Main Kejar-kejar Dengan Alexa Rank

Walaupun selalu sangat aku cuba untuk buat endah tak endah dengan status alexa rank aku yang terletak pada kedudukan yang corot, tapi hakikatnya aku tetap berkira. Walaupun alexa hanyalah sekadar permainan nombor, tapi aku tetap nak berkira.

Majoriti sudah faham, lagi kecil angka yang tercatat pada alexa status, lagi baiklah posisi sesebuah blog atau website tersebut. Kalau angka tersebut besar? Dude.. you’ve got to do something to improve your alexa stats!

Cara-cara yang pernah disyorkan oleh expert dalam hal-hal alexa ni dah pernah aku cuba. Ada yang beri kesan yang pantas, dan ada jugak yang lambat menampakkan kesannya. Sekitar bulan march 2010 yang lepas, pernah aku menulis berkenaan alexa rank aku yang sucks! dan waktu tu alexa rank aku berada pada posisi 6 juta.

Sakit pinggang jugak la nak improvekan status alexa rank blog ni.

pic technoskillonline.com

Walaupun ada banyak cara yang disyorkan yang konon-kononnya mujarab dalam memperbaiki status alexa rank, satu cara yang paling aku suka untuk praktikkan.

Post new entry regularly and ping frequently!

Walaubagaimanapun, siang-siang aku nak ingatkan, walaupun korang selalu post new entry, tetap akan ada kebarangkalian yang alexa rank korang tak akan improving. Ada sebabnya kenapa ia berlaku, dan factor utama adalah terletak pada entry yang korang post tersebut.

Alang-alang aku dah sebut pasal entry, biarlah aku elaborate mana yang terdaya.

Korang perlu perhatikan apa jenis entry yang korang publish dalam blog korang. Sekiranya entry yang korang publish dalam blog korang adalah entry berkenaan peribadi, makanan apa yang korang makan, perasaan korang diwaktu senjakala, entry yang ditulis saja-saja untuk memenuhi keperluan update satu entry satu hari, dan entry yang tak tentu hala besar kemungkinan entry-entry tersebut tak akan mempengaruhi langsung kedudukan alexa blog korang.

Cadangan aku, korang bolehlah tulis entry seperti berikut sekiranya korang mahukan entry tersebut memberi impak pada status alexa rank korang.

Entry berinformasi

Kenal pasti informasi apa yang dicari-cari oleh orang ramai dan sediakan entry berkenaan informasi tersebut dalam blog korang.

Entry Menyelesaikan Masalah

Bantu orang lain untuk selesaikan masalah yang mereka sedang hadapi sekarang. Lagi ramai orang ada masalah tersebut, lagi ramai la orang yang akan datang ke blog korang untuk mendapatkan penyelesaian.

Okay.. biar aku bagi dua dulu, sebabnya dua ni adalah jenis post yang aku betul-betul praktikkan dan aku nampak ia berhasil. Namun seperti yang aku dah tekankan sebelum ni, kesannya bukan lah serta merta atau instantaneous. Perlu beri masa untuk menampakkan hasil.

Klik untuk baca berkenaan :-

Memanjat Tangga Alexa Yang Tinggi

********************************************************************

********************************************************************

Popularity: 1% [?]

Share/Save/Bookmark

10 Responses to Main Kejar-kejar Dengan Alexa Rank

  1. phreak-id January 22, 2011 at 9:35 pm #

    oh. aku tak pernah tahu yang kandungan entry pun mainkan peranan. ingatkan jumlah entry je. hehe. banyak kena belajar neh

    Terbaru > Tahniah Zaquan Adha dan Ayu Raudhah > Email Gembira 2 – Dinner dengan Metrowealth > Tukar Banner/Link Dengan phreak-id
    phreak-id baru-baru ni tulis pasal..Email Gembira 2 – Dinner dengan MetrowealthMy ComLuv Profile

    • sabree hussin January 22, 2011 at 10:56 pm #

      Yang tersirat.. sebenarnya it goes back to keyword.. apa keyword yang kita guna pakai dalam entry kita. High demand or not.. tapi to make it easy.. aku story dari skop jenis entry

  2. ken January 23, 2011 at 12:22 am #

    lebih banyak traffic, lebih tinggi ranking :)
    ken baru-baru ni tulis pasal..Sightseeing at Batu CavesMy ComLuv Profile

    • sabree hussin January 23, 2011 at 12:37 am #

      yeah sekarang ni traffic sangat2 penting untuk improve ranking

  3. Cempakamelati January 23, 2011 at 2:47 am #

    List kan blog kita di search engine pun salah satu cara yang berkesan walaupun kesannya bukan mendadak.
    Cempakamelati baru-baru ni tulis pasal..Pembantu rumah warga Indonesia – Memudahkan atau membebankanMy ComLuv Profile

    • sabree hussin January 23, 2011 at 3:13 am #

      yang penting berhasil.. ye tak?

  4. zik January 24, 2011 at 7:22 pm #

    aku punya ranking dah makin naik dah… hampa… sekarang macam dah makin ketat jer.. traffic pun tak berapa nak mencapai lebih..tuh yang makin besar angkanya… huhu
    zik baru-baru ni tulis pasal..10 pekerjaan yang tak elok buat paru-paruMy ComLuv Profile

    • sabree hussin January 24, 2011 at 8:40 pm #

      persaingan dah jadi makin kuat kot sekarang ni.. yela ramai yang dah alexa conscious sekarang ni

    • Idea Lampu January 27, 2011 at 3:34 pm #

      Zik dalam golongan 100K+ memanglah ketat nak naik.
      Idea Lampu baru-baru ni tulis pasal..Rahsia Penggunaan Gambar Gimik Dalam Artikel BlogMy ComLuv Profile

      • sabree hussin January 28, 2011 at 12:06 am #

        erm tu la pasal.. nak kena tunggu sikit masa lagi la tu kot baru boleh naik lagi

Leave a Reply

CommentLuv Enabled