Satu masa dulu, program buat duit ini pernah jadi satu method untuk aku dapat wang mudah di Internet. Boleh kata setiap bulan pasti akan ada je duit dari dapatwang.com untuk aku. Walaupun tak banyak mana, tapi cukuplah untuk aku gunakan bagi membayar bil internet aku setiap bulan.
Duit tu tentunya hasil dari usaha aku yang tak seberapa mempromosikan program dapatwang ini kepada sebarapa ramai yang boleh.
Method yang aku biasa guna adalah banner advertising.
Letak dekat blog. Tapi sence traffic dekat blog aku ni tak ada lah tinggi mana, jadi aku lebih banyak beriklan di laman social sahaja. Sasaran aku pastinya adalah friendster.
Di friendster, aku rasakan ianya lebih mudah sebab system friendster boleh support dengan baik banner ads, dalam ruangan komen. Dengan kata lain, support format HTML.
Tapi sayangnya, waktu tu orang dah kurang bukak friendster, dan diorang lebih minat dengan facebook. Terpulanglah, lagipun itu kan citarasa masing-masing.
Ini jugak bermakna strategi pengiklanan yang aku buat kurang berjaya. Dalam 100 iklan yang aku buat, hanya 20 – 30 sahaja yang membuahkan hasil.
Baru-baru ni aku tergerak untuk cek balik website dapatwang ni. Tertanya-tanya jugak aku ni, website ni masih ada lagi ke? Masih ada lagi ke income yang dijana oleh website ni? Ataupn mungkin dah terkubur dah website ni.
Ternyata sangkaan aku agak meleset. Website ni memang masih wujud. Income masih lagi dijana, dan kalau ikut statistic klik, memang masih ada lagi klik terhasil pada iklan-iklan yang pernah aku buat.
Tapi macam mana pulak dengan bab payment? Adakah dapatwang masih lagi membayar ahli-ahlinya?
Ini adalah part yang aku paling kurang minat.
Tarikh pembayaran komisyen adalah di antara 1 – 7hb. Sila periksa baki akaun anda sepanjang tarikh itu. Bayaran komisyen minima adalah RM50. Jika pendapatan kurang dari jumlah RM50, jumlah tersebut akan dibawa ke depan (tiada RESET akan dibuat). Anda perlu menaja sekurang-kurangnya 1 orang ahli baru untuk melayakkan anda menerima komisyen tersebut.
|
Ha.. apa cerita ni? Perlu ke letakkan syarat yang macam ni?
Kalau nak cash out earning perlu taja seorang ahli baru. Walhal, pada sebelum ni pembayaran adalah automatic. Sekarang dah tak lagi. Ni yang membuatkan aku dah tawar hati dengan system ni.
Nak taja seorang baru pun aku dah jadi kurang berkeyakinan. Macam mana kalau bila dah taja nanti, tiba-tiba dapatwang tak nak bayar komisyen aku pulak.
Macam mane?
Mau aku buruk-burukkan dengan seteruk-teruknya admin website ni dalam blog aku ni.
Setelah aku tengok balik pendapatan aku setakat 24 hb august 2010 ni, (itu pun kalau ada)… ni yang tertera dalam website tu …

RM210.13
Aku sendiri pun tak tau apa reaksi yang perlu aku bagi bila Nampak amount ni. Semuanya disebabkan klausa cerdik, untuk dapat earning perlu taja seorang.
Ai.. bukan apa.. kalau aku taja seorang memang la masalah aku akan setel, dapat duit (kalau betul boleh dapat), tapi lepas tu macam mana?
Dah orang yang aku taja tu pulak yang aka nada masalah. Benda ni akan berterusan sampai bila-bila la.
Kemungkinan besar aku akan biarkan je la, anggap je macam tak ada apa-apa dah berlaku. Dalam masa yang sama, aku pun nak tengok jugak, boleh tak amount die cecah RM1,000.00?!
Kalau masa tu boleh cecah, alamatnya aku taja diri sendiri je la. Daftar guna nama lain. So, as for now biarkan je dulu lah nampaknya.
Ps: Orang lain yang dapat lagi banyak tak ada pun nak kecoh macam aku ha ha
Popularity: 1% [?]

Kalau tengok pada program, nampaknya seperti fair la.
Benda ni kene tengok orang yang uruskan (admin), kalau taja akan dapat earnings..biasanya boleh jangka sendiri.
Kalau taja baru boleh dapat earning ini menunjukkan yang sebenarnya duit cuma pusing-pusing sesama ahli je.
Kalau masa awal-awal dulu memang dahsyat lah earning die.
Modal RM50, promosi, promosi, (walaupun tak dapat taja sapa2) still boleh dapat earning dekat RM3k.
Cuma sekarang dah tak boleh la nak dapat banyak tu lagi. Kalau macam ni la situasi dia, mau tutup website ni nanti.