Berhari-hari yang lepas aku pernah cuba untuk apply semula account google adsense. Sebelum ni bukannya aku tak pernah ada akaun dengan google adsense, tapi dah kena banned. Sekarang ni memang agak terasa la kehilangan akaun google adsense tu.
Bagi aku, buat duit dengan google adsense adalah satu kemestian bagi yang ada website atau blog sendiri. Sebab pertama, iklan yang muncul dalam blog akan menjadikan blog kita nampak berisi. Blog-blog yang baru dibina selalu akan nampak macam kosong. Jadi dengan adanya iklan dari google adsense ni, akan menampakkan yang blog kita tu ada sesuatu untuk di klik dan nampak lebih berseri-seri.
Masa akaun adsense aku masih ada dulu, banyak jugak iklan-iklan adsense yang aku tengok kesemuanya cantik-cantik. Jadi tak perlu aku nak risau untuk fikir nak letak decoration apa yang sesuai dalam blog aku ni. Iklan yang keluar pun kebanyakkannya amat-amat menarik perhatian dan mampu untuk memujuk orang lain untuk klik pada iklan tersebut.
Selain daripada tu, bilangan advertiser yang menggunakan perkhidmatan Adwords itu sendiri lagi ramai berbanding syarikat pengiklanan yang lain.Jadi tak hairanlah kalau dari segi variety iklan tu sendiri, ada sangat banyak.
Sekarang ni aku terpaksa lupakan untuk sementara waktu perihal berkenaan dengan google adsense. Jadi aku terpaksa beralih kepada program alternatif iaitu bidvertiser.
Sepanjang aku bersama dengan Bidvertiser, ada beberapa perkara yang buat aku jatuh cinta dengan bidvertiser ni.
Pertama sekali, Bidvertiser tak ada masalah dengan blog berbahasa melayu rojak macam blog aku ni. Aku tak perlu nak usik apa-apa coding yang terdapat dalam code iklan Bidvertiser.
![]()
Kedua, iklan Bidvertiser sentiasa muncul tak kira masa. Kalau macam google adsense sebelum ni, kalau content kita macam kelaut sikit, dan google tak dapat nak matchingkan dengan iklan yang patut muncul, iklan google adsense tak akan muncul dalam blog kita. Dia cuma akan keluar perkataan “Kiva microfinance”. Setahu aku kalau orang klik sekalipun tak akan ada apa-apa hasil.
Oh ye, iklan nuffnang pun kadang-kadang dia demam sikit. Ada masa-masanya dia tak akan muncul langsung dalam blog. Nanti bila dah tengah-tengah malam tu nanti baru la dia nak tunjuk muka. Masa tu mana ada orang bangun nak tengok iklan Nuffnang.
Baru-baru ni jugak Bidvertiser ada memperkenalkan program referral yang bagi aku menawarkan skim yang menarik. Boleh klik pada button dibawah untuk melihat apa yang aku maksudkan.
Pendapat aku untuk setakat entry ni ditulis.. Untuk dapat pendapatan yang tinggi melalui Bidvertiser ini, kita kena refer banyak orang. Lepas tu baru lah boleh menikmati pendapatan yang melimpah ruah. Tak caya try la.
**************************************
korang Mungkin Nak tau macam Mana nak
**************************************
Popularity: 1% [?]

adsense itu kiter mungkin tahu kenapa diban.Kiter pernah membaca didalam buku tentang adsense,google memiliki teknologi yang mampu mengesan penipuan didalam adsense,Antaranya anda klik iklan diri sendiri atau menyuruh orang lain klik iklan anda.Jawapannya ialah hubung kait ip adress anda dengan IP adress orang yng awak minta klik.
mungkin jugak kena banned disebabkan oleh fraud click. Orang pinjam laptop kita, blog kita plak ada dekat browser lepas tu budak tu pi gatal main tekan2 ads
Aku masih ada akaun adsence yg dah x guna dah, jadi x kene ban. Ada satu lagi alternatif adalah adsniaga, referral pun ada juga.
Shahrul baru-baru ni tulis pasal..Percuma- Ebook Pakar Presentation
adsniaga tu dari negara mana ye? Malaysia ke Indonesia
Malaysia punya. Kalau Indonesia, lagi byk program2 mcm ni.
Shahrul baru-baru ni tulis pasal..PIC Lesson- I2C Module
Indonesia banyak program-program macam ni, tapi macm tak reliable
saya pernah menggunakan bidvertiser, dan sepanjang saya guna memang puashati malah mampu mencapai 300 usd sebulan, tapi apa yang saya tidak puas hati ialah saya telah di ban dengan perlbagai alasan yang tak munasabah, malah apabila kita balas emailnya tidak dibalas pun,, agak kecewa betul
tipskerjaya baru-baru ni tulis pasal..Jawatan Kosong Guru Bahasa
Oh macam mana boleh dapat sampai 300 usd tu? strategi apa yang anda guna? Berminat pulak saya nak tau
ada beberapa cara, dan tips nya bermula sewaktu pendaftaran blog ke bidvertiser lagi, dan kemudian beberapa step lagi, masaalah iklan tak keluar takkan timbul kalau kene cara buatnya
tipskerjaya baru-baru ni tulis pasal..Jawatan Kosong Guru Bahasa
bro tumpang tanya boleh?
kalau di blog kita dah iklan nuffnang, kalau letak bivertiser tak mempengaruhi nuffnang ke? (dari segi earning dan lain2)
bro ah pernah dapat income dari bidvertiser x..
Iqbal baru-baru ni tulis pasal..I love my mom
Bidvertiser iklan dari oversea, bukan dari asia pasific macam nuffnang. Nuffnang kata asalkan jangan letak iklan dari asia passific jadi tak akan ganggu status gliterati.
Iklan dari bidvertiser tak adalah menarik macam iklan google adsense, terhad, dan tak banyak pilihan. Orang tak ramai yang minat nak klik. So amount dalam akaun masih lagi tak cukup nak cash out.
Nak try boleh je daftar.. saja nak tambah variasi iklan dekat blog kan, apa salahnye
orite..thank you bro..
Insyallah nnti try daftar.
Iqbal baru-baru ni tulis pasal..SEO Friendly Images
saya pun nak kena ban ngan adsense. pasal ada org buat fraud klik.. sib baik earning sikit sangat jer… nak try bidvertiser ni…
Zil-el-Saif @ The Encik Saif baru-baru ni tulis pasal..Pantun Ngeri
try la bidvertiser ni.. saya pun tak pro sangat.. income naik sangat slow.. saya pasang sekadar nak buat variasi pada blog