Pemberitahuan
|
Salam hormat buat yang berkunjung ke blog aku. Hari ini aku telah diganggu dengan kehadiran satu email yang mencurigakan. Ini bukan kali pertama email seperti ni berani-berani cuba untuk mengganggu hidup aku, tapi dah banyak kali. Berbekalkan kesabaran yang tak seberapa, aku hanya abaikan sahaja email tersebut sebelum-sebelum ini, namun dek kerana merasakan ada tanggungjawab sosial tergalas dibahu aku, aku meluangkan sedikit masa di Hari Raya ni untuk memberi peringatan kepada pembaca yang mahu mengambil pengajaran.
Kisah ini adalah berkenaan dengan satu laman web yang menjanjikan peluang untuk bekerja secara sambilan dirumah, sebagai seorang jurutaip. Typist!
Iklan seperti ini biasanya banyak boleh didapati dalam email (sila check spam box korang), friendster, facebook dan banyak lagi tempat-tempat yang ada ruangan pengiklanan. Korang boleh lihat sendiri muka depan bagi website ni.

Buat yang kali pertama menjumpai laman web seperti ini, mesti akan mudah untuk tergoda untuk mencuba. Sorry to say, itu pasti satu keputusan paling silap yang korang akan buat kalau korang nak masuk atau join dalam program ini. Rata-rata yang dah kaji berkenaan dengan sistem dia, yang dah cuba untuk sertai bersetuju mengatakan yang ia adalah PENIPU.
99% tidak berpuas hati dengan apa yang telah dibayar sebelum menyertai skim ini.
Untuk menyertai program ini, bakal peserta dikehendaki untuk mendepositkan sejumlah wang kedalam satu akaun misteri. Aku rasekan akaun ini sangat misteri sebab nombor akaun dan nama pemilik akaun tidak disiarkan dalam laman web tersebut. Bakal peserta perlu hantar email kepada pihak adstypist sendiri untuk mendapatkan nombor akaun. Sangat mencurigakan..
Boleh tengok sendiri kalau macam kurang percaya

Pemilik laman web ini meminta deposit sebanyak RM30, bagi mereka yang berminat untuk menjadi typist sambilan. Alasan dia adalah sebab pemohon akan dibekalkan dengan bahan-bahan latihan yang ‘berkualiti’ tinggi untuk memudahkan menjalankan program ini. Aku sendiri pun pelik, ape perlunya program latihan ni semua, bukan kita ni buta komputer, sampai nak bekalkan dengan manual latihan yang entah betul-betul berguna atau tak.
Aku tak tau sejak bila amount yang dia mintak jadi RM30, sebab sebelum ni dia mintak RM50. Ada satu masa tu dia mintak RM15. Sekarang ni dah jadi RM30. Tak konsisten langsung, dan menimbulkan banyak tanda tanya.
Program ini sebenarnya hampir sama macam program affiliate. Peserta dikehendaki menaip email promosi dan promosikan kepada seberapa banyak yang boleh. Sekiranya jualan terhasil, peserta bakal mendapat habuan. Cara yang digunakan pastinya cara yang tak beretika, sebabnya rata-rata akan spam mail box orang lain. Proses ini akan sentiasa berulang, sampailah dah tak ada lagi yang berminat untuk menjadi mangsa sistem ini.
Tak macam program affiliate, program ini terang-terang menggunakan trick untuk memancing orang lain untuk beli produk mereka, dan kemudian bantu promosikan pulak.
Mungkin jugak korang akan rasa macam susah nak percaya dengan apa yang aku tulis dekat sini. Korang ada hak untuk mencuba sendiri dan berada dalam sistem ini sendiri. Tak cuba tak tau kan. Maaf ye, aku tak minat nak bagi link dekat korang, sebab aku dengan sekeras-kerasnya dah reject benda ni. Jadi, aku tak mau bersekongkol untuk promote benda-benda macam ni.
Popularity: 4% [?]

huhu thanks la seb baik terjumpa link ko nih…. any way, bleh citer sikit tak mcm mane bisness diorg yg sgt menipu tuh….
1. Mula-mula kena bayar RM30 @ RM50 @ RM15 (bergantung pada berapa dia mintak)
2. Ko akan diberikan satu manual macam mana nak jalankan bisnes (macam panduan affiliate)
3. Ko akan dimintak untuk taip seberapa banyak email kepada kawan-kawan atau orang yang tak dikenal
4. Ko akan dimintak untuk download perisian yang boleh download beribu-ribu email untuk korang spam
5. Basically apa yang kena buat cuma promote program typist tu je
Salam…semalam 24/10/2010 aku dapat iklan mende nih..punyelah best aku rasa sebab aku ni memang suke menaip,so iklan ni memang memenuhi citarasa aku..bile bace offer dia, mcm boleh tahan..terus je aku emel utk dptkan nombor akaun…arini (25/10/2010) ingat nak bank in!
Tup2..aku pun terjumpa blog ni..mungkin memang ditakdirkan aku diselamatkan drpd mnjadi mangsa penipuan..syukurrr…
thanks a lot kpd tuan punya blog ni sbb berkongsi info yg sgt berguna…aku pun terus je insaf n tak jadi nak bank in!! huhu…TQ saudara sabree…
Yeke dah nak bank in ish2? Bahaya tu, by the way entry ini hanya sebagai platform untuk ajak kawan-kawan supaya teruskan buat research yang lebih sebelum buat keputusan nak join benda-benda macam ni.
Sayangilah duit yang dayana ada walaupun cuma RM1.. sebab kalau ada sejuta orang yang tak sayangkan RM1 diorang, maka free-free je si penipu yang jalankan kegiatan ni jadi jutawan. By the way, terima kasih ye sebab sudi singgah
salam
dh stat wat email sndri
punya la smangat
huhu
nseb bek Allah bukak hati, try tgk review org kat blog ke hape ke sal program ni
Alhamdulillah
Program ni nampaknya ada musim-musim dia. Kejap ada kejap tak ada. Benda ni dah lama ada, lepas tu senyap, lepas tu tibe2 muncul balik. Hati-hati ye, tak ada yang senang la kalau nak buat duit dekat internet ni, nak tak nak kena jugak lalui benda-benda yang susah dulu baru boleh enjoy hasilnya
huuu..mekasih abg sabree….td aiko nak bank in duit RM30 uh…tp sbb was2…check lagi skali..trbaca blog abg ni.. ^.^
Program ni dah muncul balik nampaknye ye, macam ramai pulak yang nak bank in untuk join program ni sejak akhir-akhir ni
punya ler tima kasih banyak-banyak pada semua. aku ni dulu dah puas tertipu. ni pun nak tertipu. mujur aku check dulu…tq very much.
Semoga cik rita tak akan kena tipu lagi dimasa-masa yang mendatang ye
hee..nasib baek xbank in lg..was2 jgk td..thanks 4 da info~
oh ye ke emma nak bank in da tadi.. erm agak2nye la kan, apa yang buat emma tertarik nak buat atau nak join program ni ye ? secara logik lah kan, kita nak buat duit, tapi kita kena bagi duit kita dulu pulak.. padahal kita bukan nak buat bisnes nak kena ada modal. training material tu pulak, dia kena bagi free la, kan kita nak buat kerja untuk program ni
hee..saje nk isi masa lapang je kot..++ lagi, tgk diorang pny ikln, cam sng jer nk buat duit kn..
seb bek sy x p bankin lg bendalah ni..sy memg teruja baca dia punya website….bria2 sgt nk join n x sbar rsnya nk buat duit dgn programni..tp hampeh…thanks sgt kt abg coz bg infoni kat blogni……..
sy baru jer dpt iklan typist ni… sy dpt iklan ni masa tgh syok blogwalking ke blog kwn2… pastu jumpe blog typist ni… kebetulan mmg tgh cari side income… baca punya baca crite di, sy rasa mcm nk join… tp was2 tu ade gak… sy pon google la psl ni… byk gak yg review psl ni trmsuk la cik sabree hussin… seb baik la sy research skit2 psl ni… trima kasih sgt2 sbb share info ni yek…
Thanks Bro 4 ur info…