Hai apa khabar semua, seperti yang telah dijanjikan pada entry yang lepas, entry ini aku tulis khas untuk memberi review dan pandangan aku berkenaan dengan satu skim atau program yang diberi nama Dana Mudah. Review ini aku tulis lepas aku selesai baca satu persatu ayat yang muncul dalam website rasmi program ni.
Untuk makluman korang semua, aku sendiri pun tak pasti.. sampai bila program ini akan bertahan. Aku risau, the moments you guys read my post, the website is already gone. Vanish out of thin air. Kalau ikut pengalaman yang lepas-lepas, program seperti ini hanya akan bertahan 3 hingga 5 bulan sahaja. Lepas tu ia akan jadi tepu dan dah tak ada orang akan peduli lagi.
Sila perhatikan screenshot berikut. Gambar ini merupakan laman utama bagi skim ini. Perhatikan tertera ayat berbunyi Tebaru! Dilancarkan pada 15 November 2010 (Ejaan perkataan terbaru pun salah!)

Sekarang ni aku harap korang ingat dan fahami baik-baik yang program ini hanya dilancarkan pada 15 November 2010. Jadi, mari kita lihat adakah benar 15 November 2010 ia dilancarkan atau sebaliknya.
Peserta yang menggunakan id danasenang yang juga merupakan top seller telah mendaftar pada 06 November 2010. Manakala pengguna id MAWI TEAM7 mendaftar sebagai peserta pada 14 November 2010. Adakah mungkin telah berlaku kesilapan?
Pengguna id danawang1 telah mendaftar pada 8 November 2010 manakala easymoney pula mendaftar pada 6 November 2010. Ini dah jelas membuktikan yang kenyataan program ini dilancarkan pada 15 November 2010 hanya temberang semata-mata. Tarikh sebenar ia dilancarkan, hanya admin sahaja yang tahu.
Setakat entry ini ditulis, masih ada lagi yang berminat nak laburkan RM30 mereka untuk program Dana Mudah ini. Berikut adalah antara peserta terbaru setakat entry ini ditulis..
Nota: RM30 adalah modal untuk menyertai skim ini.
Aku sendiri pun tak pasti apa yang menarik sangat dengan program ni sampai ada yang tertarik untuk turut serta dengan program atau skim seumpama ini. Adakah dari segi potensi pendapatan? Ataupun mungkin termakan janji-janji yang kononnya skim ini sangat mudah untuk beroperasi? Atau mungkin orang Malaysia ni dah tak kisah dengan duit mereka disebabkan modal yang nampak rendah.. Macam-macam persoalan timbul.Boleh pembaca tolong bagi pendapat..
Kalau nak kata dari segi pendapatan. Mari kita lihat top reseller yang berada dalam kedudukan ke 10, berapa banyak yang dia dah dapat collect. Kita andaikan yang amount yang ditunjuk adalah betul.
Nota: Reseller bermaksud kita beli satu barang, kemudian kita ada hak untuk jual semula barang tersebut. Dalam kes DanaMudah aku sendiri pun tak tau apa produk yang peserta beli dan yang mereka jual semula kemudian hari.
Pengguna id mudah4 yang berada dalam kedudukan ke 10 dalam ranking top reseller hanya dapat colect RM120. Keuntungan kasar hanya sebanyak RM90. Tak adalah kencang mana pendapatan kan.. So skim ni masih gagal. Tak adalah boleh dapat sampai ribu-ribu macam yang diwar-warkan.
Kalau lihat dari segi insentif, ada satu konsep yang dipanggil sebagai Masa Bertenang. Sebarang pendapatan langsung tak akan dikreditkan kepada peserta. Bermakna, sekiranya berlaku sebarang penajaan sekalipun, bukan penaja yang akan menerima keuntungan. Siapa yang akan terima.. sekali lagi, hanya admin sahaja yang tahu.
Mungkin skim ini direka sedemikian rupa bagi membuatkan program ini ada kelainannya yang tersendiri.
Dari level 2 hingga level 3 ada sebanyak 150 orang yang berpotensi menghasilkan pendapatan sehingga RM4,500. Duit ini pasti akan hilang begitu sahaja, dan apa yang korang boleh lakukan adalah bertenang. Dah nama pun Masa Bertenang. Nak buat apa lagi kan. Bertenang je lah.
Jadi berikut adalah 3 langkah mudah dan yang lain daripada yang lain yang diberikan sekali. Sila perhatikan dan fikir-fikirkan.

Perhatikan item ke 2
Membuat pembayaran RM30 ( Yuran Pendaftaran )
Selepas mendaftar sila ikut arahan dan buat bayaran RM10 kepada penaja utama dan top reseller RM20
Penaja hanya layak memperoleh RM10, manakala top reseller yang tak buat apa-apa boleh pulak dapat RM20. Duduk diam-diam macam tu pun boleh dapat duit. Adil ke?
Ha kalau korang semua nak tau, email yang aku dapat yang aku ada story dalam entry yang lepas tu, email pasal skim ni la. Ini lah dia skim yang kononnya Paling ADIL, Paling PANAS, Paling MUDAH.
Jadi, boleh korang semua bantu bukak mata aku yang kononnya tertutup ni dan positifkan minda aku yang kononnya negatif sangat dengan program-program macam ni serta tolong terangkan kat mana baiknya program macam ni?
********************************************************************
********************************************************************
Popularity: 2% [?]

hmm, program sebegini malas lah Nal nak join, kebanyakannya scam. indah khabar dari rupa.
Jangan risau Ronald.. program ini sememangnya scam. Saya tulis supaya orang berfikir sebelum nak join :p
tq bro..hampir2 join tapi pas baca ..make sense skim ni maybe scam jerk..
you are welcome.. actually skim macam ni mana ada yang betul. So watch out la.. sayangi duit kamu
tq,Sabree. Saya pun hampir2 nk join skim ni. Betul jugak apa yg saya baca tentang skim ni..
Apa yang buat Nizam rasa nak join skim ni?
tq… info yg berguna.
You are welcome biebie
salam sabree…
rasenya sy mcm dah kene tipu ni….saya marah dgn diri saya sebab belum cukup pandai menilai mcm awak.
ini luahan saya
semalam,saya dgn pantasnya terus join benda ni tanpe pikir panjang.sampai sekarang bila dah buat payment..admin terus senyap jer..akaun tak aktif-aktif.bila hantar email..dia tak reply..bila attachkan detail bayaran pun tak reply…no phone tak ada utk di contact….HABIS!DAMN! …memang tak halal betul la dia mkn duit rm30 cara mcm ni..ingat bila website dlm bahasa melayu, saya ingat sama2 melayu(itu pun kalu betul la tekaan) nak la jugak mertabat permainan mcm ni…klu betul2 jujur dan ikhlas boleh kongsi kesenangan..saya memang kecewa rupenya dlm dunia ini penuh dgn manusia hipokrit dan penipu.saya menyesal dengan kesilapan yg saya buat.saya berjanji dgn diri sendiri yg selepas ini sy akan semak terlebih dahulu. tetapi saya gembira sebab hati saya masih suci murni tidak tercemar dan sama sekali tak sama macam hati admin tu.
p/s: rasa mcm nak doakan dia m–i cepat jer!!!
Wsalam Mar,
Sebenarnya saya pun belajar dari pengalaman. Dulu saya sendiri pun pernah ‘terjebak’ dengan program yang macam ni. Saya buat macam-macam benda yang akhirnya buat orang lebih marahkan saya dari berterima kasih sebab tunjukkan peluang macam ni. Then, saya mula study modus operandi program macam ni, dan ironinya program macam ni memang di design hanya untuk bertahan untuk satu tempoh masa terhad je.
Sekarang apa yang mampu saya buat hanya buat review dan share pandangan berkenaan kewujudan program macam ni. Saya tak boleh nak kata program macam ni 100% jahat, menipu dan sebagainya, saya cuma beri informasi. Sebab langkah seterusnya terpulang pada yang nak baca.
Salam.
Thanks a lot Sabree, atas perkongsian yang sangat2 berguna ni,hampir2 je men’transfer’ rm30 td.. alhamdulillah Tuhan masih sayang tunjukkan hamba-Nya jalan yang lurus.huhu
wsalam.. hai nana. jangan terlalu ikut perasaan okay.. nothing is easy in this world. so jangan senang2 nak leburkan duit untuk bagi dekat orang yang kita tak kenal.. and then business model dia pun tak clear.. so ignore ja.. biarlah player mereka main duit sesama diorang.
Owait, thanks for your advice bro (“,)
saya kerap menerima e mail dari seorang yang bernama mohd nor asran beria2 suruh saya join program ini dengan pelbagai janji manis sejah dari tahun 2010 lg tp hingga skrg sy belum menyertai nya lg sbb saya berasa was2 dan apabila saya membaca article en sabree saya pn ambil keputusan tidak menyertainya. terima kasih sabree
sma zack.. insya allah.. kalau nak tambah pendapatan online. cuba cari alternatif lain yang tak akan buat kita sakit hati kemudian hari ya