Dapat Email Dari Shahrul Idlan Talaha

Selamat pagi para internet surfer. Hari ni aku berasa sungguh bertuah (ye ke?) sebab Shahrul Idlan Talaha telah menghantar satu email kepada aku. Nak tau apa kandungan email yang dihantar tu? Okay akan aku beritahu kejap lagi ye.

Semenjak kejayaan skuad bola sepak Malaysia merangkul kejuaraan dalam kejohanan AFF Suzuki Cup 2010, nama-nama pemain seperti Mohd Safee Mohd Sali, Khairul Fahmi Che Mat dan juga Shahrul Idlan Talaha mula menjadi sebutan dikalangan masyarakat Malaysia.

Mungkin sebab kemenangan di kejohanan AFF Suzuki Cup 2010 tu boleh dikategorikan masih panas lagi, orang masih lagi nak bercakap pasal pemain-pemain Malaysia ni. Nama-nama mereka jugak diangkat seolah-olah mereka telah menjadi seorang selebriti. Selebriti dalam bidang sukan Bola Sepak Malaysia!

Pagi ni aku dapat satu email dari Shahrul Idlan Talaha.

Sebelum tu, biar aku clarify siap-siap.

Pertama, aku pasti dia tak kenal aku, dan aku setakat tau nama dia dan tengok a few games yang dia ada sekali. Kedua, dia bukan nak sembang pasal bola dengan aku. Ketiga dan yang terakhir, aku pasti dia bukanlah Shahrul Idlan Talaha yang original. Bermakna pengirim hanyalah seorang imposter yang berniat tak baik keatas penerima email yang lain. Spammer la ni.

Kandungan email dia adalah sebijik dengan entry aku yang sebelum ni. Klik sini kalau nak tau apa yang dia cuba nak sampaikan.

Guys.. ada lagi sesiapa yang dapat email yang sama dengan aku?

********************************************************************

********************************************************************

Popularity: 2% [?]

Share/Save/Bookmark

3 Responses to Dapat Email Dari Shahrul Idlan Talaha

  1. deCrewz January 11, 2011 at 2:47 am #

    Laa.. Spammer rupanya.. Siap guna nama Shahrul Idlan padahal promote mende yang sama kan.. hais.. Macam2 org buat nak menarik minta org lain..
    deCrewz baru-baru ni tulis pasal..Facebook Ditutup Sebab Kena HackMy ComLuv Profile

  2. Fendidahada January 12, 2011 at 1:00 am #

    spam rupanye…popular dah player bola kita…spam pun guna nama dia
    Fendidahada baru-baru ni tulis pasal..Cari sesuatu Mari saya TolongMy ComLuv Profile

    • sabree hussin January 12, 2011 at 8:48 pm #

      Popular dah… dah jadi target spammer dah pun sekarang ni

Leave a Reply

CommentLuv Enabled