Kes Banjir Besar Di Bangkok, Thailand

Pada waktu aku catatkan entry ini, keadaan di Thailand iaitu Bangkok masih lagi belum menunjukkan adanya tanda-tanda banjir bakal surut.

Aku rasa Bangkok ni tak habis-habis dengan isu. Satu masa dulu ada rusuhan antara puak penyokong baju merah dan baju kuning.

Lepas kes tu reda, keluar pulak isu pilihanraya yang bakal dijalankan yang mungkin akan membuatkan situasi dekat sana menjadi agak tegang dan pelancong tak digalakkan untuk memasuki negara tersebut.

Sekarang ni isu banjir pulak.

Significant untuk ketiga-tiga isu yang aku highlight kan ni adalah kesemuanya mengganggu kelancaran untuk operasi penerbangan ke Bangkok.

Bagi XXX Airline, Bangkok merupakan satu hub yang menghubungkan banyak destinasi untuk pengangkutan udara. So bila Bangkok terjejas, maka operasi penerbangan dan flight schedule untuk destinasi-destinasi lain pun turut terjejas.

Walaupun ada macam-macam isu, tapi operasi penerbangan masih lagi berjalan seperti biasa. Sebab technically, XXX Airline adalah point to point carrier, atau medium pengangkutan yang menghubungkan antara point A ke point B. Jadi selagi laluan penerbangan tak terjejas, selagi itulah kita masih akan terus terbang ke Bangkok.

Yang banyak hal ni customer je.. company tak ada hal.. selagi Airport Management tak terjejas, selagi itu kita akan proceed dengan kita punya flight schedule macam rutin.

Berdasarkan apa yang aku perhatikan, rata-rata orang Malaysia dan Singapore yang ada reserve ticket untuk fly ke Bangkok ni kebanyakkannya adalah semata-mata nak melancong. Family trip, plan vacation, surprise party dan apa-apa lagi lah yang diorang nak buat.

So bila news sekarang ni dah siarkan yang keadaan banjir dekat Bangkok yang agak membimbangkan, siapa yang nak datang sana lagi?

Imagine a family yang memang plan nak bercuti ke Bangkok tiba-tiba dapat news yang Bangkok tengah banjir besar. Dalam family trip tu pulak ada seorang baby ikut sama. Agak-agak diorang masih lagi nak redah jugak ke untuk datang ke Bangkok?

I doubt it. Mesti dah tak mau dah.

Setakat hari ni.. XXX Airline masih lagi belum mengeluarkan arahan untuk beri refund kepada mana-mana penumpang yang terjejas. Option yang paling mirip dengan refund option pun hanyalah credit account iaitu bagi amount yang telah dibayar oleh passengger, XXX Airline akan kreditkan ia semula dalam member account milik penumpang.

So that in future guest boleh gunakan amount tersebut to make a new reservation with XXX Airline.

Some customer happy dengan solution tu.. mungkin sebab diorang tahu bukan senang nak dapat balik duit yang diorang dah belanjakan untuk beli tiket dengan XXX Airline.

Some of them pulak terpaksa bersetuju.. walaupun ada sedikit rasa tak puas hati. Well.. peduli apa kan.. ko nak puas hati ke, ko nak mengamuk ke.. yang pasti ko tak akan dapat balik duit ko.

Tapi antara dua jenis customer tu, ada jugak yang tak setuju langsung dan berkeras nak dapatkan refund dalam bentuk cash.

Untuk customer yang macam ni.. aku memang menyampah nak handle. Cara dia berkeras nak dapatkan balik duit dia, macamlah dia sorang je yang affected dengan tragedi banjir dekat Bangkok ni.

Kalau semua orang macam ni.. semua orang nak balik duit dia.. rugi la company. Macam ni boleh bungkus bisnes company.

Revenue yang boleh cecah billion untuk tahun kewangan berakhir 2010 boleh jadi akan menunjukkan kejatuhan untuk tahun kewangan yang akan datang.

Memang lah banjir ni semua bukan salah diorang. Diorang tak tau pun yang tarikh diorang nak travel ni akan berlaku banjir and what not.. tapi fikir la guna kepala otak.. macam lah syarikat penerbangan semua dah tau yang akan berlaku banjir.

Bab natural disaster ni bukan ada orang boleh predict dengan tepat a year atau 6 months in advance. Semua orang tak tau benda ni nak jadi.

Kalau ikut cara aku, siapa yang setuju untuk terima service recovery yang company bagi.. customer tu lah yang akan aku layan. Tapi kalau customer tu tak mau nak terima, aku akan ignore je.

Nak cakap dengan manager? Ha ha kirim salam je la. Manager pun tak akan buat apa-apa.

It is either you take it or leave it option. Kita memang tak akan bargain dengan customer walau apa pun yang customer cakap, sebab dah jelas dalam kita punya term and condition.. once booking is confirm no cancellation or refund.

Nak tak puas hati jugak.. lantak ko la.. kalau nak separate diorang punya tak puas hati dalam facebook, blog, news atau apa je..  aku hanya akan jawab

.. We will not support or deny your next courses of action, and even if you want to lodge a complaint against my name you may proceed.. I am just fulfilling my responsibilities.

Oh by the way, disebabkan banjir dekat Bangkok ni jugak, call centre XXX Airline tak henti-henti dihujani dengan panggilan telefon. Asal telefon je mesti isu yang sama.. Isu banjir di Bangkok..

Aku dengar pun naik meluat.. bengkek je aku rasa bila dengar customer cakap.. this is regarding my flight which is schedule to fly to Bangkok.. Uwek

 

********************************************************************

********************************************************************

Popularity: 1% [?]

Share/Save/Bookmark

No comments yet.

Leave a Reply

CommentLuv Enabled