Hati-hati bila korang ni boleh dikategorikan sebagai masih baru dan kurang berpengalaman dalam bidang makes easy money dalam internet. Internet adalah satu landasan yang sangat merbahaya sebenarnya. Sebelum membuat sebarang keputusan, kenali dahulu apa bahaya tersebut. Dalam korang pasang niat untuk buat duit yang banyak di internet, sebaliknya mungkin korang akan habis lebih banyak duit.
Bersepah program-program yang menawarkan peluang untuk menghasilkan easy money untuk korang jana sedikit duit poket setiap bulan. Dari program-program yang sah-sah popular sampailah ke program-program yang mungkin korang tak pernah dengar langsung pun.
Setiap satu program yang terdapat di internet ada cara tersendiri. Jangan asyik fokus dengan bagaimana cara program tersebut boleh beri korang duit, sebaliknya korang pun perlu buat kajian bagaimana program yang sedia ada boleh beri pendapatan kepada pemilik program.
Selalunya, kita sebagai pengguna internet perlu ada, walaupun sedikit pengetahuan untuk kenal pasti bagaimana program-program tersebut mampu untuk beri keuntungan kepada syarikat penyedia program. Adakah program yang ditawarkan hanya menguntungkan peserta atau pengasas sahaja atau kedua-duanya.
If it is a win-win situation between participant and the moderator, most likely it is a trusted program.
Program yang aku sendiri bagi nama iaitu “Program Dapat USD50 Sebulan” sebenarnya adalah merujuk kepada satu program yang asalnya adalah program Readbud. Merupakan satu program yang menjanjikan pulangan yang agak baik kepada peserta dimana peserta berpeluang untuk menjana sehingga USD1 ke USD2 setiap hari.
Berapa ramai yang pernah ada akaun adsense? Kalau korang pernah mencuba program adsense, terutama sekali masa awal-awal join, berapa banyak pendapatan purata yang korang boleh dapat dalam sehari?
Dengan tak malunya, biar aku buat pengakuan.. Masa mula-mula aku bermain dengan adsense, nak dapat sehari USD0.01 pun susah nak mampus. Lepas dah boleh dapat USD0.01 sehari pulak, nak maintain pun bukan main susah lagi. Nak dapat cek dari adsense pulak? Kena tunggu dalam akaun cukup USD100 ye kawan-kawan. Kalau sehari cuma boleh dapat USD0.01 je, bile aku nak dapat cek dari adsense nih? A’a betul, selepas 10,000 hari baru aku boleh rasa cek adsense tu. Itu pun kalau aku tak kena banned akibat ke kreatifan aku yang melampau.
Berbalik pada Program dapat USD50 sebulan nih, dari review luar negara memang ada banyak yang mengatakan program ini adalah scam semata-mata. Terdapat ramai jugak ahli yang tidak mendapat bayaran daripada readbud walaupun sudah sampai masa pembayaran dibuat.
Perkara ni memang susah untuk aku bagi justifikasi tersendiri, sebab ada banyak kemungkinan yang mungkin terlibat. Kalau korang tanya aku, memang aku tak tau sejauh mana jujurnya program readbud. Namun setakat hari ini, aku sendiri berada dalam proses percubaan. Kalau ada hasil aku akan postkan dalam blog ini, tapi setakat hari ini aku masih lagi dalam peringkat percubaan.
Amount yang baru ada dalam akaun aku pun hanyalah baru setakat ni. Masih belum layak untuk cash out lagi.
Namun dalam masa aku sibuk google, aku ada jumpa satu blog yang kononnya dah pernah cash out earning dari Readbud.
Popularity: 1% [?]




memang dio bayar.. tp lepas skali cash out lama dulu.. malas dah nak main klik klik ni
la kenapa malas nak main pulak dah? boring nak baca artikel die ke ni?
dulu aku tak penah baca pun, rate rate kan dia.. hahaha jenuh la nak baca
Aku bace yang mane aku suke je, tapi banyak yang aku tak suke baca dari yang aku suke bace hha
part affiliate program dia tuh aku tak gemar.. kedekut siot
Aku pun ade rase-rase macam kurang berpuas hati dengan affiliate program die tu hhe tapi tak pe la… buat je dulu. Jatuh suka kemudian
owh… macam tuh… kena study nie huhu
Study sikit2 je ni pun
if scam pun…kita tak rugi pape kan? benda nie pun easy
rugi mase sikit r, buat keje tak ade hasil
Tak rugi wang ringgit, tapi rugi masa kita duk klik2 kat website tersbut. Masa lagi berharga. Lebih baik kita promote program yg betul2 sah.
Shahrul baru-baru ni tulis pasal..Percuma- Ebook Pakar Presentation
sekarang pun dah jarang bukak website tu, berhenti jap, penat r banyak lagi benda lain nak kena fokus.
menda ni memang bayar. Tapi lambat gila la. Pastu, kena klik hari-hari..tu yg tak larat..
sama r… dah mula bosan nak baca artikel. Tapi memandangkan pembayaran tu memang ada, kena bua jugak la. Anggap macam buat kerja part time je
Saya pun kadang2 klik2 kat akaun readbud, kira part time, tapi x berharap sgt lah.
Shahrul baru-baru ni tulis pasal..Percuma- Ebook Pakar Presentation
Dah dapat cash out belum?
Paid to click ker ni? Penatnya nak click2
zack baru-baru ni tulis pasal..Pelaburan ASB-ASN Hukumnya Haram!
dia macam paid to read.. a’a penat betul nak buat.. malas dah nak buat