There is no elevator to success!
Yes and it is damn true. There is only a ladder. It is solely up to you whether you want to climb it or you just want to watch other people do so.
Dulu masa aku form two, aku pernah pergi satu forum ni, basically it is a forum yang discuss about agama islam. Dalam satu sesi tu, ada seorang ustaz tu bagi nasihat yang very touching. Sampai sekarang aku masih simpan lagi, dan pastinya aku akan ingat sampai bila-bila.
Kalau takut ditiup angin dan dipukul ribut, jangan jadi pokok yang tinggi. Jadilah rumput yang rendah, tapi anda perlu sanggup terima hakikat bahawa anda akan mudah dipijak-pijak oleh orang lain.
Aku? Nope… Aku tak sanggup. Aku lebih rela kena terajang, kena hentam dengan ribut yang maha kuat daripada kena pijak-pijak. Lagipun, life is all about survival. Macam mana susah sekali pun, I will find a way to survive. When there is a will, then there is a way.
Recently, aku cume dengar-dengar orang bercakap pasal Alexa ataupun lebih sharpshooter lagi Alexa ranking. Bila aku dengar je pasal Alexa ni, aku buat macam tak pernah dengar pape. Ala, buat-buat tak tau gitu.
Sebab aku pasti blog aku ni terlampau lah muda dan mentah untuk terjun dalam laut Alexa yang sangat dalam tu. Mau lemas blog aku ni disebabkan kedalaman laut Alexa itu sendiri. Dan akhirnya, memang telah terbukti…Blog aku ni telah tenggelam dengan sangat dalam.
6 million ++ is my ranking currently. Haha hambik kau. Kalau nak cerita pasal mendaki tangga, huh ada about 6 million anak tangga yang perlu aku panjat satu persatu. Gile betul, sekaligus berjaya membuatkan anak-anak tangga di Batu Caves pun terpaksa mengundur diri, menyerah kalah.
Buat makluman mereka-mereka yang tak berapa tau apa itu Alexa, dan untuk diri aku sendiri jugak, Alexa itu sebenarnya adalah suatu sistem ranking yang memberi gambaran kepada kedudukan sesuatu website atau blog dimana setiap ranking itu ditentukan berdasarkan berapa banyak jumlah visitor atau traffic yang diterima dalam sesuatu masa.
Lebih banyak traffic yang diterima oleh sesuatu website atau blog, maka lebih tinggi lah kedudukan website tersebut dalam Alexa rank. Sekiranya sesuatu blog itu memiliki ranking Alexa yang tinggi, maknanya jumlah visitor yang dia terima adalah tinggi.
Ini jugak merupakan satu petanda yang baik untuk korang start menjadikan space dalam blog korang sebagai tempat pengiklanan. Sebabnye advertiser memang sangat sukakan blog-blog yang memiliki jumlah traffic yang tinggi. Terdapat sesetengah webmaster yang menjadikan Alexa Rank sebagai penanda aras untuk meletakkan iklan mereka dalam sesuatu blog. Jadi, kalau korang mempunyai status Alexa Rank yang baik, ini bermakna korang boleh mula untuk bargain dalam meletak harga yang tinggi kepada advertiser diluar sana.
Menarik kan? Nope, i think i should say sangat menarik. Ho ho
Tapi sayangnye, blog ni currently memiliki Alexa rank yang sangat ‘membanggakan’ (ouch) jadi tak banyaklah yang aku mampu buat dengan blog ini. One thing yang boleh aku buat untuk masa ni ialah memanjat dan terus memanjat sampailah Alexa Rank blog aku ni naik.
Setelah aku google sane sini, akhirnye aku dapat jugak bertemu dengan beberapa cara yang aku rasa sesuai untuk digunakan bagi menaikkan ranking Alexa bagi blog aku ni.
First of all, install widget Alexa. Yup, yang ni aku dah buat. Ha, dari widget ni jugak la aku dapat tau dekat mane posisi aku punye Alexa rank.Walaupun buat semak aku punye space dalam blog ni, tapi ramai yang suggest dekat aku yang ia membantu. Hopefully.
Second is, install Alexa toolbar. Erm, yang ni aku masih berkire-kire sama ada nak buat atau tak. Aku ni sangat la berkire untuk install benda-benda baru dalam firefox. Buat semak je. Tapi aku akan buat jugak kemudian.
Ketiga, tulis sesuatu berkenaan dengan Alexa. Aku tak buat lagi benda ni. Tapi dalam entry ni aku ade sebut pasal Alexa. Tak kire ke? Kire kan?
Cara keempat yang aku dah guna ialah submit beberapa entry dalam blog aku ni ke beberapa website yang mempunyai page rank yang baik. Dengan cara ni aku dapat skip beberapa juta anak tangga untuk aku panjat.
Cara kelima, selain daripada cara-cara yang aku sebutkan. Banyak sangat cara yang boleh diguna, tapi tak pe dulu lah. Tak perlu la nak story semua. Sebab yang lain-lain tu semua sangat basic.
Korang macam mane?
Weyh…bagi la sikit tips macam mana nak up kan aku punye Alexa rank ni. Penat woo nak panjat tangga-tangga Alexa yang sangat tinggi itu.
Popularity: 1% [?]


it takes time.. =)
yeah..it takes a lot of time =(
memeng susah nak panjat ALEXA!!!
tak ade tips ke? hehe
haah , sy pun nak tips pasal alexa jugak…
Tips pasal alexa? boleh je nanti saya buat posting
sememangnya susah nak panjat alexa ni…
apa apa pun tq bro….
dwenrasid baru-baru ni tulis pasal..Ada sesiapa boleh bantu
Saya yang kurang kepakaran ni lagi lah rasa mencabar betul nak panjat tangga alexa ni