 2012.

So dia jadi kreatif, dia booking je untuk 06 June 2012.. buat pembayaran then lepas beberapa minit, dia call customer support.

Berlakon kena hebat. Suara kena tinggi, dan kena buat gaya macam tengah marah gile-gile. Lepas tu jerit-jerit sikit bagi siapa yang jawab call tu rase gerun sikit.

Kalau kita (call centre agent) cuak and bagi chance dekat customer, maka dengan mudah je la dia dapat tiket dengan harga promo untuk 03 June 2012 dengan alasan system error. Padahal tiket yang dia beli tu untuk 06 June 2012 dan tak ada system error.

Free move flight to 03 June 2012.

Lagipun perbualan melalui telefon, kita bukan nampak orang tu, kita bukan boleh agak kalau dia menipu. Cuma berpandukan pada suara semata-mata. bukan senang nak agak yang customer ni menipu ke tak.

Dan customer pulak.. they are just trying their luck.

Kalau dapat untung la.. kalau tak dapat pun tak apa la. Dia tak rugi apa-apa. Lagi pun perjalanan atau travel untuk next year, apa-apa hal boleh je dia nak reschedule dia punya jadual perjalanan.

Normally orang hanya akan buat plan 1 month in advance.. jarang sangat ada yang akan plan untuk 1 year in advance.

Sebab rata-rata orang yang beli tiket kapal terbang ni .. diorang bekerja. Kena tengok jugak sama ada annual leave diorang ni approve ke tak..

Ala.. basically untuk kes-kes yang report berkenaan system issue ni banyak yang menipu. Tapi disebabkan nak jaga pelanggan dan nak jaga bisnes punya pasal.. kadang-kadang kita terpaksa ikut je la.. follow je apa kehendak dan kerenah pelanggan.

Lantak lah.. dah manager nak bagi approval.. tak akan kita yang bawah-bawah ni nak say no pulak.

Apa-apa hal manager la kena tanggung nanti.

********************************************************************

********************************************************************

Popularity: 1% [?]

Share/Save/Bookmark

9 Responses to Flight Ticket Promotion & Macam-macam Isu Berkaitan

  1. mashimaro October 30, 2011 at 8:22 pm #

    selalu sgt kena kes mcm tu .. hehe tempah tiket flight 1 year before ..
    tempah utk 8org .. yang pergi 3 orang jer :(
    mashimaro baru-baru ni tulis pasal..Blog [SC] Follower GiveawayMy ComLuv Profile

    • sabree hussin October 30, 2011 at 10:23 pm #

      I pun ada tempah tiket flight untuk next year.. dalam satu booking ada 9 orang.. tak tau la semua orang dapat pergi atau tak .. entah 2-3 orang je yang akan pegi kot ..

  2. mashimaro October 30, 2011 at 10:31 pm #

    oh yeke? flight ke mne? tu la psal…sbb tu kne rancang betol2… (^^,)
    mashimaro baru-baru ni tulis pasal..Blog [SC] Follower GiveawayMy ComLuv Profile

    • sabree hussin October 30, 2011 at 10:43 pm #

      Kalau tak silap gi Bandung.. tak pun Bali.. mana satu entah.. pergi balik just RM100+ je masa buat booking masa tu

  3. mashimaro October 30, 2011 at 10:48 pm #

    murah gile…rugi klau tak pergi..taknak bagi la kte..hehe
    mashimaro baru-baru ni tulis pasal..Blog [SC] Follower GiveawayMy ComLuv Profile

    • sabree hussin October 30, 2011 at 10:55 pm #

      hehhe tiket promo la cik mashimaro.. tak leh tukar nama :P

  4. mashimaro October 30, 2011 at 10:57 pm #

    bgs la mcm tu..jimat..
    saya g bercuti semua tiket promo…boleh bwk family…
    tapi tu la mmg tak boleh ubah apa2 klau dh beli :(
    mashimaro baru-baru ni tulis pasal..Blog [SC] Follower GiveawayMy ComLuv Profile

    • sabree hussin November 6, 2011 at 10:33 pm #

      biasa naik airline mana tu? hhe saje nak tau

  5. Mashimaro November 7, 2011 at 4:58 am #

    Mestilah airasia…..murah dr mas….
    Mashimaro baru-baru ni tulis pasal..Hati Yang Gembira :- 1st Years Anniversary ContestMy ComLuv Profile

Leave a Reply

CommentLuv Enabled