Cara Dapatkan Energy Dalam Game MapleStory Adventure

Memandangkan aku dah jadi addicted dengan salah satu game yang terdapat dalam facebook.. jadi secara tak langsung boleh kata hari-hari jugak la aku log in facebook sejak dua menjak ni. Kalau dulu aku nak log in facebook pun memang payah.

Tapi apa yang aku nak tulis ni bukannya berkenaan dengan log in facebook dapat duit. Itu semua mengarut, menipu, dan mengelirukan orang ramai semata-mata. Mintak-mintak aku dijauhkan daripada terlibat daripada mempromosikan mana-mana program scam yang terdapat dekat facebook ni.

Walaupun ia tak scam.. selagi mana ia merupakan satu sistem cari orang untuk buat duit pun moga-moga aku dijauhkan untuk terlibat sama sekali. Den dah tak berkenan dan den jugak tak berminat nak jadi sebahagian daripada sistem kapitalis kafir laknatullah tu.

So facebook yang dulunya aku rasakan macam seolah-olah lombong tinggal dah kembali bernyawa semula. Semua ni gara-gara penangan game MapleStory Adventures on Facebook.

Nak kata game ni best sangat.. aku rasa banyak lagi game lain yang lagi best. Dan game ni pun bukannya best sangat. Nama pun tak ada la hebat sangat. First impression fail untuk captured minat orang lain untuk test drive game ni. Buktinya..

Setiap kali aku hantar invitation untuk kawan-kawan facebook aku join game ni.. diorang semua buat tak layan je. Hampeh betul.. Selamba je diorang ignore aku punya invitation. Main game lain boleh pulak. Main game ni tak mau ish ish

Kalau ikut pemerhatian aku.. game ni tak sesusah mana. Hanya perlu jalan-jalan, bunuh monster yang lalu-lalang dekat depan kita, complete mana-mana quest yang ada, dan yang paling penting fight fight fight.. di selitkan jugak sekali dengan konsep adventure game.

Tapi satu yang sayur pasal game ni ialah bila kita nak start belasah mana-mana monster yang ada, tak kiralah untuk tujuan naikkan level, complete quest, atau nak cari item.. kita kena tunggu kita punya energy bar penuh dulu. Selagi tak penuh, selagi tu tak boleh nak bunuh monster yang ada.

Kita ada beberapa cara untuk bagi energy bar tu penuh.

Cara 1 untuk dapatkan energy dalam Game MapleStory Adventure

Tunggu la.. nanti dia akan penuh sendiri. Tapi lambat la.. Tunggu 5 minit baru dapat 5 energy.

Nak pukul satu monster kena guna energy. Satu kali kita pukul monster, kita akan spend satu energy, dan setiap kali kita kena hit dengan monster, kita punya energy pun akan berkurang sebanyak satu energy jugak.

Jadi energy ni adalah benda yang amat-amat penting sekali untuk main game ni. Tak ada energy.. apa pun tak boleh. Kalau tak nak keluar duit RM.. maka tunggu je la meter energy tu penuh sendiri. Tapi kalau tak kisah keluar duit.. maka boleh la guna cara kedua ni.

Cara kedua untuk dapatkan energy dalam Game MapleStory Adventure

Beli.

Beli pakai duit betul. Energy ni semua dijual dengan menggunakan matawang FB credit. Tapi kalau kita nak beli, nanti dia akan recalculate dalam matawang USD. Kalau kita ada akaun dengan paypal, atau kita ada credit card.. maka bolehlah spend some of your hard earned money untuk beli energy tu tadi.

Aku tak ada lah nak sampai ke tahap nak guna duit untuk main game ni. Just main for fun dah cukup. Tak payah la serius sangat sampai nak keluar duit ni semua.

Sebabnya masih ada lagi cara lain untuk dapatkan energy dalam game MapleStory Adventures ni

Cara ketiga untuk dapatkan energy dalam Game MapleStory Adventure

Cara ni adalah dengan cara craft energy. Ada beberapa item yang boleh kita craft sendiri untuk dapatkan energy.

Cara dia kita pergi dekat kita punya Home dan cakap dengan karekter bernama Yulete, kemudian kita craft item Mystic Dew. Buat masa ni aku belum pernah guna lagi Mystic Dew .. sebab masih lagi dalam proses untuk craft. Besok baru siap kot.. lama lagi. Tak pasti lagi apa kesannya.

Lagipun rasa tak berbaloi nak craft Mystic Dew ni.. sebab ia consume terlalu banyak Magic Stone. Nak buat 4 botol Mystic Dew kena guna sampai 400 Magic Stone. Rasa tak berbaloi dan lebih baik aku gunakan Magic Stone yang ada untuk buat Gold.

Cara seterusnya..

Cara keempat untuk dapatkan energy dalam Game MapleStory Adventure

Setiap hari kita akan dapat energy free.

Energy free ni kita hanya akan dapat bila kita dah tak ada energy langsung untuk pukul monster. So dia akan bagi kita item macam pizza yang boleh tambahkan energy untuk kita, dan sekarang ni dia bagi kita free energy. Jumlah tak tau berapa. Dia akan bagi secara random. Paling tinggi boleh dapat 300 energy, dan yang paling rendah serta selalu dapat ialah 5 energy sahaja.

Cara kelima untuk dapatkan energy dalam Game MapleStory Adventure

Setiap hari kita akan diberikan sebanyak 5 help point untuk tolong kawan-kawan kita yang main sekali game ni. Kita tolong diorang dengan cara bersihkan kawasan Home kawan kita tu tadi.

Bergantung la apa kita nak buat. Dengan gunakan help point tu, kita boleh cabut rumput, potong pokok, bukak kotak hadiah, petik buah dan tolong percepatkan proses crafting yang kawan kita tengah buat. Bila 5 help point tu dah habis semua kita guna, ia akan convert jadi energy.

Tak banyak la.. dalam 5 energy sahaja.

Cara keenam untuk dapatkan energy dalam Game MapleStory Adventure

Bila kita hire kawan-kawan dalam list kita untuk fight sama-sama dengan kita, kita akan dapat free 5 energy. Anggap ni macam free 5 energy jugak la.

Caranya mudah je. Klik je button hire masa kita nak fight dengan monster.

Cara ketujuh untuk dapatkan energy dalam Game MapleStory Adventure

Cara yang ni paling aku suka buat. Sambil aku up level, atau leveling sambil tu aku collect energy.

Collect energy dengan cara ni adalah melalui quest. Kita kumpulkan quest item, ataupun collection, kemudian dari collection tu kita trade jadi energy. Antara tempat-tempat yang menarik untuk kita cuba..

- Henesys – Farm Near Middle Forest – Mad for Chicken Collection – Low-Fat Chicken
– Kerning – Subway Line 2 – Iron Mutae’s Missing Parts Collection – Green Apple
– Perion – Relic Excavation Camp II – Cactus Yummies Collection – Lemon
– Ellinia – Magic Fairy Area – Fairy’s Wardrobe Collection – Honey
– Kerning – The Swamp of Despair – Stone Bug’s Lucky Charms – Orange

Bila kita bunuh monster yang ada, monster-monster tu semua akan jatuhkan barang. Barang yang ada kita trade pulak jadi energy.

Lagi banyak kita dapat bunuh monster yang jatuhkan item untuk ditukar jadi energy item, lagi banyak monster kita dapat bunuh. So .. proses dia berterusan sampai la level avatar kita jadi tinggi.

Cara ke lapan untuk dapatkan energy dalam Game MapleStory Adventure

Mintak je dengan kawan-kawan lain untuk hantar energy item setiap hari.

Tapi korang pun kena la ada sikap give and take. Kawan korang pun akan perlukan energy.. so apa salahnya korang pun rajin-rajinkan diri jugak untuk hantar energy item sebagai gift kepada kawan-kawan korang jugak.

Ok la.. sebenarnya aku taip entry ni pun sebab nak tunggu energy aku penuh.. memandangkan sekarang ni dah agak penuh sikit.. so aku nak sambung pukul monster.

Thanks for reading. See ya.. jangan lupa add aku kalau korang pun main game MapleStory Adventures ni.

 

 

********************************************************************

********************************************************************

Popularity: 1% [?]

Share/Save/Bookmark

2 Responses to Cara Dapatkan Energy Dalam Game MapleStory Adventure

  1. nuriz November 7, 2011 at 12:41 pm #

    nasib saya tak berapa reti main game ni hehe
    nuriz baru-baru ni tulis pasal..Bila Siti Saleha Share Entri Aku Kat Wall FB DiaMy ComLuv Profile

    • sabree hussin November 9, 2011 at 1:32 am #

      jom try.. saya boleh tolong ajar kan.. (kalau nak main la game ni )

Leave a Reply

CommentLuv Enabled