Suke Atau Tak Suke, Yang Penting Kamu Mesti Beli!


Pergh macam-macam trend orang berniaga ni. Ada yang guna cara yang baik, berhemah, dan tak kurang jugak ada yang guna cara yang bersepah.

Bersepah? ho ho

Aku ni sebenarnye memang suke download produk-produk percuma yang ada dekat internet ni. Bukan ape, aku kan pernah bagitau sebelum ni yang aku minat membaca, minat nak tau benda-benda baru. Ade la, aku pernah bagi tau sebelum ni. Mungkin korang je yang tak perasan kot.

Satu je masalah dengan nak dapatkan produk-produk percuma ni, kita kena membayar dengan memberi nama dengan alamat email kita. Lepas tu barulah produk-produk percuma ni akan di emailkan kepada kita.

Rasional die perlukan email kita adalah supaya senang pemilik produk tu untuk hantar link download pada kita. Tapi lepas tu, secara tak langsung kita akan jadi subscriber die. Padahal kita cume nak kan produk percuma satu tu je. Bukan nak jadi subscriber die.

Sebab tu la biasanya lepas je aku subscribe dalam mana-mana mailing list, aku akan segera unsubscribe. Kirenye, lepas dapat ape yang aku nak, aku tinggalkan. Salah ke?

Kenape pulak salah? Tujuan asal aku memang cuma nak dapatkan produk percuma tu je, bukan nak berkenalan dengan pemilik produk, bukan nak tau ape perkembangan seterusnya pemilik produk, bukan jugak nak tau ape bisnes yang akan dijalankan oleh pemilik produk tu.

Jadi tak salah kan.

It’s a win win situation. You offer to give your product, I accept by downloading your product. After that? That’s it. The end. I have nothing to do with you anymore.Your mission is accomplice and my desire is fulfill.

Buku panduan email marketing memang boleh dikatekan berlambak dekat dalam internet ni. Ade yang boleh dapat free, dan ade jugak yang kena bayar dulu baru boleh dapat. Kalau dalam forum-forum pulak, pun ada banyak forumer yang membincangkan kekuatan marketing menggunakan teknik email marketing.

Frasa macam the money is on the list pun dah selalu sangat aku dengar.

Kalau tak sungguh orang tak kata, dan kalau tak boleh berjaya orang tak akan cuba.

Kadang-kadang tu bosan jugak bila dalam email hari-hari mesti ada je email promosi untuk beli barang A, beli ebook B, join sistem C dan macam-macam lagi email promosi yang memerlukan kite untuk membayar.

Kalau ada barang percuma sekalipun, biasanya itu merupakan produk affiliate yang menawarkan sistem pay per lead. Sekali lagi menguntungkan orang yang menghantar email tu tadi. Elok-elok kite cume subscribe satu mailing list, last-last tak sampai pun sebulan, dah jadi 20 orang kita subscribe.

Bersepah dalam inbox tu tak payah cerita la. Itu perkara wajib. Ni belum campur lagi notification yang dihantar oleh friendster dengan facebook. Memang berganda-ganda lah bersepahnya.

Satu masa dulu aku pernah subscribe dalam satu mailing list ni. Aku daftar pun sebab aku nak sangat tau ape itu Nuffnang dan macam mana nak buat duit melalui nuffnang ni. Mula-mula tu ok la, email follow up yang datang mostly berkenaan dengan Nuffnang.

Tapi lepas sekian lama, ha… Ambik kau. Dah tak ada dah cerita-cerita pasal Nuffnang ni.

Dibantainye cerita-cerita pasal ebay la, personal coaching untuk ebay la, hyprobulksms, GDI dan banyak lagi.

Hajat awal cume nak tau pasal Nuffnang je. Lepas tu bile dah hari-hari kena blast dengan email-email berkenaan dengan benda-benda yang tak ada kena mengena dengan Nuffnang ni macam mane? Tak terbeli ke lame-lame. Cis-cis aku termakan jugak satu.

Tapi nasib baik jugak ape yang aku terbeli lepas tu adalah sesuatu yang bermanfaat untuk aku. Aku boleh guna balik untuk kegunaan aku dimasa depan nanti.

Cuma sekarang ni aku agak pelik dengan seorang internet marketer ni, setiap hari hantar email yang sama. Kalau ada yang lain pun setakat satu dua email je, lepas tu dihantar balik email yang sama. Mula-mula tu memang la aku berminat nak baca, tapi lama-lama… Pergh sakit mata aku je tengok nama dia dalam inbox email aku.

Kesudahannye? Aku akan unsubscribe jugak.

It is just a matter of time. Sama ada nak unsubscribe sekarang, atau masa akan datang.

Bukan ape, aku sendiri akan jadi tak selesa bila dihantar email-email promosi yang sama, yang langsung menyimpang dengan ape yang aku suke. Jadi same lah dengan kata pepatah yang aku reka ni,

buy_now

Suka Atau Tak Suka, Yang Penting Kamu Mesti Beli

Popularity: 1% [?]

Share/Save/Bookmark

, , ,

No comments yet.

Leave a Reply

CommentLuv Enabled