Introduction Kerja Call Centre

Tak lama lagi akan genap la setahun aku bekerja dengan company yang aku kerja sekarang ni. Kerja dalam bidang call centre.

Dulu aku selalu tertanya-tanya, macam manalah agaknya environment kerja dekat call centre ni.

Bagi aku kerja ni serious senang. Just angkat call dan layan customer. Apa yang customer nak kita bagi. Kadang-kadang tu ada jugak la customer tanya soalan-soalan yang agak-agak bangang. Tapi nak buat macam mana, dah nama pun kerja. Terima je la.

Kalau sehari tu, anggaran ada la kena jawab dalam 70 -80 panggilan telefon.

telemarketer, call centre agent, customer service executive

Dalam banyak-banyak enquiries dari customer, majoritinya akan tanya soalan-soalan yang same je. So bukan susah nak jadi expert dalam kerja ni. Nak cepat rasa bosan pun senang jugak.

Aku berminat nak buat kerja ni pun sebab aku berpeluang untuk improve aku punya communication skills. So far, aku kena handle customer dari Malaysia dan Singapore. Tapi kadang-kadang ada jugak customer sesat dari USA atau UK yang akan call.

Walaupun bukan selalu tapi ada la jugak.

Jadi secara tak langsung dapat jugak la aku praktikkan ilmu bahasa Inggeris aku dalam kehidupan seharian aku. Aku tau aku boleh cakap english, tapi kadang-kadang bunyi dan accent aku macam cacat pun ada.. jadi alhamdulilah.. setidak-tidaknya melalui kerja ni dapat aku improve mana-mana yang senget.

Kalau nak kerja dekat call centre sebab gaji.. rasanya tak berbaloi sangat pun. Sebab gaji bukan besar mana pun, kalau nak compare dengan pressure dan stress yang kita dapat.

Oh ya.. setengah orang dia ada natural talent untuk kerja dalam bidang ni. So walau teruk macam mana kena marah dengan customer sekali pun.. masih lagi cool.. boleh senyum-senyum lagi macam tak ada apa yang jadi.

Lagipun customer boleh buat apa sangat?

Setakat jerit.. maki.. ugut-ugut.. eleh.. kalau betul nak buat semua tu.. tak payah la nak bagi tahu dalam phone. Buang masa.. Kalau u rasa u betul, u buat la report dekat mana-mana tempat yang u suka.

By the way, dalam tempoh yang hampir setahun ni.. rasanya boleh kata banyak jugak pengalaman pahit dan manis yang aku dah dapat dari kerja ni. Tak kira la pengalaman yang aku memang betul-betul ikhlas nak dapat, atau pengalaman yang aku sebenarnya tak ikhlas nak lalui. Huh…

Terasa rugi pulak kalau pengalaman yang macam ni aku biarkan berlalu macam tu je. Tanpa ada sebarang catitan yang boleh buat aku mengimbau balik kenangan-kenangan silam (eceh)

Jadi dekat blog ni lah yang akan aku jadikan tempat untuk aku kongsikan ABC sampai XYZ every moment yang aku lalui sepanjang aku bekerja sebagai executive customer service dalam bidang call centre ni.

Just for u to knows, aku kerja customer service dalam bidang pengangkutan udara.

Airlines.

airbus380

Apa nama company tu tak payah la aku kasi tau. Kang tak pasal-pasal aku dah bagi publisiti free pulak dekat company tempat aku kerja ni.

By the way, as for now boleh kata banyak jugak lah yang aku dah belajar pasal airlines dan macam mana sistem operasi diorang ni semua. So.. please.. siapa-siapa yang fikir aku tak tau pape pasal apa yang aku tulis ni.. please rethink your thought.

Sebagai ganti nama.. syarikat penerbangan tempat aku berkhidmat ni akan aku namakan sebagai XXX Airlines sahaja.

So.. stay tune dan godek-godek la sikit blog aku, especially dalam kategori contact centre ni kalau korang berminat nak share and nak tau suka-duka aku kerja dalam bidang call centre ni ya.

Sekian dulu untuk entry intro ini. See ya.

Jumpa lagi dalam next entry.


 

********************************************************************

********************************************************************

Popularity: 1% [?]

Share/Save/Bookmark

One Response to Introduction Kerja Call Centre

  1. fauzi November 5, 2011 at 11:22 pm #

    ingat kerja kat VADS ttdi, angkat call untuk produk TM.
    fauzi baru-baru ni tulis pasal..MLM Hai O halal? haram?My ComLuv Profile

Leave a Reply

CommentLuv Enabled